CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2905|Reply: 25

Isu pengkid pakai ihram dah selesai rupanya...

[Copy link]
Post time 28-9-2022 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Isu pengkid pakai ihram dah selesai rupanya...

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dah-selesai-rupanya

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
[email protected]

Disiarkan pada: September 28, 2022 @ 6:19pm


FOTO tular membabitkan seorang pengkid memakai ihram ketika berada di Makkah. FOTO tular

Ipoh: Kes wanita yang tular di media sosial kerana berpakaian ihram seperti lelaki di Makkah, sudah selesai secara baik melalui penyelesaian luar mahkamah sejak hampir sebulan lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin, berkata wanita berperwatakan lelaki atau 'pengkid' berkenaan tampil bersama ibu bapanya di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Perak Tengah, Seri Iskandar dan melalui sesi kaunseling.

"Kes sudah selesai hampir sebulan lalu selepas pihak kita mengambil keterangan serta semua maklumat berkaitan dengan kehadiran bersama ibu serta bapanya. Alhamdulillah mereka berikan kerjasama amat baik.

"Wanita itu sudah selesai berikan kenyataannya kepada kita. Insya-Allah kita ada cara tersendiri bagaimana hendak menangani kes seumpama ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Negeri Perak (K-PISH) di Dewan Institut Tadbiran Islam Negeri Perak (INTIM), di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Norhayati Zakaria.

Ditanya mengenai tindakan susulan terhadap wanita berkenaan, Mohd Yusop berkata, JAIPk menggunakan pendekatan tersendiri antaranya membabitkan sesi kaunseling.

"Tidak semestinya dalam kita mencegah sesuatu, ia perlu bersifat suatu hukuman, tangkap, apatah lagi mendera kerana ada kaedah lain yang boleh kita buat tambahan pula dia dan keluarganya berikan kerjasama sangat baik dengan datang sendiri kepada kita.

"Mudah-mudahan dia sedar kesilapan yang dilakukannya serta insaf. Pada saya jika dia tidak insaf dan rasa bersalah, dia takkan datang pun kepada kita sebaliknya mereka datang dengan sukarela," katanya.

Mengenai kemungkinan kes seumpamanya berulang, beliau berkata ia bergantung kepada keseriusan kesalahan berkenaan selain bilangan kesalahan sama yang dilakukan secara berulang.

"Kadangkala mungkin kesalahan itu buat tanpa sedar dan tanpa niat serta tiada maksud tertentu. Dan mungkin ada kesalahan yang memang sengaja dilakukan di samping dilakukan secara berulang.

"Umpamanya jika didapati kesalahan itu berulang dan sengaja dilakukan, maka sudah tentu tindakan tegas akan diambil," katanya..

Kes berkenaan menjadi tular Ogos lalu apabila wanita berkenaan yang berada di Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan didakwa menggunakan visa pelancong dan bukan menerusi khidmat agensi bagi mengerjakan umrah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols masuk tandas lelaki ke perempuan?


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 10:45 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 28-9-2022 10:25 PM
Sheols masuk tandas lelaki ke perempuan?

tandas OKU?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 28-9-2022 10:25 PM
Sheols masuk tandas lelaki ke perempuan?

Bekas kawan iols yg pondan masuk tandas pompuan yach! Walaupun iols banyak kali larang, tetsp dia masuk dgn alasan dia pompuan! Aku jawan "tak padan muka OKU, dengan jambang, halkum tebal, suara lagi jantan dari mat rempit, yakin kau cakap kau pompuan!"
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap betul2 berubah...sian mak pak tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 08:51 AM | Show all posts
Harap dia sedar dan kembali ke fitrah asal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2022 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada pengkid hat masuk jamban lelaki, bapok hat masuk jamban pompuan, hangpa mangkaq. Hangpa pelaq. Hangpa cilaka. Pi mampuih
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 09:44 AM | Show all posts
batmana replied at 28-9-2022 11:30 PM
Harap betul2 berubah...sian mak pak tu

Amin.. Aku yang lelaki tulen pun hatta bersikap lemah lembut dan sopan santun pun takkan tukar jantina sebab ia HARAM..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 10:09 AM | Show all posts

Kes Pengkid Pakai Ihram Di Makkah Sudah Selesai

Sumber Harian Metro


Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin memaklumkan kes wanita yang tular di media sosial kerana berpakaian ihram seperti lelaki di Makkah sudah selesai secara baik melalui penyelesaian luar mahkamah sejak hampir sebulan lalu.



Harian Metro melaporkan, wanita berpakaian lelaki atau 'pengkid' itu tampil bersama ibu bapanya di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Perak Tengah, Seri Iskandar dan menjalani sesi kaunseling



"Kes sudah selesai hampir sebulan lalu selepas pihak kita mengambil keterangan serta maklumat berkaitan dengan kehadiran bersama ibu serta bapanya. Alhamdulillah, mereka berikan kerjsama amat baik.



