View: 3011|Reply: 39
|
Lelaki Berjaya Kumpul Sumbangan RM204,322, Bantu Keluarga Rider Dirempuh
[Copy link]
|
|
Setiap daripada kita pasti mempunyai cara tersendiri untuk berbakti kepada masyarakat.
Begitu juga dengan seorang lelaki yang menggerakkan usaha kebajikan bersama rakyat di negara ini menerusi akaun Founder Misi Delivery.
Menurutnya, kutipan wang melalui sistem yang direka khas ini bertujuan untuk mengumpul sumbangan atau derma kilat bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa (rider) yang terbabit kemalangan.
 Lelaki itu (enam dari kanan, baris belakang) datang ke rumah keluarga mangsa untuk serahkan sumbangan berjaya dikutip, Foto: mStar Online
Terbaharu, lelaki ini berjaya membuat kutipan sumbangan bagi membantu dua keluarga berikutan insiden rempuhan melibatkan rider Muhammad Nazrul Muhammad Nadzri, 29, dan penghantar makanan Muhaimin Said, 34 yang maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, Klang, pada Jumaat.
Pengendali Facebook Founder Misi itu membuka tabung derma pada jam 10 malam hari Jumaat bagi meringankan beban keluarga kedua-dua mangsa.
“Terdetik di hati saya untuk wujudkan satu sistem sumbangan transparent (telus) khusus untuk mangsa-mangsa kemalangan tak kira rider apa sekali pun.
“Sebab sebagai seorang rider, mereka berjuang untuk keluarga di rumah. Jadi apabila kemalangan begini berlaku, sumber rezeki keluarga akan terputus,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.
Dia kemudiannya bertanya kepada warganet jika mereka bersetuju untuk sama-sama membantu keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka.
Katanya, derma kilat buat mangsa kemalangan itu adalah atas inisiatif sendiri sebagai tanda prihatin dan dibuat tanpa pengetahuan keluarga mangsa.
Jelas lelaki itu lagi, dia turut menawarkan diri untuk mewujudkan satu sistem telus boleh dilihat semua pengguna dan menampakkan setiap sumbangan diterima yang hanya memakan masa satu jam saja untuk disiapkan.
Dalam video yang sama, kelihatan warga maya membanjiri ruangan komen dengan menyatakan bahawa mereka bersetuju dengan idea lelaki tersebut.
Menurutnya, sejumlah RM204,322 berjaya dikumpulkan dalam masa 48 jam, oleh 13,299 penyumbang pada 27 September 2022.
Walaupun masih ramai yang mahu menyumbangkan bantuan tetapi platform sumbangan tersebut telah ditutup atas sebab tertentu.
Tanpa mengambil walau sesen pun, lelaki ini kemudian menyerahkan kesemua kutipan dana kepada kedua-dua keluarga mangsa pada Isnin.
“Malam ini (Isnin) sekitar jam 9.30 malam, saya akan sampai ke rumah arwah. Kedua-dua keluarga mangsa akan bertemu di sini.
“Jika ada yang nak hadir malam ini sebagai saksi dan sebagai tanda sokongan pada keluarga mangsa, sila rujuk alamat (dinyatakan dalam posting asal)
“Sumbangan disampaikan terus ke akaun isteri mangsa dan orang tua mangsa,” katanya dalam hantaran seterusnya.
Untuk rekod, jumlah kutipan dibahagikan sama rata di mana setiap keluarga menerima RM102,161 yang dipindahkan ke dalam akaun bank mereka.
Perkongsian di Facebook lelaki ini meraih lebih 600,000 jumlah tontonan.
Rata-rata netizen turut mengagumi tindakannya dalam membela nasib rider di negara kita yang terlibat dalam kemalangan ketika mencari rezeki.
“Tak tahu nak cakap apa. Semoga lahir lebih ramai insan yang sangat prihatin macam tuan. Hanya linangan air mata tanda terima kasih kepada insan macam tuan. Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Allah jua yang mampu membalas budi baik tuan.
“Ramai yang kecam waktu dia ni buat misi rakyat. Kata mengarut dan macam-macam. Tapi dia ni relaks dan cool saja. Dia buat sistem yang baik dan jalan terus walaupun orang nampak macam mustahil. Bila dia kutip sumbangan macam ni memang terbukti dia memang berjaya membina sistem yang baik untuk membantu orang lain," demikian antara komen netizen.
Dalam kejadian 23 September lalu, seorang penghantar makanan meninggal dunia manakala seorang lagi penunggang motosikal cedera parah berpunca daripada pergeseran dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-trail sebelum merempuh sebuah Proton Wira dan dua motosikal.
Lebih menyayat hati apabila mangsa yang maut, Amin, baru sahaja mendirikan rumah tangga 9 September lalu.
Sementara itu seorang lagi penghantar makanan Muhammad Azrul, menerima rawatan di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang, bagi menjalani pembedahan di bahagian kaki akibat daripada kemalangan tersebut.
Isteri Muhammad Azrul kini sedang sarat hamil cahaya mata kedua. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..... God bless them! Bagus dorang ni, buat dgn ikhlas, tak amik komisyen. Mashaallah. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..terharu aku baca ni... Semoga makin mencurah pahala dan rezeki pd sesapa yg sesama bantu tu...dan semoga abg ni dipermudahkan semua urusan dlm membantu rider2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Masih ramai yg prihatin. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah semoga usaha diberkati.. dptla sikit bantu beban keluarga arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah semoga usaha diberkati |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga sumbangan dimanfaatkan sebaiknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
malu sikit la kat yg ambik 30% pastu pakai kereta rumah mewah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua dua rider meninggal eh..aku mmg x tgk video eksident.tahniah brother atas inisiatif ni... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah dan tahniah kerana telus. org nak derma pun sng hati. sejak kes ngo aman palestin tu koser dah i nak derma2 unless diberi no acc/phone org yg memerlukan baru tergerak nak bagi. |
|
|
|
|
|
|
|
jalfa replied at 28-9-2022 10:16 PM
Dua dua rider meninggal eh..aku mmg x tgk video eksident.tahniah brother atas inisiatif ni...
Sorang meninggal yg umur 34 tu. Baru kawin
Sorang lagi cedera parah isteri mengandung |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga tak ada yang ambil kesemoatan lepas tahu keluarga arwah berduit.
Bahaya juga umum jumlah kutipan. Tapi kalau tak umum tak telus pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat kalau bersatu hati memang apa pun boleh jadi. |
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 28-9-2022 09:56 AM
Alhamdulillah..... God bless them! Bagus dorang ni, buat dgn ikhlas, tak amik komisyen. Mashaallah ...
Komisyen dia ada di syurga.
Ebit Erawan babi tonyok please take note. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols harap sangat2 dia tak jadi abang viva 2.0.. tapi rasanya dia ni lagi awal buat benda2 mcm ni dari abang viva kan |
|
|
|
|
|
|
|
Amin....for them yang tak ambik komisyen. Dan Amin....jugak utk Ebit Erawan semoga mendapat pembalasan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Undang undang adalah kejam... rider tu berhenti di luar garisan putih. |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki tu tak silap Kilas kan? Dlm group kat telegram dia mmg ramai kenal.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|