CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 600|Reply: 1

Shah Rukh Khan Lega Terlepas Dakwaan Punca Kematian Ahli Politik

[Copy link]
Post time 28-9-2022 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Shah Rukh Khan kini menarik nafas lega apabila mahkamah di India menolak permohonan semakan semula kes rempuhan orang awam pada tahun 2017 yang dikatakan berpunca daripada aktor tersebut sehingga menyebabkan kematian.


Mahkamah memutuskan bahawa Shah Rukh Khan juga adalah manusia biasa yang tidak boleh mengawal situasi ketika kejadian walaupun statusnya sebagai seorang selebriti popular.




IG Shah Rukh Khan




“Apakah kesalahan Khan? Hanya kerana dia seorang selebriti tidak bermakna dia tiada hak sendiri. Dia juga ada hak sama seperti orang lain.


“Dia tidak boleh mengawal orang lain. Lebih baik fokus kepada perkara yang lebih penting,” jelas kenyataan mahkamah seperti yang dipetik dari Hindustan Times.


Dalam kejadian itu, orang ramai dikatakan berebut-rebut untuk melihat pelakon tersebut secara dekat apabila dia tiba di stesen kereta api daerah Vadodara bagi mempromosikan filemnya berjudul Raees.


Rempuhan orang ramai ketika itu menyebabkan kematian seorang ahli politik bernama Farheed Khan Pathan yang juga merupakan penghidap sakit jantung.


Beberapa orang lain juga tercedera semasa SRK membaling cenderahati berupa sepasang t-shirt untuk peminat di sana.


Susulan kejadian itu seorang ahli kongres bernama Jitendra Solanki membuat laporan terhadap Shah Rukh Khan, namun kes tersebut ditolak mahkamah pada April lalu.


Kes tersebut dibicarakan di mahkamah sebelum ini selepas terdapat beberapa alasan kukuh yang boleh mendakwa Shah Rukh Khan melakukan kesalahan jenayah kerana mengancam keselamatan awam.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 11:51 AM | Show all posts
nk masuk 57 dah
dgn badan cenggitu mmg wow

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 1.169195 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list