View: 1304|Reply: 5
|
Melampau! Dah Kenapa Buat Fashion Show Di Pekarangan Masjid?
[Copy link]
|
|
Sebuah acara pertunjukan fesyen di Ciamis, Jawa Barat menjadi sasaran kecaman netizen kerana menjadikan pekarangan masjid sebagai ‘pentas’ peragaan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.
Berdasarkan video yang tular, sekumpulan lelaki dan wanita dilihat berkumpul di halaman Masjid Agung Ciamis untuk melakukan pertunjukan fesyen, Ahad lalu.
 TikTok
Mereka berjalan sambil memperagakan pakaian dan aksesori masing-masing. Beberapa individu lain pula dilihat sibuk merakam gambar pertunjukan tersebut.
Selepas video itu dimuat naik di laman TikTok dan Instagram, ia menerima kecaman hebat dengan ramai netizen menganggap perbuatan itu sebagai tidak menghormati kesucian masjid yang merupakan tempat ibadat orang Islam.
Susulan itu, Ketua Jurusolek (MUA) Community Ciamis, Santi Novianti tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa pertunjukan fesyen itu dilakukan secara spontan.
“Kami meminta maaf daripada seluruh penduduk Ciamis terutamanya pihak Dewan Kesejahteraan Masjid (DKM) dan para ulama.
“Tidak ada unsur sengaja (pertunjukan fesyen), semuanya di luar jangkaan kami. Tiada juga niat kami untuk sengaja menjadi tular,” katanya.
Sementara itu, Ketua DKM Masjid Agung Ciamis, KH Wawan S Arifin berkata, pihaknya akan memberikan hukuman kepada penganjur acara itu.
“Hukumannya adalah mereka diwajibkan mengikuti pembelajaran di Masjid Agung Ciamis dua minggu sekali, setiap petang Ahad,” ujarnya.
TikTok @Santri_salafy
Tambah Wawan, kejadian itu berlaku akibat kelalaian pihak penganjur kerana mereka pada awalnya mengadakan acara tersebut di Alun-alun Ciamis.
“Bagaimanapun, ia secara tiba-tiba beredar ke pekarangan masjid,” kata Wawan.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa klau berita pelik2 dari sana |
|
|
|
|
|
|
|
Patut le kat Indon sana byk kejadian bencana alam berlaku sokmo - kataku kecek kelate |
|
|
|
|
|
|
|
Ini geng2 @Friska lah. X kisah lah berlaku di jawa barat pun dan walaupun friska mendakwa dia melayu deli. Tetap nk kecam Friska |
|
|
|
|
|
|
|
Ermmm tak pelik pun kalau berita ni dari negara tu |
|
|
|
|
|
|
|
Friskies & kepelikan bagai aur dgn tebing |
|
|
|
|
|
|
| |
|