CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7444|Reply: 96

"Dah Makan Tak Nak Bayar, RM259 Ni!" Tauke Kedai Tengking 'Kaw Kaw' Pakcik Berserban Dan Keluarga

[Copy link]
Post time 3-10-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Sering kali kita terdengar kata-kata nasihat yang menyarankan untuk lebih baik berdiam diri ketika sedang marah, kerana dibimbangi kata-kata yang terkeluar akan menyebabkan perkara yang lebih buruk berlaku.


Demikianlah dengan situasi yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini mengenai satu insiden yang disaksikannya sendiri di depan mata.


Mengimbas kembali kejadian tersebut menerusi satu perkongsian di Facebook, lelaki bernama Fahmi Huzairi berkata, ketika itu dia sedang menikmati hidangan di sebuah restoran.


Gambar Hiasan




Tiba-tiba dia dan pelanggan lain dikejutkan dengan suara kuat, di mana pemilik restoran sedang memarahi seorang pelanggan yang merupakan warga emas gara-gara tidak mempunyai wang untuk melunaskan bil hidangan.


"Satu kedai dengar tauke kedai tu sound pakcik ni dengan family dia. Pakcik tu dengan makcik (isteri), empat orang cucu dan tiga perempuan remaja dan dewasa.


"Menantu saya tak dapat dihubungi, dia yang suruh makan kat sini," kata pakcik berkenaan kepada pekedai.


"Itu hal awaklah, habis tu takkan dah makan tak nak bayar... RM259 ni," demikian pula balas si peniaga seperti yang dikongsikan Fahmi.







Fahmi berkata, di sempat menoleh ke arah wajah lelaki tua berkenaan dan kelihatan air mukanya keruh tanda sedang menanggung malu.


Situasi tersebut sangat berbeza ketika lelaki tua itu dan keluarganya tiba di restoran berkenaan dan menjamu selera.


"Tadi aku tengok satu family ni sampai dekat restoran pun pakai van Vanette lama. Masuk restoran pun tengok yang kecil-kecil tu seronok bukan kepalang dapat makan dekat luar.


"Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi. Call pun tak angkat-angkat.


"akcik tu pakai serban, baju jubah... keluarga dia pun elok berpakaian muslimah. Keluarga baik-baik ni, tak sanggup aku tengok mereka dimalukan," tulisnya.


Tanpa berlengah, Fahmi segera memanggil pemilik restoran berkenaan untuk mengira bil hidangan miliknya.


Ketika itu, dia turut meminta pemilik restoran berkenaan mengira sekali bil hidangan keluarga lelaki tua tersebut kerana berniat mahu bersedekah.


"Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat, makcik minta maaf dengan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni, boleh?


"Kenapa tak cakap adik je belanja?


"akcik tu mungkin ada masalah keluarga, makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai, jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan dan dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan.


"Sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan lain akan mula anggap makcik ni tauke restoran yang tak baik, nanti mereka akan cerita macam-macam pasal restoran makcik, padahal saya tahu makcik orang baik," tulis Fahmi mengenai perbualannya dengan pemilik restoran berkenaan.


Tidak lama kemudian, Fahmi berkata dia melihat pemilik restoran pergi ke meja keluarga lelaki tua tersebut dan mereka kelihatan bersalam-salaman serta berbual mesra, sebelum keluarga itu bangun meminta diri tergesa-gesa.


Sementara itu ketika Fahmi juga mahu melangkah keluar, tiba-tiba tauke restoran itu mendekatinya untuk mengucapkan terima kasih dan membayar kembali wang yang digunakan untuk membiayai bil keluarga lelaki tua itu.


"Biarlah makcik belanja diaorang... rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu la menantu dia tak angkat-angkat call.


"Kalaulah makcik terus marah-marah tadi, tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macam mana. Ini duit RM280 makcik nak pulang semula kat adik, biarlah makcik yang belanja keluarga tu dengan adik punya sekali," cerita Fahmi mengingati semula kata-kata pemilik restoran berkenaan.


Bagaimanapun kata Fahmi, dia menolak pemberian pemilik restoran itu dengan baik dan meminta wang berkenaan disimpan sebagai sedekah untuk masa akan datang.




