View: 1720|Reply: 15
|
Dah Dua Minggu Ejen Kosmetik Hilang, Setiap Hari Keluarga Buat Solat Hajat
[Copy link]
|
|
Tumpat: Genap dua minggu kehilangan ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, keluarga masih meletakkan harapan tinggi agar wanita itu ditemui dengan selamat.
Kakak mangsa ketika dihubungi berkata, kelegaan sedikit terasa apabila dimaklumkan oleh polis penyiasatan terhadap adiknya yang berusia 36 tahun itu ada perkembangan positif.
"Walaupun tidak dimaklumkan dengan jelas mengenai perkembangan positif itu, sedikit sebanyak kami berasa lega dan menyerahkan sepenuhnya kepada siasatan polis.
"Hari ini genap dua minggu Azi (panggilan Rosnazirah) hilang dan sehingga kini tiada khabar berita mengenainya diterima tapi kami masih menaruh harapan tinggi agar Azi ditemukan dengan selamat," katanya.
Wanita itu berkata, keluarganya tidak pernah berhenti berharap malah setiap hari sejak tarikh kehilangan Rosnazirah pada 13 September lalu, solat hajat tidak pernah berhenti dibuat.
Katanya, mereka kini sudah tidak mengambil pusing terhadap kecaman dan tuduhan yang dilemparkan orang ramai sebaliknya lebih menumpukan usaha pencarian mangsa.
Menurutnya, apa yang paling menyedihkan bagi mereka sekeluarga adalah keadaan kedua ibu bapa yang sangat terkesan dengan kehilangan Rosnazirah kerana insiden penculikan berlaku di depan mata mereka.
"Kedua mereka semakin hilang selera tapi kami perlu memaksa mereka menjamah makanan terutama emak yang menghidap penyakit buah pinggang tahap lima.
"Selain membuat solat hajat di rumah, ia juga dilakukan di beberapa masjid dan surau sebagai ikhtiar kami dan bantuan daripada orang ramai," katanya.
Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, mangsa dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios sebelum kenderaan itu ditemukan 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun baru-baru ini berkata, siasatan terhadap kes itu menunjukkan perkembangan positif.
Tanpa menjelaskan butiran menyeluruh, beliau berkata, pihaknya sedang bekerjasama dan saling berhubung dengan pihak berkuasa Thailand. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lebih dua minggu samada kena jual atau kena paksa jadik scammer.. kalu tak organ badan kene jual |
|
|
|
|
|
|
|
Moga kembali dgn selamat... |
|
|
|
|
|
|
|
apalah nasib beliau. sedangkan zalina azman pun belum ada apa2 perkembangan positive. |
|
|
|
|
|
|
|
Penculik tu bukan x kenal laki dia..begitu jugs laki dia...patut laki dia dpt contact penculik tu ... |
|
|
|
|
|
|
|
betul.
laki dia apa cerita sekrg
|
|
|
|
|
|
|
|
biasa kes culik ni orang yang buat kerja culik xkenal siapa bagi arahan kt dia. boss2 kartel level el chapo akan cuci tangan . anak buah je duduk dalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan lah. Harap dia tak di apa-apakan dan akan kembali ke pangkuan keluarga. Laki dia boleh kena tangkap duduk dalam penjara terus. Menyusahkan orang betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Tkut nye.
2 minggu dah
Xde khabar berita
Seram nye
Igtlah ye
Dadah tu pembawa masalah
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu dah culik pompuan berminggu2 musti diletakkan di bawah jagaan mana2 laki di unknown place ka apa kaa... ingat laki nak tengok saja kaa ?? takkan kucing nak tolak ikan depan mata..  |
|
|
|
|
|
|
|
boleh buat kenduri arwah kut... |
|
|
|
|
|
|
|
silencekiller: Selalu dah culik pompuan bermi ...
Hopefully dia xkena apa² lah.... Dah macam² bermain kat fikiran aku since tgk YouTube yang suka bahas cerita² jenayah nie aduhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Aku harap azi dapat kembali pulang dengan selamat. Nak juga tahu cerita dia pengalaman semasa diculik tu. Dah harap juallah segala emas2 aset duit hasil mendadah tu. Duit haremm tauu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tembikaigoreng replied at 26-9-2022 07:21 PM
Hopefully dia xkena apa² lah.... Dah macam² bermain kat fikiran aku since tgk YouTube yang suka ...
Tak kena apa2 tu tak mungkinlah sister.
Sekian, telling the truth, sis. Akak sedih jua sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kena culik kartel dadah negara sebelah lagi nak berfikiran positif kah? Expect the worsts je lah.kalau dia orang nak wang tebusan, awal2 lagi dah minta |
|
|
|
|
|
|
| |
|