CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1015|Reply: 6

Terkena Sihir, 3 Minggu Kahwin Rasa Nak Cerai- Tangan Suami Berubah Jadi Hitam, Muntah Darah Semasa Hamil

[Copy link]
Post time 28-9-2022 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Percaya atau tidak, masih terdapat segelintir masyarakat yang mempercayai amalan syirik seperti sihir demi membuatkan sasaran mereka merana dan menderita.


Tidak pernah terlintas di minda wanita ini, dia dan suami turut menjadi mangsa sihir sehingga hampir merobohkan rumah tangga yang baharu dibina.


Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nur berkata, sungguhpun insiden pahit itu sudah enam tahun berlalu, namun ia tetap segar dalam ingatan dia dan suami.




Foto: tiktok




"Semuanya bermula pada September 2016. Beberapa jam sebelum diijabkabulkan, saya dah mula rasa tak sedap badan. Selesai majlis nikah, kami berehat di bilik kerana masing-masing kepenatan, tambahan pula esok ada majlis bersanding.


"Suami sudah tidur tapi saya pula tak sedap badan, badan menggeletar. Saya tak boleh lelapkan mata sepanjang malam, terfikir macam-macam.


"Ketika itu saya fikir keputusan ni betul ke, terasa menyesal kahwin dan macam-macam. Sedangkan sebelum itu ketika buat persiapan, saya seperti wanita lain yang gembira akan berkahwin," ujar wanita berusia 29 tahun ini.


Ujarnya, memandangkan keesokannya majlis bersanding, dia enggan memenatkan fikiran dan meneruskan majlis sebagaimana yang dirancang.







"Dua hari selepas majlis, saya masih rasa macam tu. Saya beritahu suami dan tanya, dia pun rasa benda sama. Rasa tak boleh dekat. Kami tak bergaduh tapi tak boleh dekat sebab panas. Umpama magnet yang menolak.


"Sedangkan kami sebelum ini dah kenal hampir setahun sebelum kahwin, tapi apabila dah jadi suami isteri, seperti asing.


"Tiga minggu selepas nikah dan situasi masih sama, kami bincang. Kenapa kami tak seperti pasangan lain. Saya sedih, takkan lepas tiga minggu dah nak cerai?


"Suami kata kena usaha cari jalan. Dia telefon ayah dan ibu mentua... kami balik kampung. Ayah mentua ajak jumpa dan berubat dengan seorang ustaz di kampung," kongsinya.







Dua minggu selepas berubat secara kaedah rawatan Islam dengan ustaz berkenaan, Nur berkata situasi yang dihadapinya bersama suami kian pulih, berkat usaha mengamalkan doa serta memperbanyakkan ibadah sebagaimana yang disarankan.


"Ustaz kata ada gangguan, ada orang yang tak senang... dia tak beritahu siapa dan kami pun tak nak tahu siapa kerana nak fokus berubat.


"Lima bulan kemudian saya mengandung. Tak sangka, kami diuji kali kedua. Pada mulanya saya mimpi ada orang tikam belakang badan. Macam real. Saya tak sedap hati sebaik tersedar.


"Tambahan pula saya sakit belakang pinggang sebelah kanan sampai ke hospital kerana bimbangkan kandungan. Saya juga dua kali muntah darah. Syukur Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang serius dan kandungan okay," ceritanya yang kini mengusahakan bisnes hijab secara dalam talian.


Lebih menghairankan, lima hari selepas mimpi aneh itu, suaminya pula diserang sakit misteri di bahagian tangan sebelah kanan.


"Dia rasa sakit dan gatal. Nampak kulitnya merah bertompok tapi tak ketara. Makin hari kulit lengannya yang bertompok merah bertukar gelap dan besar.


"Kami berdua sepakat ke hospital... saya sampai jalan membongkok sebab sakit pinggang tapi doktor periksa, tiada apa-apa.


"Suami ditahan di wad tiga hari dan saya temankannya. Ujian darah dilakukan tapi doktor pun tak tahu apa punca tangannya gelap. Selepas dibenarkan keluar, kami sekali lagi pulang ke kampung dan berubat dengan ustaz yang sama," ujarnya.


Dengan izin Allah, sebulan selepas berubat, Nur tidak lagi berasa sakit pada pinggang dan tangan suaminya juga semakin pulih dan warna kulit beransur-ansur menjadi warna asal.


"Selepas saya selamat bersalin anak sulung, suami kena berkhidmat di selatan tanah air. Kami pun berpindah dari Selangor ke selatan, ibarat nak mulakan lembaran hidup yang baru di negeri orang.


"Alhamdulillah, selepas insiden itu, jodoh kami masih panjang dan kini dikurniakan dua cahaya mata. Saya sekadar nak berkongsi kisah di TikTok, dalam masa yang sama bertujuan nak sampaikan mesej kepada pasangan yang lalui ujian sama.


"Mesejnya, jangan give up. Semua orang, semua pasangan ada ujian. Ada yang diuji pada lima tahun terawal, tapi kami pula diuji betul-betul selepas bernikah. Mungkin ada yang tak senang, mungkin ada khilaf tanpa kami sedari.


"Kuncinya, jangan ikutkan amarah, sentiasa berbincang cari penyelesaian dan berfikiran positif. Fikirlah Allah akan balas ujian ini dengan hikmah dan ganjaran yang lebih lagi," ujarnya.


Sekadar peringatan bersama, menurut laman web pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Islam menolak amalan sihir dan mengajar umatnya untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir.


Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada perbuatan sihir, sama ada melakukannya atau dibinasakan dengannya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 28-9-2022 01:58 PM

Den pun nak tulis sikitla..

Yg ko dik dgn setenangnya berkongsi dimedia soSIAL skrg ni..X takut ke andai org yg Berniat jht terhdp KO dulu..msh simpan dendam atau amarah, lalu dia buat LG perkara khurafat dekat KO..X takut ke?? Yakin Beno Kamu dik nak berkongsi dimedia soSIAL..rsnya xperlu konon nak berkongsi SBB nak BG kesedaran..bla bla blah..xperlu dik...byk Sgt cite sebegini...maka seharusnya msg2 beringat sndr Dan berusaha Jaga Diri..tmskla ko dik... perkhawinan ko pun blh dikata xlama MN pun LG...

Ape2 pun..lantak ko lah labu.. ape2 yg mendtg dikemudian Hari, ko lah yg tanggung..cuma jgn merempan meraban pulak ye..

Sekadar nasihatttt...bak kata sapa tah dlm 3 Abdul.. kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 02:06 PM | Show all posts
".....ceritanya yang kini mengusahakan bisnes hijab secara dalam talian.."

MODUS OPERANDI DIKESAN. Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 03:54 PM | Show all posts
"Lima bulan kemudian saya mengandung..."

Cehhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia Islam 18 keturunan tapi masih aktif sihir sihir.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 05:20 PM | Show all posts
boleh ek pernah kena sihir, pastu upload kat tiktok

there's a thin line between bravery, and stupidity, gituuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2022 05:39 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 28-9-2022 02:06 PM
".....ceritanya yang kini mengusahakan bisnes hijab secara dalam talian.."

MODUS OPERANDI DIKESAN.  ...

x baca habis sbb dh separuh artikel pun x jumpa MO nyetp blh agak dh


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.484428 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list