CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 481|Reply: 0

Buruh Myanmar Maut, 2 Cedera Dihempap Dinding Konkrit Ketika Buat Longkang

[Copy link]
Post time 28-9-2022 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Polis mengesahkan identiti buruh binaan warga Myanmar yang maut dan dua yang cedera akibat runtuhan konkrit longkang kawasan tapak pembinaan perumahan di Indera Mahkota 15, semalam.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian 4.05 petang itu, mangsa, Mohd Enus Karim Ullah, 29 meninggal dunia di tempat kejadian.




Bernama




Katanya, dua mangsa yang cedera pula ialah Ellyas Rohsit Ullah, 31 dan Mohammad Soyat Abulhasim, 44 masing-masing warga Myanmar dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.


"Berdasarkan siasatan, kejadian itu berlaku berhampiran sekolah memandu apabila konkrit simen setinggi kira-kira 2.4 meter runtuh.


"Runtuhan itu menyebabkan tiga buruh warga Myanmar itu dihempap dinding konkrit ketika sedang menjalankan kerja membuat longkang," katanya dalam kenyataan semalam.


Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota dan BBP Kuantan bergegas untuk operasi menyelamat.


"Setibanya di tempat kejadian, seorang buruh binaan didapati dihempap dinding konkrit ketika melakukan kerja dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


"Berikutan itu sebuah jentolak digunakan untuk operasi mengeluarkan mangsa yang maut," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.458355 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list