CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 944|Reply: 4

Rumah Berkarat, Bau Busuk, Penuh Keladak- Mangsa Banjir Batu Pahat Buntu Digenangi Air Termenung

[Copy link]
Post time 27-9-2022 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Batu Pahat: Mangsa banjir di Kampung Baru Sri Gading, buntu selepas rumahnya digenangi air termenung sejak dua minggu lalu.


Naziman Hamid, 39, berkata, ia menyebabkan keadaan rumah berkarat, berbau masam, busuk serta dipenuhi keladak, sisa daun dan sampah dari kebun sawit berdekatan.




Foto: Harian Metro




"Keadaan itu menyukarkan kami sekeluarga dan memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk membersihkan rumah.


Ketika ini kami sekeluarga hanya mampu membersihkan rumah mana yang mampu saja.


"Kebelakangan ini cuaca tidak menentu. Pada waktu siang cuaca begitu panas, tetapi pada awal pagi berlaku hujan sangat lebat menyebabkan kawasan rumah kembali dinaiki air banjir," katanya ketika ditemui.


Naziman berkata, setiap kali banjir, penduduk bukan saja menanggung kerugian apabila banyak kelengkapan rumah dan harta benda rosak malah terpaksa berkorban masa dan keringat membersihkan rumah dalam tempoh agak lama.


Beliau berkata, paling membimbangkan adalah kampung berkenaan berada di kawasan yang agak rendah.


"erkara itu menjadi salah satu punca utama air banjir bertakung adalah kerana pembangunan penempatan baru yang dilakukan di sekitar kawasan kampung.


"Kawasan pembangunan berkenaan berada di tempat yang tinggi, apabila hujan air berkenaan terus melimpah ke kawasan kampung yang lebih rendah," katanya.


Sementara itu, jumlah mangsa banjir di daerah ini merekodkan 215 orang setakat jam 12 tengah hari ini.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat berkata, jumlah itu membabitkan 57 keluarga di sekitar Batu Pahat.


"Kesemua mereka ditempatkan di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Agama Seri Bengkal, Sekolah Kebangsaan (SK) Peserai dan Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh.


"Mangsa adalah penduduk Kampung Sri Bengkal, Kampung Bintang Peserai, Kampung Dalam, Kampung Sungai Suloh, Kampung Sungai Suloh Besar dan Kampung Patah Pedang," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2022 05:33 PM | Show all posts
ya tohan kesian ekkk. aduiiii boleh byg bau dia paduuu
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 06:03 PM | Show all posts
air temenung lepas surut memang padu bau dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 08:51 PM | Show all posts
pemaju perumahan 2024 patut diwajibkan bina rumah terapung kt malaysia,

psl lagi 50 tahun, byk kwsn malaysia tenggelam katanya, air laut makin naik
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya semua yg terlibat.. Semoga dipermudahkan urusan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.505538 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list