CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 539|Reply: 1

Simptom Demam Berdarah- Ancaman Pandemik Baharu, Virus Dalam Populasi Monyet

[Copy link]
Post time 2-10-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON – Saintis-saintis bimbang berhubung penemuan ancaman pandemik baharu yang dikhuatiri berpunca daripada sejenis virus yang menular dalam populasi monyet di Benua Afrika, lapor portal berita MailOnline.


Dinamakan Virus Demam Derdarah Simian (SHFV), kuman itu berupaya mencetuskan simptom dahsyat seperti deman berdarah Ebola termasuk pendarahan organ dalaman dan membunuh hampir setiap ekor monyet yang dijangkitinya.


Virus itu mengganggu sistem imunisasi, melumpuhkan mekanisme pertahanan utama dan merosakkan badan sel demi sel.


Tiada kes dikesan dalam kalangan manusia setakat ini tetapi SHFV ‘bersedia untuk lonjakan’, kata penyelidik-penyelidik  di Amerika Syarikat (AS).




Foto: Pexels




Dengan membangunkan ujian dan memantau virus berbahaya di dunia, komuniti kesihatan global bagaimanapun berpotensi mengelak tercetusnya pandemik lain selepas Covid-19, kata mereka.


Pakar-pakar di Universiti Colorado Boulder meningkatkan amaran mereka kerana virus SHFV  berupaya menjangkiti manusia.


Dalam satu kajian makmal, mereka mendapati virus tersebut mampu melekat pada badan manusia dengan mudah dan ‘membiak’.


“Virus haiwan ini telah memikirkan cara untuk mengakses sel manusia, membiak dengan sendiri dan mengatas mekanisme sistem imunisasi  yang diharapkan dapat melindungi manusia daripadanya.


“Ini agak jarang berlaku, kita sepatutnya memberi perhatian terhadapnya,” kata pengarang kanan kajian, Dr. Sara Sawyer.


Apabila menjangkiti monyet, virus SHFV menyebabkan gejala demam, pengeluaran cecair dalam sel badan secara berterusan, anoreksia dan pendarahan. Penyakit itu membawa maut dalam masa dua minggu.


SHFV didapati menyerang sel imun dengan cara sama seperti virus kurang imun manusia (HIV), pendahulunya yang berasal daripada sejenis cimpazi di Afrika. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2022 12:48 PM | Show all posts
wakluuu jgn pulak ada pandemik baru penat aku nk berkurung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.428036 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list