CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2512|Reply: 0

5 Perkara Anda Harus Tahu Jika Berminat Beralih Ke Galaxy Z Flip4

[Copy link]
Post time 25-9-2022 01:42 PM | Show all posts |Read mode
5 Perkara Anda Harus Tahu Jika Berminat Beralih Ke Galaxy Z Flip4




Samsung Galaxy Z Flip4 telah dilancarkan bulan lepas, bersama-sama Z Fold4. Jika anda ada pernah membaca di internet, semakin ramai pengguna telefon biasa sudah mula beralih ke telefon lipat terutamanya siri Flip Samsung.

Sebagai pengguna telefon tidak boleh lipat, saya mengguna Z Flip4 ini selama beberapa minggu sebagai peranti kedua.

1. Skrin



Galaxy Z Flip4 dilengkapi paparan skrin utama FHD+ bersaiz 6.7 inci Dynamic AMOLED 2X, serta menyokong kadar segar semula adaptif 120Hz.

Bagi skrin luaran, ia hadir dengan saiz 1.9 inci Super AMOLED. Ia menggunakan lapisan Ultra Thin Glass (UTG).

Skrin padanya memang sangat memuaskan hati. Sama ada menonton YouTube mahupun kandungan di platform penstriman. Standard Super AMOLED-lah.

Tak mampu dinafikan, kesan lipatannya agak jelas bila skrin dimatikan. Secara peribadi, ia bukan isu pun untuk saya.

Warna dipaparkan cukup kontras, yang hitam sangat legap, kecerahannya pun tinggi. Ringkasnya, skrinnya sangat cemerlang walaupun ada kesan lipatan lama-kelamaan.

2. Bateri




Model kali ini dimuatkan dengan bateri yang lebih besar daripada Z Flip3 iaitu dengan kapasiti sebesar  3,700mAh. Sudah tentu, ini sangat kecil untuk sebuah peranti dilancarkan dalam 2022.

Tapi kita faham ia dibataskan dengan faktor bentuk tubuhnya. Dari segi kelajuan, ia hanya menyokong pengecasan maksimum 25W. Pengecas juga tidak disertakan di dalam kotak.

Sebagai peranti kedua, saya memang tidak banyak luangkan masa dengannya. Sebabnya? Saya beritahu di hujung artikel. Pemindahan data juga salah satu faktor besar saya tidak jadikannya peranti utama.

Antara aktiviti yang kami luangkan bersama ialah menonton Netflix, YouTube, mengambil gambar, menatal media sosial dan sekali-sekala mencuba pengecasan berbalik.

Ia dapat bertahan dengan SOT selama sekitar 4-5 jam saja. Bagi saya ini amat mengecewakan. Jika dibiarkan tanpa diusik, telefon dapat bertahan selama 3 hari dengan SOT sekitar 10 minit.

Namun, dengan kemas kini September, ia dapat memainkan video di Netflix selama 8 jam. Ini bermakna tempoh SOT semakin panjang dan sangat memberangsangkan berbanding sebelum ini.

https://wiserspace.sgp1.cdn.digi ... i-sot-z-flip4-3.jpg

Oh ya, antara ciri tambahannya ialah menyokong pengecasan wayarles dan wayarles berbalik.

3. Lipat-melipat



Dibandingkan dengan Z Flip 3, ketebalan engsel pada model baharu ini lebih nipis.

Dari segi pengalaman membuka dan menutup telefon, Z Flip4 ini terasa lebih ketat dan kukuh. Kalau pada Z Flip3, hanya semasa kedua-dua bahagian rapat barulah terasa ketat.

Jadi, buku-tutupnya terasa sedikit premium berbanding model sebelum ini.

Untuk praktikaliti harian, saya masih orthodoks dan tidak dapat mengadaptasi menggunakan telefon lipat sebagai peranti harian atau daily driver.

Telefon ialah jenis peranti paling banyak saya gunakan selain komputer riba. Membuka lipatan dan menutup setiap kali mahu menggunakannya terasa perkara yang sangat leceh.

Hal yang renyah, bila diulang-ulang, menjadi beban besar. Tambah pula dengan form factor yang memanjang, saya tidak dapat elak daripada berasa takut-takut jika ia akan terjatuh daripada tangan.

4. Sistem operasi dan antara muka



Jika ditanya pada kebanyakan penggila gadget di Wiser, kebanyakan daripada kami bersetuju OneUI adalah salah satu antara muka yang terbaik waktu ini.

Dalam Z Flip4, kelancaran OneUI sememangnya terasa. Tapi, antara kelebihan di telefon ini ialah keserasian OneUI dengan 'lipatan'.



Sebagai contoh, menggunakan aplikasi kamera dengan separuh skrin, skrin kedua di panel luar. Bahkan, aplikasi pihak ketiga seperti YouTube juga tidak ada masalah digunakan dalam mod separuh lipat.

Kelancaran, keserasian antara muka OneUI dengan Z Flip4 antara perkara yang saya nikmati sepanjang penggunaannya.

5. Kamera



Kamera belakang pada Z Flip4 ini  mungkin tidak sesuai jika saya katakan setaraf telefon bukan lipat kelas andalan. Gambar dihasilkan cerah, warna objek pekat, tapi butiran sedikit kureng.

Kamera swafoto 10MP juga biasa-biasa saja dan terkadang tidak memuaskan. Mujurlah ia sebuah kamera lipat, jadi kita boleh lipat dan ambil swafoto dengan kamera utama 12MP.



Keseluruhannya, prestasinya kamera biasa-biasa saja. Sesuailah untuk mereka yang tidak terlalu terperinci dengan kualiti gambar.




Jika saya bertegas untuk menanggapi Z Flip4 sebagai peranti kelas andalan dan menilainya sama seperti peranti flagship lain yang bukan lipat, jujurnya kameranya tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

Kesimpulan



Secara kesimpulan, buat masa setahun dua ini saya tidak akan beralih ke mana-mana telefon boleh lipat walaupun siri Z Flip tidak dinafikan terbaik dalam segmennya.

Ia ada kualiti seakan kelas andalan dan masih perlu ditambah baik. Namun, sebab utama saya masih tidak dapat menjadikannya sebagai peranti utama ialah aktiviti lipat-buka ini sangat tidak praktikal untuk penggunaan berat.

Skrin kecil di luar masih tidak cukup membantu untuk saya. Namun, segmen jenis peranti ini ada peminatnya tersendiri yang semakin membesar.

Terbaik dalam kelasnya, Z Flip4 boleh dikatakan tidak ada banyak pesaing, tetapi saya pasti ramai teruja untuk lihat masa depan dunia telefon jika telefon boleh lipat mula diterima ramai.

Jika anda mahukan telefon foldable terbaik, berkualiti luar dan dalam, Z Flip4 ialah jawapannya walaupun masih tidak dapat menandingi telefon biasa.

Sumber:https://wiser.my/5-perkara-anda- ... h-ke-galaxy-z-flip4


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.053085 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list