CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1169|Reply: 12

[Dunia] negeri Kerala: Pemandu beca menyesal menang loteri RM14 juta

[Copy link]
Post time 3-10-2022 12:29 AM | Show all posts |Read mode
Hidup Anoop tidak lagi tenteram kerana rumahnya sering didatangi oleh orang ramai yang meminta wang untuk membantu mereka. – Facebook


Pemandu beca menyesal menang loteri RM14 juta

  • Oleh KOSMO!
  • 28 September 2022, 9:00 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram


NEW DELHI – Seorang pemandu beca berenjin di negeri Kerala, India, mengaku menyesal memenangi wang loteri yang banyak selepas dia kerap diganggu oleh orang ramai yang meminta wang, lapor portal berita MailOnline semalam.

Lelaki dikenali sebagai Anoop itu memenangi wang loteri berjumlah £2.9 juta (RM14.2 juta) pada 18 September lalu.

Keterujaannya bagaimanapun tidak bertahan lama apabila dia menerima perhatian melampau daripada media yang datang ke rumahnya serta orang ramai meminta wang daripadanya sekali pun dia tidak mengenali mereka.

“Saya berharap saya tidak menang wang itu. Hadiah tempat ketiga mungkin lebih baik.

“Saya amat gembira apabila menang dan terdapat ramai orang dan pihak media di rumah. Kami gembira ketika itu,” kata Anoop.

Bagaimanapun, keadaan berubah buatnya apabila perhatian berlebihan pihak media menyebabkan pintu rumahnya sering diketuk setiap pagi.

“Hidup saya tidak lagi tenteram kerana rumah kami sering didatangi oleh orang ramai yang meminta wang daripada kami untuk membantu mereka.

“Saya terpaksa bertukar-tukar tempat tinggal. Saya tinggal di rumah saudara perempuan,  namun orang tetap tahu alamat rumah itu,” ujarnya.

Sementara itu, isteri Anoop, Maya berkata, orang ramai beratur di hadapan rumah mereka dengan ada yang datang dari serata lokasi di Kerala termasuk Tamil Nadu. – Agensi






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 02:04 AM | Show all posts
pi la lari ke oversea
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 02:26 AM | Show all posts
The finest aspect of https://www.westwaleschronicle.c ... -succesful-student/ is the security measures they've implemented at https://www.wales247.co.uk/why-a ... -among-uk-students. And it's because of this that I'm addicted to it. I'm very pleased with it!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata donate kpd sri lanka…
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila duit banyak jadi bala.


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ko kaya, walau ko dok atas gunung pun orang cari ko, tp kalo ko miskin hatta yg duduk sebelah umah ko pun wat2 x sedar kewujudan ko
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2022 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Money changes everything
- cyndi lauper

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah ni kalau difilemkan tayang kat netflix boleh laku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 09:37 AM | Show all posts

ya lari pergi KL duduk kajang buka kedai mamak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
patutnya dah menang terus beli rumah agam skali dgn guard. ala2 selebriti bollywood. kot2 la boleh berjiran dgn srk ke amir khan ke.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 11:42 AM | Show all posts
dulu aku pernah buka thread
pemenang loteri di semenanjung bunuh diri
apek tua ni tertekan sebab ramai sami turun ke rumah
mcm2 badan kebajikan htr wakil utk mohon sumbangan
sejak dari tu mana ada nama pemenang di dedahkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak.malu sungguh kan.
Dah tau org tu menang...siap.kecak duit.lagi...
Padahal.kau bukan.sapa.sapa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 12:00 PM | Show all posts
kalau peraduan RM1 juta
memang didedahkan nama

kalau loteri memang tak
nanti ramai mengaku sedara mara jauh punya level
kiranya tahap bau-bau macang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.284310 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list