"Wanita itu sudah selesai berikan kenyataan kepada kita. Insya-Allah kita ada cara tersendiri bagaimana hendak menangani kes seumpama ini," katanya dalam satu wawancara.



Mengulas mengenai tindakan susulan terhadap wanita berkenaan, Mohd Yusop berkata, JAIPk menggunakan pendekatan tersendiri antaranya membabitkan sesi kaunseling.



Datuk Mohd Yusop Husin. SUMBER BH Online




Jelasnya, bagi mencegah sesuatu, tidak semestinya ia bersifat hukuman, tangkapan apatah lagi mendera kerana masih ada kaedah lain yang boleh dilakukan apatah lagi dia dan keluarganya memberikan kerjasama sangat baik dengan datang sendiri ke pejabat JAIPk.



Mengenai kebarangkalian perkara itu berulang kembali, kata Mohd Yusop, ia bergantung kepada keseriusan kesalahan berkenaan selain bilangan kesalahan sama yang dilakukan secara berulang.



"Mudah-mudahan dia sedar kesilapan yang dilakukannya serta insaf. Pada saya jika dia tidak insaf dan rasa bersalah, dia takkan datang pun kepada kita sebaliknya mereka datang dengan sukarela.



"Kadangkala, mungkin kesalahan itu dibuat tanpa sedar dan tanpa niat serta maksud tertentu. Dan mungkin ada kesalahan yang memang sengaja dilakukan dan berulang.



"Umpamanya, jika didapati kesalahan itu berulang dan sengaja dilakukan, maka sudah tentu tindakan tegas akan diambil," katanya.



Sumber The News Malaysia


Terdahulu, kes berkenaan tular Ogos lalu apabila wanita berkenaan yang berada di Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan didakwa menggunakan visa pelancong dan bukan menerusi khidmat agensi bagi mengerjakan umrah. - CARI




Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 10:52 AM | Show all posts
kaunseling je??
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 10:58 AM | Show all posts
Semoga timbul keinsafan di hatinya dan dia benar2 ikhlas dan bertaubat.
Insya Allah.
Aamiin.

Jika dia berpura2 dan kembali menjadi pengkid.
Allah Maha Melihat dan tak pernah tidur.
Kerugian adalah di pihaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 11:00 AM | Show all posts
Kurex replied at 28-9-2022 10:49 PM
Bekas kawan iols yg pondan masuk tandas pompuan yach! Walaupun iols banyak kali larang, tetsp dia  ...

aduhh naya wei hahahaha,xmalu ke dia hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 29-9-2022 11:00 AM
aduhh naya wei hahahaha,xmalu ke dia hahaha

Dia siap puji diri sendiri comel, cantik, jalan macam supermodel. Nak pulak kalau ada yg puji. Tu pun diulang2 "tak sangka aku orang puji aku comel cantik" 10-20 kali. Padahal orang tu perli je. Dia kata muka dia muka pompuan, badan pun badan pompuan, kalau masuk tandas pompuan orang takkan tau. Sedangkan orang lalu sebelah pun terpandang 2 kali sebab terjumpa pondan buruk. Tu pun  dia kata orang pandang dia sebab dia cantik. Mana ada pondan takde rambut dekat tengah, rambut belakang panjang macam rockers 90an. Banyak kali marah jangan masuk tandas pompuan. Sebab kalau orang tak tau sekalipun, tetap aurat terbatas.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 11:21 AM | Show all posts
Kurex replied at 29-9-2022 11:17 AM
Dia siap puji diri sendiri comel, cantik, jalan macam supermodel. Nak pulak kalau ada yg puji. Tu  ...

itu dah tahap syok sendiri da tu,
pondan ni sekali pandang org dah tahu,lagi2 kalau usia makin meninngkat,
dia x sedar realiti yg sebenar tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohong ja selesai
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 29-9-2022 11:21 AM
itu dah tahap syok sendiri da tu,
pondan ni sekali pandang org dah tahu,lagi2 kalau usia makin men ...

Umur dah dekat 40. Baru nak merasa ada tetek. Tu yg syok sendiri tu. Walhal muka iras ziana zain 2 je pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 11:33 AM | Show all posts

acik pernah kenal satu pengkid ni, dia memang masuk tandas OKU, tak masuk tandas pompuan. tapi pernah sekali kat tandas stesen minyak, terkejut nampak laki kat dalam tandas pompuan, rupanya pengkid..obvious kut muka terkejut acik dengan dia2 sekali terkejut
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila masanya setel?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 11:51 AM | Show all posts
takat kaunseling. jadi ape. sebat la sekali dua. tp x tahu la kot kaunseling dia mcm asrama dulu. tutup lampu, wat cerita sedih. sampai nangis konon insap
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:29 PM | Show all posts
greantea replied at 29-9-2022 11:51 AM
takat kaunseling. jadi ape. sebat la sekali dua. tp x tahu la kot kaunseling dia mcm asrama dulu. tu ...

sesambil pasang lagu sedih... memori betul zaman masuk kem bina diri.. ape kebenda org panggil malam yang muhasabah diri tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.718578 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list