CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3244|Reply: 40

Kenapa Orang Malaysia Susah Sangat Nak Terima Vanessa Reynauld?

[Copy link]
Post time 28-9-2022 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Entah di mana salah dan silap, penyanyi berimej unik, Vanessa Reynauld mengambil masa agak lama untuk menempatkan dirinya dalam industri hiburan.


Sedangkan, jika mengukur dari sudut bakat, gadis yang mula melangkah dalam dunia nyanyian menerusi program Ceria Popstar musim ketiga pada usia 15 tahun memiliki vokal mengagumkan.


Barangkali, nasib tidak begitu menyebelahinya, namun kesabaran Vanessa, 22, berbaloi apabila dinobatkan Artis Baru Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23, baru-baru ini.




Foto: IG




Gadis kacukan Cina-India itu berkata, dia sedar mungkin 'perbezaannya' dengan orang lain menyebabkannya sukar diterima.


Namun, kata Vanessa, dia enggan menyalahkan takdir, sebaliknya bersyukur keunikan dikurniakan.




  



"Saya menangis apabila nama diumumkan sebagai pemenang. Ini kerana apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan. Trofi ini cukup bermakna kerana akhirnya ada juga pihak menilai bakat saya.


"Bagi saya, apabila mempunyai minat mendalam terhadap sesuatu bidang, semuanya akan menjadi lebih mudah. Disebabkan minat, saya juga lebih bersemangat walau terpaksa melalui pelbagai cabaran.


"Saya sedar mungkin perbezaan saya menyebabkan orang kurang berminat. Jadi, mungkin faktor itu juga menjadi punca perjalanan kerjaya saya menjadi berliku.


"Tetapi, ia bukan sesuatu yang saya boleh ubah sesuka hati, kerana ini adalah kurniaan Tuhan. Jadi, saya harus terima keunikan dan kelainan ini," katanya kepada BH Online.




  



Berkebolehan bertutur dalam bahasa Tamil dan Mandarin, Vanessa yang juga pernah menyertai pertandingan The Masked Singer mengakui, pernah hampir berputus asa untuk terus mengejar cita-cita sebagai anak seni berikutan sukar diterima ramai.


Namun, kata Vanessa, dia menyesal pernah mempunyai niat seperti itu pada usia 19 tahun.


"Ketika itu, saya merasakan bidang nyanyian bukan rezeki untuk saya. Bagaimanapun, apabila dikenang semula, terasa menyesal pun ada kerana pernah terfikir ke arah itu.




  



"Saya mengakui hakikat seseorang artis diterima bukan disebabkan bakat semata-mata, tetapi perlu disertai sokongan peminat. Walau berbakat sekali pun, tetapi jika tiada sokongan, boleh membuatkan seseorang artis berputus asa.


"Namun, saya bersyukur keluarga sering memberikan sokongan dan semangat untuk saya meneruskan minat dalam bidang seni," kata Vanessa.


Vanessa berharap, kemenangannya di AIM 23 akan membantu membina dan memperkukuhkan kerjaya seninya.




  



Katanya, dia juga berhasrat mencari lagu membolehkan namanya diterima ramai.


"Walaupun nama saya mungkin tidak popular, saya bersyukur kerana 'job' tidak pernah putus. Lebih lagi, selepas menyertai The Masked Singer.




  



"Lagipun, kewujudan media sosial membantu saya meneruskan kelangsungan hidup. Selain nyanyian, saya banyak mendapat peluang menjayakan pelbagai kempen dalam media sosial.


