CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 597|Reply: 0

Kim Pan-gon idam gelaran sulung

[Copy link]
Post time 25-9-2022 12:31 PM | Show all posts |Read mode

PAN-GON (kiri) percaya skuad Harimau Malaya sudah bersedia untuk menamatkan penantian 44 tahun memenangi Piala Raja menentang Tajikistan malam ini. – FB FAM


PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui anak-anak buahnya sudah bersedia dengan unsur kejutan untuk memastikan ‘hadiah’ sulung buat rakyat Malaysia sejak mula mengambil alih pasukan awal tahun ini.

Malam ini, Harimau Malaya bakal turun ke Stadium 700th Anniversary, Chiang Mai, buat kali kedua bagi menghadapi pa­sukan di ranking 109 dunia, Tajikistan pada aksi final Piala Raja.

Di sebalik harapan besar untuk menyaksikan Malaysia memenangi pertandingan ini buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun, Pan-gon juga miliki misi lebih penting untuk membiasakan pemain dalam situasi getir sebelum menyertai Piala Asia tahun depan.

“(Kalau menang) ia pasti menjadi pencapaian terbaik selepas 44 tahun. Walaupun Tajikistan adalah pasukan agak baik, kami sudah bersiap sedia untuk menghadapi mereka dan sudah pasti menjadi perlawanan menarik.

“Bukan hanya mahu menjadi juara, kami bersaing di tahap ini kerana mahu berlatih mengatasi situasi sukar. Semua ini adalah sesuatu yang bagus untuk pasukan jadi lebih baik pada masa akan datang.

“Pemain sudah pun mengejutkan saya apabila berjaya melepasi jangkaan terhadap mereka pada setiap perlawanan. Saya harap mereka mampu teruskannya dan tunjukkan kepada penyokong yang pasukan ini mampu lakukan aksi terbaik,” katanya pada sidang media praperlawanan semalam.

Harimau Malaya layak ke final selepas menundukkan tuan rumah, Thailand 5-3 pada penentuan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Sementara itu, tonggak tengah negara, Brendan Gan menjelaskan rakan sepasukannya sudah cukup masak dengan lawan di ranking lebih tinggi dan peluang bermain di Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Liga Juara-Juara jelas mematangkan.

“Kami tahu penyokong mahukan sesuatu dan kami juga memasang impian sama. Tidak kiralah persahabatan, aksi pertunjukan sekalipun, kami tetap mahukan kemenangan.

“Pemain dalam pasukan ini sudah berpengalaman di tahap tertinggi di Piala AFC, mahupun Liga Juara-Juara. Kami kena fokus kerana tugas kami belum lagi selesai,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... dam-gelaran-sulung/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036302 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list