CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 523|Reply: 1

Wanita Bunuh Lelaki Yang Cuba Langgar Kucing Jalanan

[Copy link]
Post time 29-9-2022 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Washington: Seorang wanita di California, Amerika Syarikat (AS) didakwa atas tuduhan merempuh seorang lelaki hingga maut selepas menuduh mangsa cuba melanggar kucing jalanan.


Pejabat pendakwa Orange County dalam satu kenyataan berkata, Hannah Star Esser, 20, didakwa membunuh Victor Anthony Luis, 43, dan ditahan dengan jaminan AS$1 juta (RM4.65 juta).


Pihak berkuasa mengesahkan, Esser memandu di kawasan Cypress pada malam Ahad lalu apabila dia terserempak dengan Luis dan menuduhnya cuba melanggar seekor kucing.




Foto: AP




Tertuduh dan Luis keluar dari kenderaan mereka dan bertengkar yang dirakamkan Esser.


Esser kemudian kembali ke keretanya dan berpusing sebelum memandu ke arah Luis dan melanggarnya.


Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


"Tindakan ini menunjukkan tertuduh langsung tidak menghiraukan nyawa manusia," kata Peguam Daerah Todd Spitzer dalam kenyataan itu.


Jurucakap pejabat peguam daerah, Kimberly Edds berkata, pihaknya tidak jelas sama ada seekor kucing menjadi punca kejadian malang itu serta mengesahkan siasatan lanjut masih dijalankan.


Sementara itu, keluarga Luis dalam satu kenyataan berkata, bapa kepada lima anak perempuan itu bakal menerima kehadiran cucu pertamanya pada musim luruh ini.


"Dia terbunuh di hadapan bangunan pangsapurinya dan meninggal dunia dalam pelukan abang tunggalnya.


"Tindakan keganasan yang tidak masuk akal ini merampas cahaya terang dunia yang tidak akan dilupakan," kata kenyataan itu yang turut melancarkan kempen GoFundMe bagi membiayai kos pengebumiannya.


Esser ditahan Ahad lalu sebelum hadir ke mahkamah Selasa lalu dan perbicaraan dijadualkan berlangsung, 13 Oktober ini. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 04:35 PM | Show all posts
tgk muka pun tau brutal minah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.070768 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list