View: 3837|Reply: 46
|
Dua Beradik Mati Direnjat Elektrik: Masakkan Cucur, Sanggup Ponteng Sekolah Nak Jaga Ibu Di Rumah
[Copy link]
|
|
Dengkil: "Hasrat kedua-dua arwah untuk ponteng sekolah pada Khamis dan Jumaat semata-mata menjaga dan bersama saya yang tidak sihat menjadi petanda mereka akan pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya, "kata ibu mangsa dua beradik yang maut terkena renjatan elektrik, Syakila Hasan.
Pencari dan penjual barangan terpakai berusia 35 tahun itu berkata, sepanjang dua hari lalu kedua anaknya tidak keluar ke mana-mana dan sentiasa bersama keluarga kecuali menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran sebelum tragedi menyayat hati itu berlaku.
Menurutnya, pada Khamis, anaknya, Adam Harish, 10, menyediakan masakan cucur tepung dan beriya-iya menyuruhnya merasainya kerana dia pandai memasak.
 Foto: harian Metro
Katanya, dia tidak menyangka masakan yang disediakan itu adalah hidangan terakhir dari Harish yang sebelum ini sering menyuarakan hasrat ingin bertukar sekolah ke aliran agama.
"Namun kami tidak dapat tunaikannya kerana tiada pendapatan tetap apabila kedai makan yang diusahakan terpaksa ditutup akibat pandemik Covid-19.
"Sebelum menunaikan solat Jumaat dua beradik ini turut meminta suami, Zamri Mohd Ali, 49, menyediakan masakan ayam masak merah dan mereka sangat berselera ketika kami sekeluarga menjamah hidangan tengah hari "katanya ketika ditemui di rumahnya di Teras Jernang di sini hari ini.
Jumaat lalu, dua beradik, Adam Harish dan Adam Haziq yang juga murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi,
dilaporkan maut apabila terkena renjatan elektrik ketika mandi di dalam besen.
Syakila berkata, dua anaknya itu meminta kebenaran untuk mandi di halaman rumah bersama adik bongsu mereka, Adam Hazreil, 7, tahun.
Katanya, kejadian berlaku selepas solat Asar ketika dia sedang berehat di dalam rumah dan terdengar suara Adam Hazreil meminta tolong mengatakan kedua-duanya abangnya terkena renjatan eletrik.
"Saya bergegas keluar dan melihat mereka sudah terbaring di halaman rumah dan tidak berani keluar kerana ketika itu air bertakung di kawasan tempat mereka mandi dikhuatiri ada arus elektrik mengalir, "katanya.
Sementara itu Zamri berkata, sebelum kejadian dia ada bersama anaknya di bahagian hadapan rumah sebelum meninggalkan mereka untuk ke kedai berdekatan membeli barangan keperluan.
Menurutnya, mereka mandi menggunakan bekas takungan air dan besen di halaman rumah yang diisi dengan air paip.
Katanya, sekembalinya dari kedai mendapati Harish dan Haziq sudah terbaring berdekatan ampaian dan besen yang digunakan ketika mandi manakala dia juga terkena renjatan ketika menyentuh tiang ampaian di situ.
"Anak bongsu memaklumkan ketika Harish ingin mengambil tuala di ampaian dia terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang ampaian yang bersentuhan dengan zink bumbung rumah."
" ada masa sama Haziq yang melihat kejadian itu ingin membantu Harish lalu terkena renjatan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Katanya, mereka reda dengan kejadian itu dan sedang mempertimbangkan untuk mencari keadilan di atas apa yang berlaku. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu.. dari mana punca elektrik tu? tiang ampaian bersentuh zink bumbung.. so cable lektrik kt bumbung tu yg bocor ke hape? |
|
|
|
|
|
|
|
Zack8hunter replied at 2-10-2022 06:32 PM
Allahu.. dari mana punca elektrik tu? tiang ampaian bersentuh zink bumbung.. so cable lektrik kt bum ...
Ye...TNB dah check |
|
|
|
|
|
|
|
agak aga dpt pampasan x…. |
|
|
|
|
|
|
|
Kancilkering replied at 2-10-2022 07:01 PM
agak aga dpt pampasan x….
Kalu kejadian berpunca dr litar dalam rumah TNB memang takda kaitan pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde gmbr tmpt kejadian ke..susah aku nk imagine |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih, dahla keluarga nk asnaf. Letrik bocor dr kabel kan?, selayaknya TNB kena bertanggungjawab.
Sian budak2 ni dorang cuma nak berseronok
mandi dlm besen, mujur yg 7 tahun tu tak kena sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 2-10-2022 07:54 PM
Kalau tengok dari keadaan tempat diorang mandi tu, bukan family senang. Kejadian pulak depan adik. Semoga syurga buatmu adik2.
Semoga ada yang sudi membantu family ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun
Salam takziah buat keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 2-10-2022 07:53 PM
Kalau tengok dari keadaan tempat diorang mandi tu, bukan family senang. Kejadian pulak depan adik. S ...
Boleh salurkan sumbangan kat pibg sekolah arwah. Dorg tgh kumpulkan. Ada iols dpt msg dari ajk taman iols |
|
|
|
|
|
|
|
Mengalir air mata baca |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Salam takziah utk family mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu sedihnya..mesti serik dh adik dia nnt nk mandi mcm tu lg..moga syurga tempatmu anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
delia3003: Edited by delia3003 at 2-10-2 ...
Ada gambar tempat kejadian ehh?? |
|
|
|
|
|
|
|
adikdie replied at 2-10-2022 09:08 PM
Allahu sedihnya..mesti serik dh adik dia nnt nk mandi mcm tu lg..moga syurga tempatmu anak2
Mesti sedih kan..lagi plak katanya abang yg kena..then si adik ni nak tolong...teras jernang ni yg dekat kptm tu kan?rumah kampung agaknya...ada termination dah leak agaknya ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah…..Takziah, byk berdabar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|