CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1512|Reply: 12

Wanita Terpelanting Selepas Tayar Dump Truck Meletup Ketika Pam, Sangka Muka Dah Terbelah

[Copy link]
Post time 3-10-2022 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Sepanjang hampir 10 tahun bekerja sebagai pemandu dump truck di tapak pembinaan, kejadian yang berlaku pada tanggal 22 Oktober 2020 sama sekali tidak akan dilupakan oleh wanita ini sepanjang hayatnya.


Memulakan rutin kerja seperti biasa, siapa sangka nasibnya agak kurang baik gara-gara tayar dump truck yang sedang dipam, meletup secara tiba-tiba sehingga mencederakan wajahnya.


Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ekin berkata, pada hari kejadian dia memandu trak seperti biasa sebelum menyedari salah satu tayar belakang kenderaan itu kempis selepas ditegur rakan sekerja.


Foto: Tiktok






"Mekanik di tapak pembinaan tempat saya bekerja ketika itu, iaitu di Gelang Patah, ada kerja lain. Jadi dia minta saya tolong pam tayar trak itu sendiri.


"Tak sampai lima minit pam, tiba-tiba terdengar bunyi letupan dan saya tercampak ke belakang. Rupa-rupanya tayar tu meletup.


"Mujurlah waktu pam, saya berdiri sekitar tiga kaki dari tayar namun impaknya tetap kuat sampai jaket yang dipakai koyak, cermin mata pecah dan jam tangan putus.


"Rakan-rakan sekerja semua meluru. Saya bangun dan sedar muka dah berdarah, telinga dua-dua belah berdengung. Waktu itu saya fikir muka dah terbelah sebab kebas dan macam terseret atas jalan," ceritanya mengimbas kembali insiden yang berlaku hampir dua tahun lalu itu.




  



Wanita berusia 32 tahun ini menambah, penyelia di tapak pembinaan segera membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.


"Dalam kereta, saya sempat buat panggilan video dengan keluarga untuk maklumkan apa yang berlaku. Terkejut mereka tengok muka saya," tambahnya.


Menurut Ekin, doktor hanya mencuci luka pada wajahnya ketika itu dan seminggu kemudian, dia membuat rawatan susulan untuk memeriksa keadaan telinga kerana masih mengalami masalah pendengaran, impak letupan tayar tersebut.


"Hampir dua bulan juga pendengaran saya ambil masa untuk pulih. Sebelum itu, dengar bunyi berdengung saja.


"Luka pada muka pun pulih, tapi sampai sekarang, masih ada parut bintik-bintik hitam. Mungkin serpihan getah tayar," ujarnya yang menetap di Senai, Johor.


Ekin mengakui insiden tersebut adalah kemalangan pertama yang dialaminya di tempat kerja, selepas hampir 10 tahun bekerja sebagai pemandu dump truck di tapak pembinaan.


"Selepas insiden itu, keluarga saya minta cari kerja lain sebab bimbang risiko di tempat kerja. Tapi nak buat macam mana, itu minat saya.


"Saya cuba slow talk dan beritahu kemalangan ni boleh berlaku di mana-mana saja. Cuma selepas ini kena lebih hati-hati. Saya bekerja macam biasa, cuma memang trauma nak pam. Memang saya tak sentuh pam dah.


"Sebenarnya ia bukan kali pertama saya pam, pernah beberapa kali tapi mungkin hari itu nak jadi," ujar anak ketiga daripada lima adik beradik ini.


Sekadar mahu berkongsi cerita di TikTok, Ekin sama sekali tidak menyangka video tersebut meraih lebih daripada 1.3 juta jumlah tontonan.


"Saya ucapkan terima kasih kepada yang doakan saya, moga kebaikan berbalik kepada mereka. Terima kasih juga kepada rakan sekerja, Umi Sarihan, yang bersusah payah membantu dari hari kejadian hinggalah saya pulih.


"Ramai yang kongsi kisah sama, malah ada yang beri nasihat... kalau benda itu bukan kerja kita, jangan buat sebab itu bukan kepakaran kita.


"Ada kes orang meninggal sebab tayar meletup. Saya bersyukur kerana umur masih panjang. Dengan perkongsian kisah saya ni, moga boleh ambil sedikit sebanyak pengajaran," ujarnya lagi. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nak pam tayar ni kena masuk sangkar dulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Terlebih pam ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus muka jadi cik B..bahaya betul
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian kp dik
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 04:23 PM | Show all posts
Bahaya betul kalau ada insuran eloklah claim sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2022 04:23 PM | Show all posts
kesian tapi nak tergelak pun ada. cara dia buat story tu jadi kelakar pulak dah
harap company ko ada carum socso la dik..kurang2 dapat jugak sikit pampasan

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tayar celup ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengerikan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:22 AM | Show all posts
saya paling takut pum tayar di stesen minyak...bagus set rendah sikit dari spec
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:40 AM | Show all posts
tayar jenis ni memang kena 5 minit pam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:48 AM | Show all posts
rasanya tayar yang tak ikut standard ni... sampai satu ketika akan meletup bila di pam
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:58 AM | Show all posts
Allahuakbar kesiannya akak ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.057415 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list