CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tora bora

Kenapa Bijak Pandai meninggalkan ajaran Bible ???

[Copy link]
Post time 25-10-2010 12:22 AM | Show all posts
Reply 85# cmf_shalom


   

Hahaha…saya cuba melembut?

Saya tidak merasakan sedemikian. Apa yang saya lihat adalah kamu kehabisan modal sehingga sekali lagi kamu melihat Islam dengan cara melihat perilaku individu terpencil. Satu tindakan yang salah. Kenapa pula kamu tidak mahu melihat kristian kamu melalui tuduh menuduh antara kelompok protestan dan katholik?

Seperti kata kamu kita harus adil dan jujur dalam berhujah. Tetapi kelihatannya kamu sendiri yang tidak adil dan jujur dalam menegakkan hujah kamu. Kerana dalam kristian hanya melihat agama kristian itu saja dan kamu tidak mahu melihat tuduh menuduh antara protestan dan katholik. Tetapi dalam Islam pula kamu bersungguh melihat tuduh menuduh antara Sunni dan Syiah, tetapi tidak mahu melihat agama Islam itu sendiri. Ternyata tiaa kejujuran dalam kamu berhujah.

Bagi saya, saya melihat Islam itu melalui Islam itu sendiri, bukannya melalui perlakuan kelompok tertentu. Saya tidak terpegaruh dengan individu-individu terpencil yang mengatakan mereka Islam namun menuduh begitu dan begini ke atas kelompok Islam yang lain. Dan situasi ini tidak berkaitan langsung dengan Islam. Ini hanya melibatkan perilaku seseorang individu, bukanlah melibatkan Islam. Kerana Islam itu adalah damai. Bukannya tuduh menuduh atau bertelagah.

Kambing memakan beberapa surah dalam Al-Quran, satu hujah yang amat lemah kerana yang menulis Al-Quran itu bukan seorang sahaja, malah Al-Quran bukan hanya ditulis, tetapi juga dihafal. Jika setakat seekor kambing yang memakan beberapa catatan surah Al-Quran, namun banyak lagi catatan Al-Quran oleh individu-individu lain, malah situasi ini tidak memberi sebarang kesan kepada catatan-catatan yang telah dihafal oleh ribuan umat Islam ketika itu.

Al-Fatihah, bismillah dan dua kalimah syahadah, saya tidak menjumpai mana-mana permasalahan berkaitannya. Perdebatan ke atasnya adalah perkara biasa untuk memperolehi pencerahan atas sesuatu yang berkaitan dengan perkara tersebut. Namun perdebatan tersebut bukannya bertelagah. Tiada bukti bahawa ianya adalah suatu pertelagahan. Justeru apa masalahnya jika debat itu diadakan jika ianya adalah untuk berbincang?

Tentang hadis, sememangnya sentiasa ada perdebatan untuk mempastikan umat Islam lain tidak terjebak ke dalam hadis-hadis palsu yang sengaja diada-adakan oleh kelompok tertentu yang tidak senang melihat kebenaran dalam Islam. Perdebatan mengenai hadis sememangnya sentiasa ilakukan supaya sesuatu pengajaran dapat diperolehi dalam setiap hadis shahih. Namun perdebatan itu bukannya pertelagahan. Tiada bukti ianya adalah pertelagahan.

Versi Ubay yang berbeza, apa yang peliknya? kerana Al-Quran berkenaan ditulis oleh Ubay untuk kegunaannya sendiri. Dalam sesetengah surah, kemungkinan kes Ubay ini sama dengan Ibnu Mas'ud di mana dalam sesuatu surah semasa diturunkan, beliau tidak bersama dengan Nabi Muhammad dan wahyu berkenaan tidak disampaikan oleh seseorang kepadanya menyebabkan beliau tidak menuliskan surah berkenaan di dalam Al-Qurannya. Kalau berbeza dari segi beberapa ayat, itu juga tidak menghairankan kerana berbagai ayat boleh digunakan untuk menyampaikan satu makna yang sama. Samalah dengan contoh yang telah saya berikan terdahulu di mana satu ayat juga boleh dituliskan dalam 3 ayat, namun makna ayat tersebut tetap sama. Yang penting adalah makna yang disampaikan dalam wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad itu. Justeru apa yang peliknya?

