CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 850|Reply: 2

Ayie Floor88 Dan Keluarga Terkena Ilmu Hitam

[Copy link]
Post time 29-9-2022 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Pernah berdepan peristiwa mistik dan ilmu hitam, vokalis Floor 88 iaitu Ayie Elham menjadikan pengalaman itu sebagai rujukan dalam lakonannya.


Menjayakan watak sebagai Kecik dalam filem Rasuk, Ayie turut menjadikan pengalamannya itu sebagai perkongsian kepada rakan-rakan gandingan dalam naskhah berkenaan.


Foto: IG




"Benar saya pernah berdepan dengan ilmu hitam, bukan saya saja malah ada dikalangan ahli keluarga yang turut terkena. Oleh itu, saya menjadikan apa yang dilalui sebagai rujukan untuk filem ini.


"Contohnya seperti ekspresi wajah, kesan terhadap tubuh dan sebagainya. Memandangkan saya pernah berdepan dengan insiden sebegitu, jadi saya gunakan sebagai rujukan untuk filem seram ini.


"Apa yang pernah saya lalui itu dijadikan pengajaran juga pada masa hadapan. Itu juga antara sebab saya mengambil masa sebelum berkongsi wajah anak di media sosial," kata Ayie kepada Harian Metro.




  



  



Selain Ayie, filem Rasuk yang diarahkan oleh James Lee turut dibintangi oleh Alif Satar, Ikmal Amry, Elisya Sandha, Raja Atiq, Alicia Amin dan ramai lagi ini ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini.


Filem ini mengisahkan mengenai seorang guru yang terpaksa kembali bekerja walaupun dia masih trauma dengan tragedi yang telah berlaku terhadapnya.




  



Oleh kerana sudah bermula cuti penggal, lima pelajar pergi berkelah di tepi sungai. Salah seorang daripada mereka telah terjumpa botol misteri dan membukanya.




  



Keadaan menjadi huru-hara apabila seorang demi seorang daripada pelajar yang masih ada di asrama telah dirasuk. Untuk hidup, mereka perlu bertahan dan ada yang perlu berkorban. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul sila diam2 saja. Takde siapa nak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis malaysia ni ramai pula cakap kena sihir lah apa laj. Senang pula sihatnya. Berubat sama siapa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.670440 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list