CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 763|Reply: 5

5 Remaja Tak Bersekolah Pecah Masuk Sekolah, Selongkar Ruang Pejabat Dan Bilik Guru

[Copy link]
Post time 28-9-2022 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Lima remaja ditahan kerana disyaki terlibat dalam beberapa kejadian pecah masuk sekolah di sekitar kawasan Gelang Patah di sini, pada 19 dan 26 September lalu.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 15 hingga 17 tahun dan tidak bersekolah.




Gambar hiasan




“Semalam, anggota Task Force Balai Polis Gelang Patah dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Iskandar Puteri telah menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam melakukan beberapa kes pecah sekolah di sekitar kawasan Gelang Patah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Rahmat berkata, antara sekolah yang terlibat dalam kejadian pecah sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Nusa Perintis 1 dan SK Taman Nusantara.


“Modus operandi mereka adalah dengan mengumpil pintu dan memotong kunci jeriji dan seterusnya menyelongkar ruangan pejabat dan bilik guru sekolah.


“Berdasarkan semakan menerusi rakaman CCTV yang diperoleh mendapati lima lelaki terlibat melakukan perbuatan pecah sekolah tersebut.


“Antara kerugian ialah kehilangan Tab Huawei 10 inci dan wang tabung sekolah melibatkan kerugian lebih kurang RM2,000,” ujarnya.


Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek kini direman tujuh hari.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 06:06 PM | Show all posts
nasib baik ade cctv..guard tak buat rondaan ke time tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Klinik haiwan gomen kat kawasan hulu pernah kena pecah masuk. Staf kata budak2 dadah punya kerja.

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 09:33 AM | Show all posts
Elok la pun dah kena tangkap.
Baru mak pak budak2 ni tau apa aktiviti anak2 depa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 28-9-2022 06:06 PM
nasib baik ade cctv..guard tak buat rondaan ke time tu

Maybe diorg dh tau time rondaan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:15 PM | Show all posts
krustykrab replied at 29-9-2022 09:35 AM
Maybe diorg dh tau time rondaan tu.

means sama ada dorang monitor pak guard tu or pak guard ade terlibat sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.190750 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list