Harus difahami bahawa umat Islam itu satu iaitu golongan yang beriman kepada keesaan Allah dan keRasulan Nabi Muhammad serta percaya kepada Al-Quran. Dan Al-Quran pula adalah satu. Justeru sebenar-benar syiah dan sunni yang benar-benar Islam, mereka hanya berbeza kerana hanya melibatkan pendapat yang berbeza ke atas tokoh-tokoh Islam tertentu. Syiah mengatakan diri mereka sebagai kelompok syiah kerana mereka adalah lebih menghormati Saidina Ali dan keluarganya , namun mereka tetap berRasulkan Nabi Muhammad dan bersumberkan Al-Quran seperti juga kelompok sunni. Justeru saya melihat dakwaan kononnya kajian ilmiah syiah mengatakan sumber sunni adalah salah, dan sebaliknya adalah usaha kelompok tertentu yang hanya ingin memecahbelahkan perpaduan Islam. Apa yang perlu kita fahami adalah jangan disebabkan oleh perlakuan seseorang individu yang mendakwa dirinya syiah ke atas segolongan Islam yang lain, maka semua orang syiah dianggap bersikap seperti individu tersebut. an begitu juga sebaliknya. Kita semua dapat melihat jelas, umat Islam di Iran yang majoritinya aliran syiah, mereka tidak punya masalah untuk bergaul dengan umat Islam di Malaysia. Kenapa? Kerana umat Islam itu satu, bukannya Syiah dan Sunni.

Lagi satu adalah melihat perdebatan sebagai suatu pertelagahan adalah suatu pandangan yang amat bersalahan.
Bijak pandai Islam bukannya bertekak, tetapi mereka berdiskusi, berbincang dengan aman, kerana masing-masing sedar bahawa Islam itu adalah damai. Tiada bukti mereka bertekak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2010 12:31 AM | Show all posts
Reply 95# sky_ephemeris


Terlebih dahulu, maaf kepada tora bora jika saya membalas tulisan sky_ephemeris ini, pada hal tulisannya itu ditujukan kepada tora bora.

Terlebih dahulu, sky_ephemeris,  apakah kamu yakin bahawa yang memandu jalan kehidupan
kamu itu adalah Jesus? Apa rujukan kamu untuk kamu mengenalpasti ianya adalah Jesus? Kamu merujuk kepada bible kamu itu? Jika demikian, belum pasti ianya adalah benar-benar Jesus, kerana bible kamu itu sendiri mengandungi kesalahan yang sehingga kini tidak dapat dinafikan oleh mana-mana kelompok kristian. Justeru kamu hanya yakin secara buta tuli.



Awak kata macam ni, orang lain pun kata agama mereka agama ilmu. Misalnya agama Hindu, mereka pun ada ilmu astrologi.

Biarlah jika mereka ingin mendakwa agama mereka agama ilmu. Namun jika mereka tidak mampu menafikan bukti yang dikemukakan oleh seseorang yang
mendakwa agama mereka adalah bukan agama ilmu, makanya dakwaan mereka itu hanya tinggal dakwaan semata-mata. Seperti yang berlaku ke atas agama kamu.

macam mana awak tahu orang Kristian tak persoalkan? kalau orang Kristian semua tak persoalkan macam mana ada aliran Protestant (menentang)? Saya orang Katolik yang setia tapi saya cuma bagitahu aje. Awak dah pernah masuk gereja ke? Ke awak tak berani pun lalu depan bayang gereja takut nanti akidah awak terjejas? Sky dah pernah masuk dalam compound masjid, sky tengok akad nikah kawan sky kawin, tapi dorang cakap elok sky dok kat luar aje. Sky respek aje lar tak masuk. Sky tak takut pun masuk dalam masjid.

