View: 557|Reply: 0
|
Xavi beri amaran kepada Barca
[Copy link]
|
|
Xavi beri amaran kepada Barca
PEMAIN Barcelona berlatih menjelang perlawanan dengan Inter Milan. FOTO EPA
Milan: Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez memberi amaran kepada pemainnya bahawa mereka tidak boleh gagal apabila berdepan Inter Milan pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di San Siro, awal pagi esok.
Barca dan Inter sebelum ini tewas kepada pendahulu Kumpulan C, Bayern Munich, dan hanya mengumpul tiga mata selepas dua perlawanan awal.
Saingan UCL jelas tempat yang kejam untuk Barcelona sejak beberapa tahun kebelakangan selepas kali terakhir mereka menang gelaran pada 2015, malah tahun lalu mereka dimalukan apabila tersingkir di peringkat kumpulan.
"Perlawanan esok amat penting, bukan penentu, tetapi sangat penting jika kami mahu melangkah ke pusingan berikutnya," kata Xavi pada sidang media hari ini.
"Kedua-dua pasukan tewas kepada Bayern sebelum ini, jadi perlawanan esok sangat penting dan mencabar. Kami akan lihat apa keputusan perlawanan Bayern, tetapi kami tidak boleh gagal. Itu yang ada dalam fikiran kami, tidak boleh gagal."
Kelab Catalans itu berada pada prestasi baik apabila mendahului carta La Liga dan belum tewas pada aksi domestik manakala Inter Milan bermasalah dengan menduduki tangga kesembilan Serie A hasil empat kekalahan daripada lawan perlawanan.
Bagaimanapun, Xavi percaya, keputusan perlawanan sebelum ini tidak penting dan Inter boleh menjadi ancaman berbeza berbanding pasukan lain di Sepanyol.
"Prestasi semasa tidak memberi makna besar, kami banyak kali turun bermain sebagai pasukan pilihan tetapi akhirnya kami tewas," kata Xavi.
"Inter adalah pasukan sangat kuat, memiliki pergerakan menarik ketika menyerang, menggunakan gaya dinamik dengan dua penyerang yang tidak digunakan dalam liga Sepanyol.
"Ini adalah kumpulan paling sukar buat kali sejak beberapa tahun lalu dan sangat susah. Kami perlu menunjukkan personaliti yang ditunjukkan di Munich untuk menang."
SUMBER:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... amaran-kepada-barca
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|