CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 480|Reply: 0

'M40 Pun Terkesan, Jangan Lupakan Kami'

[Copy link]
Post time 28-9-2022 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Walaupun negara kini di fasa peralihan ke endemik, namun tidak bermakna kesan Covid-19 telah meninggalkan rakyat Malaysia.


Masih ramai yang terpaksa berhempas pulas dek terkesan berikutan penutupan sempadan negara serta ekonomi yang terpaksa diperlahankan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.




Utusan




Pastinya yang paling terkesan adalah golongan B40, namun tahukah anda golongan M40 juga turut terjejas akibat penutupan sektor ekonomi yang menyaksikan penutupan operasi syarikat, pembuangan pekerja dan tanggungan beban hutang.


Rata-rata golongan M40 yang ditemui MalaysiaGazette hari ini menanti-nantikan pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober nanti, dengan harapan tidak terkecuali dalam pelan belanjawan negara itu.




Mohd Hafzy Senusi




Mohd Hafzy Senusi, 45, seorang jurutera berharap pelan belanjawan negara  yang akan dibentangkan itu lebih mendatangkan keselesaan kepada semua golongan di Malaysia, tidak kira M40 atau B40.


Katanya, majoriti rakyat terkesan pada pandemik lalu sehinggakan terpaksa mengambil banyak inisiatif tanpa mengira penat lelah demi meneruskan hidup.


“Memang B40 paling terkesan, saya tak dapat nafikan kerana mereka low income earners, tapi bagi saya M40 juga terkesan.


“Kerajaan juga kena tunjuk satu keadilan bagi mereka juga supaya kita boleh sama-sama bergerak kedepan.


“Kebanyakkan keluarga di Malaysia ada tiga atau empat orang anak, tidak kira keluarga itu kecil atau besar perbelanjaan tetap banyak. Jadi kena sama rata beri bantuan selaras dengan pendapatan golongan, sekurang-kurangnya dapat selesa sedikit,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette, hari ini.




Raihan Raja Mahmood




Pegawai Eksekutif sebuah syarikat swasta, Raihan Raja Mahmood,  33 berkata, beliau yang berada dalam golongan M40 terkesan dengan lambakan komitmen yang berlebihan.


Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan menyediakan satu solusi berupa bantuan kepada golongan itu yang bekerja di bandar-bandar besar.


“M40 pun dalam situasi yang susah juga.Kita terpaksa hadap kesesakan jalan raya, isi minyak kerap, bayar tol dan tanggung keluarga.


“Banyak komitmen yang perlu ditanggung, saya harapkan ada solusi baharu, tidak kira untuk golongan yang sudah berkahwin dan berkeluarga mahupun untuk yang masih bujang,” katanya.


Sempat menyentuh mengenai bantuan untuk golongan bujang, beliau mengharapkan kerajaan turut mengambil kira keperluan kumpulan yang belum berkahwin memandangkan bantuan yang ada kebanyakannya tertumpu kepada mereka yang sudah berumah tangga.


“Masih tak banyak solusi untuk golongan bujang, seperti dalam pelan Bajet dan juga BKM. Kalau ada inisiatif atau insentif baharu kami sangat bersyukur,” katanya.




Saiful Anuar Salim




Saiful Anuar Salim, 33, yang bekerja sebagai jurutera projek pula berharap kerajaan dapat memudahkan urusan pendaftaran keusahawanan dan pinjaman modal.


Katanya, jalan terbaik untuk menjana semula ekonomi adalah dengan melalui projek-projek keusahawanan.


Jelas beliau, terdapat ramai usahawan yang mempunyai idea-idea bernas namun tidak berpeluang untuk mendapatkan pinjaman kerana karenah dalam sistem birokrasi, yang kemudian memadamkan semangat mereka.