Justeru orang kristian ada mempersoalkan segala-galanya berkenaan kristian itu ker? Jika demikian tentu terdapatnya orang kristian yang telah mengemukakan permasalahan berkenaan dengan catatan dalam bible seperti yang saya kemukakan dalam tajuk thread “Kesalahan Dalam Bible” dan “Permasalahan umur Ahazia dalam bible”. Jika demikian apa penjelasan yang telah diberikan oleh mana-mana kelompok kristian yang lain? Kenapa tidak kemukakan penjelasan tersebut dalam thread berkenaan? Saya lihat persoalan dalam thread tersebut masih tidak mampu dirungkai oleh kelompok kristian yang ada dalam forum ini. Apa yang saya dapati adalah akhirnya mereka mengemukakan penjelasan yang akhirnya menafikan apa yang tercatat dalam bible itu sendiri.

Justeru jika benar seperti yang kamu dakwa bahawa semua persoalan berkenaan kristian itu telah dikemukakan oleh individu kristian dan telah dirungkai oleh kelompok kristian yang lain, maka sila kemukakan penjelasan berkenaan dengan permasalahan dalam bible yang saya paparkan dalam 2 thread itu. Jika itu tidak mampu dilakukan, makanya dakwaan kamu hanya tinggal dakwaan semata-mata. Hanya dakwaan kosong.


macam mana awak tahu orang Kristian tak persoalkan? kalau orang Kristian semua tak persoalkan macam mana ada aliran Protestant (menentang)? Saya orang Katolik yang setia tapi saya cuma bagitahu aje. Awak dah pernah masuk gereja ke? Ke awak tak berani pun lalu depan bayang gereja takut nanti akidah awak terjejas? Sky dah pernah masuk dalam compound masjid, sky tengok akad nikah kawan sky kawin, tapi dorang cakap elok sky dok kat luar aje. Sky respek aje lar tak masuk. Sky tak takut pun masuk dalam masjid.

Pihak Islam asyik ulang-ulang benda yang sama aalah untuk paparkan kepada kamu bahawa terdapatnya permasalahan berkenaan kristian itu yang tidak dapat dan tidak pernah dirungkai oleh kelompok kristian itu sendiri. Memanglah tersangat boring……… lebih-lebih lagi yang diulang-ulang itu adalah permasalahan yang tidak terjawab oleh kelompok kristian.

Keimanan memang tidak terletak pada hujah tersebut, tetapi kebenaran adalah terletak pada hujah tersebut jika hujah tersebut tidak mampu dibuktikan sebagai salah. Justeru jika keimanan tidak disandarkan kepada kebenaran tersebut, maka keimanan itu adalah keimanan yang terseleweng atau keimanan yang secara buta tuli.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 07:28 AM | Show all posts
Pihak Islam asyik ulang-ulang benda yang sama aalah untuk paparkan kepada kamu bahawa terdapatnya permasalahan berkenaan kristian itu yang tidak dapat dan tidak pernah dirungkai oleh kelompok kristian itu sendiri. Memanglah tersangat boring……… lebih-lebih lagi yang diulang-ulang itu adalah permasalahan yang tidak terjawab oleh kelompok kristian.

Keimanan memang tidak terletak pada hujah tersebut, tetapi kebenaran adalah terletak pada hujah tersebut jika hujah tersebut tidak mampu dibuktikan sebagai salah. Justeru jika keimanan tidak disandarkan kepada kebenaran tersebut, maka keimanan itu adalah keimanan yang terseleweng atau keimanan yang secara buta tuli.


