View: 2926|Reply: 44
|
Pakcik Kayo! Sekelip Mata Pesara Jadi Jutawan, Menang Cabutan Bertuah BSN RM1 Juta
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Seorang pesara bergelar jutawan selepas memenangi Cabutan Istimewa Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) pada tarikh kelahirannya ke-63, Julai lalu.
BSN dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan, pesara berusia 63 tahun itu yang juga anak watan Pulau Pinang memenangi RM1 juta hasil usahanya menyimpan secara konsisten dalam BSN SSP.
Seorang lagi pesara berusia 79 tahun berasal dari Melaka turut bergelar jutawan apabila diumumkan menjadi pemenang bagi cabutan ke-79 selepas sudah menyimpan dalam BSN SSP sejak tahun lalu.
 Foto: Harian Metro
Melalui hadiah kemenangannya, beliau berazam untuk melakukan infaq dan mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan selebihnya disimpan semula dalam BSN SSP bagi berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan lain ditawarkan.
Jutawan BSN SSP terbaharu yang ke-80 adalah seorang individu dari Perak sekali gus bergelar Jutawan Hari Malaysia.
Individu berusia 52 tahun itu yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan menyimpan dalam BSN SSP sebagai pelaburan untuk masa hadapan keluarga.
Sementara itu, Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, BSN masih mengekalkan cabutan istimewa yang menawarkan hadiah RM1 juta untuk setiap bulan pada tahun ini.
"Ini bermakna sepanjang tahun ini, seramai 12 penyimpan BSN SSP bakal memenangi RM1 juta menjadikan pada penghujung tahun nanti seramai 83 jutawan bakal dilahirkan menerusi kempen itu sejak ia dimulakan.
"Sehingga Ogos lalu, BSN SSP terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dengan jumlah simpanan dicatatkan sebanyak RM4.8 bilion," katanya.
Pelanggan sedia ada yang mahu menambah simpanan BSN SSP boleh berbuat demikian menerusi kaunter Cawangan BSN, Mesin Teler Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), perbankan internet myBSN, Cawangan Bank Bergerak (CBB) atau menerusi saluran Ejen Bank BSN (EB BSN).
Bagi pelanggan baharu pula, simpanan BSN SSP boleh dibuat melalui kaunter Cawangan BSN di seluruh negara.
Senarai pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang tanya...apa beza cabutan camni dgn main tikam? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa faedah menyimpan BSN SSP ni? Malas nk gugel |
|
|
|
|
|
|
|
main tikam duit hilang..... yang ni kalau x menang pun, duit ada ja kat situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai ler ngaku sedara nanti. anak2 pon tiap2 mgu balik jenguk.
sy pon dok melaka. pakcik org mana?
kot2 la waris bau2 belacan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Pokcik, rezki di hari tua. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pasang cawangan le pokcik.. |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 4-10-2022 02:23 PM
Apa faedah menyimpan BSN SSP ni? Malas nk gugel
cabutan tu la salah satu pekdahnya
mana tau rezeki chuols.
anak iols last year baru bukak acc,pastu kene jek sket dek org kaunter suh up sikit amount nanti blh utk cabutan sekian2. masa bulan 12 kot cabutan tu dpt call dari bank anak iols dpt laptop ok la tu save duit makpak takyah beli lappy baru. |
|
|
|
|
|
|
|
tungkai replied at 4-10-2022 02:22 PM
Tumpang tanya...apa beza cabutan camni dgn main tikam?
Judi tikam ada unsur untung dan rugi..yang ni samada untung atau tak untung,tapi masih belum rugi...cuma rugi sebab berangan jer la. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa jumlah simpanan utk boleh menang 1juta? Aku xpaham konsep bsn ssp ni.
Kes pakcik jutawan ni dia simpan sejak tahun lepas dah menang sejuta. Xde lak tulis jumlah simpanan dia. Ni kira ikut nasib ke? Aku nak try la depo RM100 manetau jutawan tahun depan.  |
|
|
|
|
|
|
|
Rm1 mil sekarang bukan mcm 10-20 years ago
ni tak sure kena tax by lhdn ke tak..
apa muleh beli with rm1 mil , sebijik bunglow kat area hot klang valley pun tak dapek pocit oiii  |
|
|
|
|
|
|
|
dia kena rm3000 baru boleh layak utk cabutan rm1 juta tu
1 unit rm10
|
|
|
|
|
|
|
|
untungla pakcik tu
beli ssp tahun lepas, tahun ni cabut menang
untungnyaaaaaa
aku selalu berangan aku menanggg huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
ai simpan puluh2 ribu gak dalam SSP ni tak penah sekali pun kena 
simpan SSP ni harap dapat hadiah aje lah.. dividen semua pun takde. Statik aje simpanan ai kat situ sejak bertahun2.
Simpan kat ASB n Tabung Haji dapat jugak la dividen kan.
Oleh itu baik korang semua simpan kat ASB n TH .. supaya besar sikit peluang ai nak menang  |
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize replied at 4-10-2022 04:44 PM
ai simpan puluh2 ribu gak dalam SSP ni tak penah sekali pun kena
simpan SSP ni harap dapat had ...
Oh mesti sedara2 diorg je kot yg mng.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye la kot ai dah simpan situ lebih 7 tahun dah.. tapi belum ada rezeki..
tapi kat artikel tu tulis jumlah simpanan oleh semua pelanggan dalam SSP pun dah 4.8 billion.. maknanya berapa ratus ribu/juta orang pelanggan dah tu.. so peluang nak menang pun tipis giler
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dulu memang jutawan laa.. 1 juta boleh beli kereta.. Umah.. Simpanan.. Teringat pulak kisah dulu2 ade felda kat malaysia ni punya berkepuk2 duit siap ada upacara bakar duit lagi kat majlis kawen.. La ni.. 1 juta pon lom boleh dikategorikan orang kaya betul pon |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya dpt duittttt. tahniah pakcik. |
|
|
|
|
|
|
|
Belas ribu gak duit aku simpan SSP... tiap bulan dlm 500 gak aku tarok.. tapi tak pernah dpat satu pun hadiah...jgn kan yang besar yang kecik pun takdok.. korang klau baca rintihan aku ni doakan lah aku menang SSP ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|