CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 772|Reply: 8

Jangan Buat Orang Risau, Sekolah Kena Rujuk Polis Sebelum Keluar Notis Kes Culik

[Copy link]
Post time 1-10-2022 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Pihak sekolah perlu merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang notis pemakluman atau peringatan mengenai insiden yang dikaitkan dengan kes cubaan menculik murid kerana ia boleh menimbulkan kegusaran awam, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.


Bercakap pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Pelaksanaan Projek Pembinaan Kompleks Sekolah Presint 15 di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) mengingatkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk memberitahu pihak sekolah supaya merujuk pihak polis sebelum mengeluarkan notis berkenaan.




Gambar hiasan




"Kita tak nak notis yang dikeluarkan oleh sekolah nanti menimbulkan kerisauan penduduk. Niat sekolah keluarkan notis memang baik namun kadang-kadang peringatan itu boleh diambil dalam konteks berbeza yang menimbulkan kerisauan tidak berasas," katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kewajaran pihak pengurusan sekolah mengeluarkan notis peringatan mengenai kes culik di kawasan persekolahan.


Perkara sedemikian didakwa mencetuskan rasa panik dan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, ditambah dengan video tular kononnya berlaku cubaan culik tanpa diperiksa kesahihannya.


Radzi berkata pihak sekolah secara umumnya turut menerapkan aspek keselamatan murid supaya tidak mendekati orang tidak dikenali.


"enjagaan keselamatan adalah sebahagian daripada perkara yang sentiasa kita buat termasuk keselamatan lalu lintas, sebagai contohnya," katanya.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau senyap je ingat penculik insof ke?biar la heboh kalau boleh sampai tau jenis kereta, no plat kereta, muka orang penculik tu skali senang netizen nk tgkap deyollss
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kena pasang cctv depan taska, tadika, n sekolah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sek ank aku cuma kuar notice lepas ada percubaan menculi depan sekolah depan guru..brani btolll..nih sblm pkp...tp minggu tuh mmg sakan percubaan sb sblum tuh depan kedai runcit area sekolah gak tp belah petang...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut SOP memang lambat selow motion siput babi escargot sangat laaaa bang Radzi oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam benang Pontian ada dijelaskan oleh wakil pihak polis mengenai bagaimana kriteria percubaan menculik dari perspektif pihak polis.

Pada pendapat kita, kriteria tersebut agak mengecewakan. Apa boleh buat. Berhati-hati sahajalah sendiri dan sentiasalah mengingatkan anak-anak agar sentiasa peka dengan persekitaran mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2022 07:59 PM | Show all posts
better to be safe dan sorry...polis malaysia ni memang lembab sedikit kalau bab2 culik ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 1-10-2022 08:17 PM

Skrg ni sapa2 mai sekolah guna mpv/suv/van putih org akan amik gambar dan pandang semacam. Dah ada yg kena.Marah akak tu org amik gambar dia.

Suami iols smlm dia bawak van hiace putih tu terus singgah sekolah amik anak. Bila berhenti pak guard lari g kat dia.
Iols dh ckp pi tukar dulu ngn keta ke apa jgn terus dtg bawak van putih tu. Dahla dia dtg awal kul 5 dah sampai time tu mmg kosong je sekolah sbb kul 5.30-5.40 baru budak2 start kuar.

Van tu ada brg dia nak hantar kat stor agak susah nak sumbat org sbb pintu belakang mana leh bukak.
Sib baik takde yg dtg serang ke pukul ke apa tau laa skrg ni semua org paranoid kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2022 09:31 PM | Show all posts
paranoid sgt tp boleh pulak tinggalkan anak dlm kereta, biar anak main tepi jalan sorang2.

akak baru je pegi ninso, sama je budak2 berlari dlm tu mak bapak tak nampak kat mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.053479 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list