Awak lupa satu perkara, sama jugak dengan kawan-kawan muslim awak yang lain. awak bagi hujah apa pun, hidayah kan di tangan Allah

Semoga Jesus pandu Jalan

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 07:29 AM | Show all posts
dalam answeringislam banyak yang muslim tak jawab lagi. tolong jawab kat sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 11:26 AM | Show all posts
Berhujah mesti ada ayat, baru seronok, so marilah kita sembah bersama yang menghantar Jesus ke dunia ini, seperti kata bible anda :

Jesus said;  "He who believes in me does not believe in me, but in Him who sent me." (John 12:44) ....

Jesus said; "Truly, truly, I say to you, a slave is not greater than his master; neither one who is sent greater than the one who sent him." (John 13:16).

Jesus said to Mary; "...go to my brethren, and say to them, I ascend to my Father and your Father..." (John 20:17).

Father disini, merujuk kpd yang mencipta manusia termasuk Jesus dan emaknya.. dan kita semua.... So marilah kembali kpd Tuhan yng disembah oleh Jesus...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 02:28 PM | Show all posts
Exegesis ayat-ayat tu cakap apa? Awak semua sesuka hati saja tafsirkan sedangkan awak non-Christian dan tak masuk mana-mana seminary pun. Macam mana kalau orang Kristian yang non-Muslim tafsirkan ayat Quran dan Hadis awak sesuka hati sedangkan orang Kristian tak belajar macam ulamak-ulamak Islam awak semua dan tak ada keyakinan terhadap nabi Muhammad awak?  

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2010 02:30 PM | Show all posts
Kalau orang Kristian worship Father maknanya orang Kristian dah jadi Muslim ke? Saya pernah dengar pasal orang Katolik Arian di Eropah dan US, mereka buat gereja secara tersembunyi in contrast kepada Katolik Roma. Mereka hanya worship Father aje, jadi dorang pun Muslim ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 10:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by erusi at 26-10-2010 22:23

Reply 104# sky_ephemeris

dalam answeringislam banyak yang muslim tak jawab lagi. tolong jawab kat sana


   Dah dijawab dalam answering-christianity. Carilah kat situ semua jawapan ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2010 05:07 AM | Show all posts
Saya cuma tanya.. iupun kamu tak dapat tolong saya... simple jee kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2010 05:09 PM | Show all posts
Kalau orang Kristian worship Father maknanya orang Kristian dah jadi Muslim ke?  Saya pernah de ...
sky_ephemeris Post at 25-10-2010 14:30



Nak jadi muslim senang sahaja... Pertama sekali kamu NAFIKAN sebarang ketuhanan yng lain KECUALI ALLAH...dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah...

Percaya dlm hati, bahawa ALLAH mempunyai segala sifat kesempurnaan dan tidak sama sekali ada sifat kelemahan spt boleh mati, ditangkap, dll..

Bagai mana bisa Tuhan mati ? Siapa yang mengambil nyawa Tuhan ? semasa Tuhan mati, siapa yng jaga alam ini ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2010 09:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 11:15 AM | Show all posts
Reply 110# tora bora


    Sebab itulah kepercayaan yang menyebut Tuhan mati adalah berpunca daripada mempercayai ayat-ayat yang kabur dan tiada pasti kesahihan, ketulenan, keaslian dan kebenarannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2011 10:20 AM | Show all posts
Maha Suci Tuhan yang memiliki segala kesempurnaan, tidak mengantuk dan tidur, apatah lagi MATI.....

Kalaulah Tuhan itu MATI, siapa yang menjaga dunia selama kematiannya ???
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 01:34 PM | Show all posts
saya ingin tahu adakah agama kristian membenar or menghalalkan homosexual? jika benar,apa alasan nya?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 10:32 AM | Show all posts
Reply 114# razhar


    wat a question..of course not..yg mengamalkan n yg menghalalkan adalah umat yg terlibih bijak pandai sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 09:32 PM | Show all posts
saya ingin tahu adakah agama kristian membenar or menghalalkan homosexual? jika benar,apa alasan nya ...
razhar Post at 16-8-2011 13:34

Sebenarnya nampak macam ianya tidak membenar atau menghalal tetapi yang nyata ianya diluluskan oleh yang menganutnya. saja la nak hulur saya punya dua sen Malaysia larr..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 11:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by Dzulqarnain at 9-9-2011 23:17

Tak perlu berbalah dgn hujah² samada berdasarkan fakta/rasional/logikal/etc. perlulah kita masing² beriman kpd Tuhan yg Satu (1).

Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim (Abraham), dan lsmail (Ishmael), dan Ishak (Isaac), dan Yaakub (Jacob), dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan (al-Kitab) kepada Nabi-nabi: Musa (Moses) dan Isa (Jesus), dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri". (A-li'Imraan 3:84)

Pd zaman ini, agama kita bkn lah berdasarkan pendapat 'individu', samada Rabi, Priest, Ulama, etc ataupn org berpendidikan/kebiasaan. Agama yg kita anuti adalah apa yg dikurniakan oleh Tuhan kita kpd Nabi² kita melalui al-kitab. Kita yg beragama mestilah ada usaha utk mencari agama masing² dgn mempelajari kitab² ini menggunakan bahasa asal semasa ia diturunkan oleh Tuhan bg mengelakkan sebarang kesalahan/kesilapan yg dilakukan oleh pentafsir²/penterjemah² yg tlh berlangsung beratus²/beribu² tahun lamanya.

Saya sbg muslim, bersyukur krn Al-Quran yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad s.a.w. merupakan karya sastera agung (bahasa Arab) yg tiada tolok bandingannya dan tdk lgsung dpt dicemari sehingga hari kiamat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 07:11 PM | Show all posts
Reply 105# tora bora

Father di sini merujuk kpd Tuhan yg m'cipta langit dan bumi dan segala isi yg ada dlm dunia...segala yg ada di syurga dan bumi adalah milikNya...Oleh kerana manusia lbh percaya kpd fakta dan bukti maka Tuhan menurunkan Jesus ke dunia ini dlm bentuk manusia di beranakkan dan akhirnya mati.....naik ke syurga dan dan turun pd akhir zaman utk m'hakimi....dan Jesus adalah King in the new kingdom.klu kita ni slmt nnt blh la tanya dgn Jesus, betul ke dia ni yg diutus oleh Tuhan ke dunia.itu pun klu anda percaya Jesus yg akan jd King...tidak ada paksaan utk m'percayai Jesus dan menerima dia dlm hidup anda.jika anda tidak percaya dan percaya bible itu ajaran sesat, terpulang la kpd anda....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 12:26 AM | Show all posts
Reply 118# calla


Tak perlu lah kamu memikirkan orang yang tidak percaya pada bible itu. Tetapi cuba fikirkan diri kamu sendiri yang percaya pada bible itu. Disebabkan kamu percaya pada bible, then sila buktikan kepercayaan kamu itu adalah berdasarkan bukti yang kukuh dan pasti. Ada banyak kesalahan ayat-ayat dalam bible yang telah saya paparkan. Then sila buktikan bahawa apa yang saya paparkan itu adalah bukanlah kesalahan. Sila buktikan bahawa tiada kesalahan di dalam bible adalah sesuatu yang pasti. Jika itu kamu tidak mampu buktikan, then maknanya kamu hanya beriman secara buta tuli.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 11:47 PM | Show all posts
Yg penting:
- Percaya kpd Tuhan yg Esa: Yg Menghidupkan dan Mematikan, Yg Memberi Rezeki, etc.
- Percaya kpd hari pembalasan: Dihidupkan semula slps matinya, diadili dgn balasan syurga/neraka
- Beramal soleh: Jujur, amanah, berbuat baik, mencegah keburukan, etc.
Islam agama yg benar, tp perkara di atas lebih diutamakan tnpa paksaan dlm agama...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.079184 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list