View: 767|Reply: 0
|
[Tempatan]
Selepas 7 tahun, Kuwait Airways kembali ke KLIA
[Copy link]
|
|
Kuwait Airways kembali ke KLIA
https://www.bharian.com.my/bisne ... ays-kembali-ke-klia
Oleh Mohd Zaky Zainuddin - Oktober 3, 2022 @ 4:57pm
[email protected]
Kapal terbang Kuwait mendarat di lapangan terbang Kuala Lumpur International Airport (KLIA) hari ini. - NSTP/OWEE AH CHUN.
SEPANG: Selepas tujuh tahun, Kuwait Airways kembali ke Malaysia dengan penerbangan pertama mendarat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), memberi isyarat positif kepada industri pelancongan tempatan.
Pesawat Boeing 777-300ER dengan nombor penerbangan KU409 yang membawa kira-kira 300 penumpang itu berlepas dari Kuwait City pada jam 3.40 pagi waktu Malaysia sebelum tiba di KLIA pada jam 11.40 pagi.
Pengerusi ATS Global Travel and Charter, Datuk A Aziz Ahmad, berkata Kuwait adalah hab penerbangan antarabangsa dan dengan pembukaan semula pintu sempadan, kekerapan penerbangan ke KLIA dijangka terus meningkat.
"Buat masa ini, kekerapan penerbangan adalah dua kali seminggu dan ia akan terus meningkat sejajar dengan peningkatan permintaan.
"Semua maklum, kita berada dalam fasa pemulihan, justeru, kami menjangkakan kekerapan penerbangan akan meningkat pada masa hadapan," katanya kepada media selepas majlis menyambut ketibaan pesawat KU409 di sini, hari ini.
Aziz berkata, ATS Global sebagai syarikat yang dilantik sebagai ejen perkhidmatan am untuk Kuwait Airways di Malaysia, ia akan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebagai hab untuk penumpang umrah bagi menampung keperluan penumpang dari Malaysia Timur, Indonesia dan Selatan Filipina.
"Kami merancang untuk membawa operasi Kuwait Airways ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching," katanya.
Sementara itu, Pengarah Projek ATS Global, Hisham Haron berkata, rancangan Kuwait Airways untuk kembali beroperasi di KLIA sudah lama diusahakan sejak 2018, namun tertangguh akibat penularan COVID-19.
"Terdapat beberapa isu lain tercetus pada 2015 termasuk penurunan jumlah penumpang. Namun dengan peningkatan permintaan ketika ini, Kuwait Airways memutuskan untuk menyambung semula operasinya di Malaysia," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|