CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 781|Reply: 4

Semakin Ramai Orang Malaysia Pinjam Ceti Haram

[Copy link]
Post time 4-10-2022 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Biarpun negara sudah memasuki fasa peralihan endemik sejak beberapa bulan lalu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merekodkan peningkatan pinjaman ceti haram sebanyak 20 peratus berbanding sebelum ini.


Antara faktornya adalah ketidaktentuan ekonomi serta perubahan pekerjaan secara mendadak terutama bagi mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19 sejak 2020.


Mendedahkan perkara itu, Naib Presiden 3 Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Azman Kang Abdullah berkata, setakat ini, kebanyakan kes yang diadukan kepada pihaknya membabitkan kesan pandemik seperti kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.




Gambar Hiasan




Katanya, jika sebelum ini secara purata, terdapat 30 hingga 50 kes yang dirujuk kepada Biro Banteras Ceti Haram PPMM, ia dilihat meningkat sehingga 70 kes, terutama selepas musim perayaan baru-baru ini.


"Keseluruhan kes berkenaan berjumlah lebih RM1 juta dan yang mengejutkan apabila ada yang sanggup meminjam walaupun hanya RM300.


"Sudahnya tuntutan along menjadi lebih RM1,000 dan mereka mula berdepan masalah untuk membayarnya sehingga meningkat berkali ganda," katanya kepada Harian Metro.


Azman berkata, sudah sampai masanya kerajaan tampil dengan inisiatif penyelesaian isu along seperti tabung khas di dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini.


Katanya, ia mampu menyelesaikan isu ceti haram yang terus berlanjutan termasuk penggunaan aplikasi tertentu untuk memerangkap mangsa.


"Along sekarang tidak lagi perlukan ruang pejabat seperti dulu. Cukup dengan bercakap di telefon, muat turun aplikasi dan wang dipindahkan ke dalam akaun.


"Tetapi modus operandinya tetap sama, potongan sehingga 30 peratus daripada kadar pinjaman. Ini sebenarnya yang memerangkap mangsa yang terdesak ingin menggunakan wang segera.


"Kita harap ada pengumuman berkenaan ceti haram di dalam Bajet 2023. Setidak-tidaknya ada ruang untuk peminjam keluar dari masalah mereka," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 01:26 PM | Show all posts
ok la tu

demi ipong 14

demi keta H

demi nak holiday hatyai chieng mai

kut pi london lg banyak nak berutang kann
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 06:39 PM | Show all posts
yela nak tampung macam2 ko kena paham. ceti pon cetilah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam mana tak ceti haram.. rumah loan,
, kerdit card, holiday, handphone model baru je, makan nk tempat best2 ... pastu selfie muncung itik dlm kereta katanya rezeki tak pernah salah alamat. Padahal nk hujung bulan melantak sardin anak beranak dgn nasi lemak bucu telor secoet!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
apa beza ceti haram dan ah long..
dah tuu gaji sikit..komitmen bsr..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.406224 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list