|
Seorang lelaki yang didakwa mencuri, digigit kemaluannya oleh seorang lelaki lain di hadapan orang ramai.
Daily Star melaporkan, kejadian berlaku di Semenanjung Bakassi, Nigeria.
Tindakan mengigit kemaluan itu dikatakan mengikut 'Jungle Justice' iaitu satu bentuk pembunuhan di luar undang-undang awam di mana seorang yang didakwa sebagai penjenayah akan dipukul, direjam, dihina secara terbuka.
Daily Star
Malah, dalam kebanyakan kes, si penjenayah akan dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan yang marah dengan kejadian yang berlaku.
Menurut laporan dalam talian, lelaki berkenaan didakwa mencuri sesuatu yang bernilai 'kurang daripada satu dolar' (RM4.60).
Menerusi satu klip video yang merakamkan kekecohan itu, salah seorang daripada orang ramai dilihat menggigit alat sulit pencuri.
Daily Star
Sementara itu, mereka yang lain kemudian memukul si pencuri sehingga tidak berdaya di atas lantai.
"Inilah sebabnya kita harus mengharamkan 'undang-undang hutan'. Kerana mencuri sesuatu yang kurang daripada satu dolar, zakarnya digigit," tulis seorang pengguna di laman Twitter.
Sumber: mStar |
|