Menjengah ke ruangan komen pula, rata-ratanya memuji pendekatan Fahmi yang disifatkan sebagai tindakan yang rasional dan terpuji.


"Terima kasih sebab jaga air muka pakcik itu sekeluarga.


"Alhamdulillah. Terbaik. Anda membela maruah pakcik tu, menyedarkan tuan kedai dengan bijak. Semoga terus dilimpahkan rezeki.


"Itulah manusia. Kadang-kadang kita tak sedar apa kita cakap sebab tengah marah. Dan itulah pentingnya orang sekeliling untuk meredakan marah dan menasihati," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 11:29 AM | Show all posts
tak ada org jatuh miskin kalau sedekah makanan...ingat tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 11:37 AM | Show all posts
dia cakap menantu.. anak dia mana? kemalangan teruk ke smp x angkat call?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
emmkay bau hasanah kuat sgt
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 11:41 AM | Show all posts
Atata replied at 3-10-2022 11:39 AM
emmkay bau hasanah kuat sgt

kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
kuat sgt hasanah tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 11:44 AM | Show all posts
makan apa tu dekkkkkkkkkkkkkkkkk smpai 259...... 25 org punya makan kaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih dgn dunia arini...nk tolong orang pon kena berhati hati,fikir elok2...kang kita 'disinetronkan'.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
dunia tipu2
malas kerja kuat menipu
janji viral dok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayu hati ini membacanya.

Beginilah contoh terbaik tuan2 puan2. Bila buat kebaikan, kita hebohkan. Musti pahala berganda di sorga.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 3-10-2022 03:39 AM
emmkay bau hasanah kuat sgt

Yeap. Bila dialog sebegitu detailed, memang kuat bau hasanahnya. Ingat tak betapa detailed cerita kak Hasanah tolong orang dalam kapal terbang?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 11:50 AM | Show all posts
hasanah mana hasanah????
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyo lah tu... Percaya percaya percaya
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-10-2022 11:49 AM
Yeap. Bila dialog sebegitu detailed, memang kuat bau hasanahnya. Ingat tak betapa detailed cerita  ...

Nasib baik aku stop baca sbb dah terlalu detail mcm novel description cerita hassanah tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah heboh2 kan, itu lebih cool
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 12:09 PM | Show all posts
Atata replied at 3-10-2022 11:39 AM
emmkay bau hasanah kuat sgt

baru nk cakapp...
fishyy hasannah die skala 8.5/10
payah nk husnuzon...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 12:10 PM | Show all posts
rm259 untuk 9 orang .. entah makan apa. kira jenis membazir jugaklah. dalam sembilan orang tu, tak ada seorang pun yang berduit, harapkan seorang jer yang tak hadir, keluarga ni taklah berduit sangat tapi makan tak ingat dunia.. apa2 emergency memang ke laut lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 12:18 PM | Show all posts
Saya ni husnuzon, jarang sangat nak tuduh sesuatu cerita tu hasanah. Pada saya baca je la cerita tu sebagai hiburan, pengajaran dan panduan. Betul ke tipu belakang kira. Tapi maaflah, cerita ni kuat sangat bau hasanah sampaikan saya tak boleh nak husnuzon kali ni. Mungkin cerita ni betul tapi tokok tambah tu melampau-lampau sampai hilang logiknya. Pelanggan terlalu berceramah dan tauke terlalu mudah rasa bersalah. So...nope. Better luck next time.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Toksah tu penatttttt..bila penattt ko senang lentinggg...biasa laaa

Dia pun banyak nk bayo bill..gaji pekeje

Ingat senang ke nk senyum masa penat letih?

Korang keje mkn gaji bleh cakap beso Ler

Tips pun singgit lagi nk berlagak ..puihhh belacan!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 12:26 PM | Show all posts
logik jugak makan 7,8 pax RM250. kalau betul cerita ni, mmg kesian la pacik tu, kena aniaya dgn anak menantu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita bullshit hasanah ke ni? lain macam dia humble brag. cuba check kalau2 fahmi ni influencer, jika ya comfirm 100% hasanah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.375352 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list