View: 1620|Reply: 10
|
Kes Ebit Lew, Saksi Dedah Ada Lagi Laporan Polis Dibuat Di Bukit Aman
[Copy link]
|
|
Satu lagi laporan polis dibuat di Bukit Aman oleh seorang wanita berkaitan aktivis terkenal, Ebit Lew.
Perkara itu didedahkan oleh saksi pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37.
Mohd Fairuz berkata demikian pada sesi pemeriksaan balas terhadapnya oleh peguam, Ram Singh yang mewakili Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, dalam perbicaraan hari kedua pendakwah berkenaan.
 Foto: mStar Online
Beliau memaklumkan bahawa dia tahu bahawa laporan polis telah dibuat, bagaimanapun dia tidak tahu apa yang berlaku kepada kes itu.
"Saya rasa pihak polis yang perlu beritahu perkembangan kes berkenaan, lagipun saya telah membantu wanita ini dari segi menemani beliau ketika membuat laporan polis, menghubungkan beliau dengan peguam MRM (Multiracial Reverted Muslims).
"Saya telah menjalankan apa yang termampu oleh saya," katanya pada sesi perbicaraan yang masuk hari kedua berkaitan Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom di Kota Kinabalu, pada Rabu.
Mohd Fairuz turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mengetahui di mana wanita itu telah membuat laporan polisnya dan berada bersama wanita itu sebagai saksi polis.
"Ya saya tahu, di Bukit Aman. Bahkan, saya menjadi saksi dan memberi keterangan kepada pihak polis," katanya.
Mohd Fairuz turut mengakui bahawa dia terlibat dalam laporan polis wanita itu selain peguam daripada MRM serta bahagian wanita MRM selain memaklumkan bahawa laporan polis itu dibuat pada 26 Julai 2021.
Dalam perbicaraan pertama yang berlangsung pada Selasa, Mohd Fairuz mendedahkan bahawa laporan polis berhubung kes yang sedang dibicarakan itu telah dilakukan pada 7 Ogos 2021 oleh seorang wanita dari Tenom yang dibuat di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Bagi menjawab soalan Ram berhubung perbelanjaan yang perlu dihadapi wanita berkenaan dari Tenom untuk membuat laporan polis di Bukit Aman, Mohd Fairuz bersetuju dengannya.
"Tetapi kos berkenaan ditanggung oleh MRM, bukan saja kes seperti ini bahkan kes-kes yang lain juga yang dikendalikan MRM," katanya.
Bagaimanapun, dalam soalan sebelum itu, beliau mengakui ada mencadangkan kepada wanita itu untuk membuat laporan polis di Sabah iaitu balai polis yang paling dekat di Tenom.
Perbicaraan sesi pagi berkaitan kes gangguan seksual yang dihadapi Ebit Lew ditangguhkan tengah hari dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang Rabu.
Sebelum itu, perbicaraan yang berlangsung selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri, Nur Masrin Amalia.
Ebit diwakili barisan peguamnya yang terdiri daripada Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.
Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. -CARI
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi dia banyak tolong orang susah.Takde hati perut langsung lah yang buat report tu. Kesian Ustaz.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols nk gelak je bila org ckap ebit liew ni ada org dengki ada org fitnah.. like... ebit who ??? heshe bukannya politicians, bukan penceramah agama, bukan ada job yg boleh caras job org lain, so motif org nk dengki n pitenah dia ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks for sharing, I found a lot of interesting information here. A really good post, very thankful and helpful that you will write many more posts like this one. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa nak hempuk je warga fb yang persoalkan kenapa report dibuat di bukit aman. Bodoh betul. Tengok je la macam mana respons pentaksub lewdbit. Kalau terdedah, mau kena bakar rumah mangsa2 tu. Diorang punya obses, husnuzon pada lewdbit macam dah beriman dengan lewdbit. Gila betul manusia macam ni. Sama spesis pentaksub ahli politik. Bila side dia kena, hakim salah, saksi salah. Bila kena lawan dia, balasan tuhan. Pffftt |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen: Aku rasa nak hempuk je warga f ...
Siap kaitkan dengan Teori konspirasi LOLLLLLLLL |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 28-9-2022 05:17 PM
Aku rasa nak hempuk je warga fb yang persoalkan kenapa report dibuat di bukit aman. Bodoh betul. Ten ...
Warga fb xde ke yg ckp berhala lewbit ni? Taksub sgt? Hehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Tgh cari psl ebit ni...
Pastu jumpa post lama yg dia condemn air asia.. mmg betol2 play victim.. aku rasa kalau dia betol2 beriman.. dia tentu akan faham dia boleh solat duduk... ada sebab lah s.o.p air asia x bg solat berdiri walau belum berlepas.. tp kena dia tetap berdegil x nak solat duduk erk?
https://b.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=39925 |
|
|
|
|
|
|
|
hareeeesah replied at 28-9-2022 07:41 PM
Warga fb xde ke yg ckp berhala lewbit ni? Taksub sgt? Hehhe
Kalau dah boleh buat patung lewdbit ni, dah lama kot ada ummah meleis gantung bunga dan sembah. Taksub lain macam. |
|
|
|
|
|
|
|
matjerk replied at 29-9-2022 01:33 AM
Tgh cari psl ebit ni...
Pastu jumpa post lama yg dia condemn air asia.. mmg betol2 play victim.. aku ...
Sukanya berdrama. Padehal orang pergi haji dan umrah pun aman2 je solat duduk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|