"Tetapi, bagi memastikan nama saya terus diterima, saya berhasrat mencari lagu yang kuat supaya nama lebih dikenali," katanya yang pernah merakamkan lagu berjudul Rindu Separuh Nyawa dan Putus.-CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 10:09 AM | Show all posts
BUKANNN.... dia macam ni dik, kau banyak kelebihan, banyak bahasa kau boleh deliver, kau cuba market india atau cina pulak dik... BERUSAHAAA...masuk contest luar macam contoh Xila Amxia Xin Xang artis kelahiran Hong Kong tu ke...Sony Music pun label besar...bukan sebab orang tak terima kau pun..kau pun kena push lah layankan market melayu macamana, ramah dengan peminat, reply komen ke...ni kalau asyik meratap guna sentimen kaum, sentimen unik, sentimen kulit macam Dewi Ditarik Balik Haneesya Hani tu...sampai AJM lah orang malas layan...sebab bukan kau sorang UNIK!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 10:55 AM | Show all posts
masalahnya akak tak pernah lagu kau dik. Kau cuba cari lagu or komposer yang power. N marketing pun kena power.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 10:59 AM | Show all posts
Kau mmg unik dik tapi x ada  wow factor
Kena kerja lebih keras lagi ye...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara sedap dik,tapi kena pandai pancing hati acik2 melayu kalau nak femes. Ada je retis non malay yg berjaya dlm industri melayu,sbb diorang pandai ambik hati.kalau nak glemer,cuba collab dgn komposer mcm naim ke,hael ke.acik2 ni mmg akan bolayan je kalau main sentimen kaum
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 11:15 AM | Show all posts
kami terima je dia... tapi di dunia sekarang ni... muka kena herlokkk dikkkk kalau nak cepat popular.. kalau rhoper cam aina abdul tu kena banyak pakai fesyen pelik2 baru lah jadi spotlight... tu pun tak top mana... yang top2 semua herlok termasuk la penyanyi bernombor...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2022 11:47 AM | Show all posts
try market chinese and indian. market melayu dah kenal sikit2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu2nya lagu dia yg aku tau lagu duet dengan naqiu je. Suara dah best tapi lagu x syok. Lagu ballad banyak saingan dik oiii.. lagipon sekarang ni tengah musim lagi jiwang 80-90s. Akak cadangkan ko gi berduet dengan retis2 80-90s
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 12:05 PM | Show all posts
imej kena ubah kot
rambut kembang die tu mcm x click dgn rupa dan dress die
style rambut gitu lbh ngam dgn syle funky music atau ape jgk uptempo beat

baru lah, denyut...jantung ku berdebar


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ce nama Maimunah ke aaa Jamelah ke atau Zaiton ke baru nusantara skit..niii nama Italian tp ghuper Jamaican siapaaaaa lah nk layan ko haaa

Aku layan stars Hollywood jekkk star jamaicawood ni bolayan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 12:53 PM | Show all posts
dik kena overhaul image dulu dek.... image skrg nampak garang terlalu mencuba in your face gitu...

marketing kena sasarkan kat dua jenis golongan penyumbang hampir 80% industri hiburan tempatan:-

akak/acik2
hadek2/akak2 ponen/abang2 kunyit yang sewaktu dengannya

uols dapat dua2 ni..uols pasti berjaya yachh!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap tahun beribu orang cuba nasib jadi artis, so ikut rezeki la. Even masa aina abdul masuk mentor legend dulu, finalist semua sedap2. Last2 semua kelaut dalam, kecuali aina.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan kat holiwud tu berlambak2 penyanyi underground yang org dia pon ramai tak kenal.. Inikan pulak market malaysia.. Overhaul dulu image ko dik.. Suara dan talent dah ok dah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 01:41 PM | Show all posts
g luar la..g mendonia kat sana..astu balik la malaysia...or rajin2 la join competition..ce tgk aina abdul..dulu org tak kenal..xminat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakat je xckup dik..
Penulis lagu / lirik mesti nak bg kat artis viral walaupun xberbakat..
Xpun tulis je lagu sendiri dik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
cer straighten kan gambut tu tgk...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ala ciannye...but i stan wit my caption
'siapa gelak dia dosa' kahkahkah


RiP
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Org msia bkn susah nk terima. Tp awak tu xde killer song. Jd tak memorable...org msia ni dtg ceruk mana pun dia suka..indon mr,kpop mari,semua kalut. Klu xjaya juga tu ada la something wrong somewhere kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 04:18 PM | Show all posts
tak kenal lah


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 04:19 PM | Show all posts
cupu replied at 28-9-2022 04:18 PM
Org msia bkn susah nk terima. Tp awak tu xde killer song. Jd tak memorable...org msia ni dtg ceruk m ...

setuju


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.271611 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list