CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Perlis] 60 ditahan bersabit dadah di Kangar

[Copy link]
Post time 26-9-2022 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Kangar: Seramai 60 individu yang dikehendaki atas kesalahan membabitkan dadah di daerah Kangar berjaya ditahan sepanjang bulan ini sehingga semalam.

Ia susulan operasi yang dilaksanakan untuk mengesan individu yang berstatus Orang Dikehendaki serta mempunyai waran tangkap bagi menyelesaikan kes lampau terutamanya kes membabitkan jenayah narkotik dan jenayah lain.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, daripada jumlah itu 38 orang ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh polis di daerah itu bermula pada 18 September hingga 20 September lalu.


"Dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, seramai 38 orang individu berusia 21 hingga 57 tahun yang berstatus orang dikehendaki atau 'wanted' dalam pelbagai kesalahan kes dadah diberkas menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan adalah seramai 60 orang bagi bulan ini.

"Selain itu, tiga individu diambil tindakan kerana mempunyai rekod kesalahan dadah berulang selepas ditahan mengikut Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta tidak lebih tiga sebatan," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Katanya, sepanjang tahun ini saja, IPD Kangar berjaya menyelesaikan sebanyak 182 kes dadah ke atas individu yang menghilangkan diri selepas dibebaskan dengan ikat jamin polis dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki.

"Tujuan operasi berkenaan diadakan bagi membersihkan kawasan penempatan terutama dalam daerah Kangar daripada menjadi tumpuan orang yang dikehendaki polis.

"Selain itu, ia boleh terdedah kepada berlakunya aktiviti jenayah yang lain sekiranya mereka tidak diambil tindakan.

"Oleh itu, kita akan mempergiatkan lagi usaha untuk mengesan dan membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini," katanya.

Polis daerah ini mengalu-alukan kerjasama serta maklumat daripada orang awam untuk bersama-sama membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah ini.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kangar di talian 04-908 2222.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bit-dadah-di-kangar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198865 Replies : 4651
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 10614 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41227 Replies : 250
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 1010 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 8371 Replies : 3
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052320 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list