“Entrepreneur ramai, tapi nak dapatkan pinjaman itu susah. Pinjaman banyak dalam negara seperti Tekun, MARA, Amanah Ikhtiar tapi terlalu banyak borang, kertas kerja, dan syarat-syarat”


“Seperti Amanah Ikhtiar, pinjamannya terhad kepada RM10,000. Untuk pertanian pun tak boleh nak rolling semula, sebabkan kekangan terhad pinjaman modal ini, ramai yang kemudian terlibat dengan pinjaman dengan ah long”


“Mereka ini ada idea, ada semangat, jadi kerajaan perlu ada pegawai untuk banyak turun padang dan memantau sendiri potensi projek-projek bukan sekadar melihat dalam kertas kerja,” katanya.


Beliau tidak mengharapkan BKM, kerana katanya ia bersifat sementara.




Vikneswaran





Vikneswaran, 44, yang juga seorang jurutera melahirkan harapan agar Bajet 2023 memfokuskan terhadap golongan yang kurang berkemampuan.


Katanya, terdapat jurang perbezaan dalam status ekonomi susulan kejatuhan wang ringgit, inflasi yang tinggi walaupun secara teknikalnya negara masih belum menunjukkan tanda-tanda terjejas.


Tambah beliau, ianya lebih baik jika kerajaan mengeluarkan satu polisi bantuan jangka panjang daripada bantuan secara one-off, mengikut kepada keberkesanannya.


“Saya rasa bantuan berkala (BKM) itu tidak dapat dipasikan keberkesanannya. Katakanlah banyak diberikan bantuan, tapi adakah ia efektif, kita perlu tanya pada diri sendiri”


“Saya cadangkan kerajaan wujudkan satu polisi untuk golongan yang kurang berkemampuan berbanding memberi bantuan secara one-off, two-off, three-off, saya tak tahu adakah keberkesanannya dapat dibuktikan.


“Saya rasa jalan terbaik adalah untuk membuat satu polisi baharu untuk membantu mereka.” katanya.




Chua Kee Waie





Chua Kee Waie, 56, pula berharap kerajaan dapat mengambil inisiatif menurun serta mengawal harga barangan dan makanan yang merupakan segmen penting kepada semua golongan tanpa mengira status pendapatan.


“Sekarang harga barang banyak sudah mahal, naik 20 hingga 30 peratus, kita memang dapat rasakan kenaikan itu”


“Jika boleh, kerajaan buatlah sesuatu, kawal harga barang, sebab itu yang paling penting untuk semua orang tak kira golongan” katanya yang merupakan pekerja swasta.


Namun kata beliau, jika memikirkan dalam jangka masa yang panjang, pemberian bantuan yang kerap bukan sesuatu yang baik untuk ekonomi negara.


“Bagi (bantuan) kepada yang memerlukan, kerana kita tengok yang tak layak pun boleh dapat.


“Yang mana teruk terkesan (akibat pandemik) berilah bantuan, tapi yang mana ada kerja stabil, boleh juga kalau diberi bantuan, cuma tidaklah sama jumlah bagi pihak yang lebih memerlukan memerlukan,” tambahnya.




Hasliza Ibrahim





Hasliza Ibrahim, 41, seorang pegawai eksekutif di sebuah bank pula berharap lebih banyak projek rumah mampu milik dibangunkan di negara ini.


Katanya, buat masa ini rumah-rumah yang dibina di pusat bandar  kebanyakannya hanya mampu lihat menyebabkan pembeli tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membeli rumah di pinggir bandar yang terletak jauh dari tempat kerja.


Jelas beliau, menetap di luar bandar pula meningkatkan kos perjalanan menyebabkan kebanyakan pekerja terpaksa menyewa untuk tempoh yang lama.


“Kami terpaksa menyewa di pusat bandar sehingga 10 tahun. Harga sewa pun mahal, kalau 10 tahun menyewa patutnya dah mampu ada seunit rumah sendiri


“Tapi kalau kita pusing di sekitar pusat bandar memang ada lambakan projek rumah, tapi kita mampu lihat sahaja”


Beliau turut berkata, bantuan berupa kewangan biarlah untuk golongan B40 sahaja kerana mereka lebih memerlukan.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.316523 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list