View: 648|Reply: 0
|
Sukma 2022: Terengganu puas rangkul ‘ibu emas’
[Copy link]
|
|
TERENGGANU berjaya meraih pingat emas acara bola sepak Sukma 2022 selepas menundukkan Pulau Pinang pada perlawanan akhir kelmarin.
SEKALIPUN tidak mampu untuk mengejar juara keseluruhan, pencapaian skuad bola sepak menjuarai perebutan ‘ibu emas’ Sukan Malaysia (Sukma) dengan menewaskan Pulau Pinang 2-0 menjadi pengubat duka buat seluruh rakyat Terengganu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kejayaan untuk menamatkan penantian 12 tahun kali ini begitu bermakna dan menyifatkan segala usaha keras dilakukan kini terbalas.
“Sebenarnya dari segi sasaran pingat, memanglah kita mencapai sasaran asal kita iaitu 57 emas untuk Sukma 2022. Oleh kerana berlaku kelemahan sedikit sebanyak mungkin kita tidak jadi juara keseluruhan pada kali ini.
“Tetapi, dengan kemenangan pasukan bola sepak ini yang merupakan ibu segala pingat, maka tentunya ia akan dapat mengubati hati para penyokong dan seluruh rakyat Terengganu,” katanya ditemui sejurus selesai penyampaian pingat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.
Pada perlawanan itu, ketua pasukan Peteh, Muhammad Safwan Mazlan terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-24 dan empat minit sebelum aksi tamat, sisa perjuangan Pulau Pinang berakhir selepas pertahanannya, Muhammad Aidil Azuan tertampan bola ke gawang sendiri untuk menghadiahkan gol kedua Terengganu.
Lebih manis, kemenangan kelmarin meletakkan Terengganu sebaris dengan Perak dan Pahang sebagai pasukan paling berjaya di pentas Sukma dengan empat kali muncul juara.
“Terima kasih kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai-pegawai pasukan serta penyokong yang ada hadir memberikan sokongan.
“Kejayaan ini begitu manis buat Terengganu setelah 12 tahun tidak memenanginya,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... s-rangkul-ibu-emas/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|