CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 0

Saja Cari Pasal! Suka-suka Palsu Nombor Plat, Elak Bayar Hutang

[Copy link]
Post time 24-9-2022 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Padah memalsukan nombor pendaftaran motosikal, dua remaja ditahan dalam OP Motosikal awal pagi ini.


Salah seorang remaja terbabit memberi alasan sekadar untuk suka-suka menggunakan nombor pendaftaran 4Y1E (Ayie), namun perbuatannya itu menyalahi undang-undang.




Antara motorsikal yang disita. FOTO Ihsan Polis





Manakala seorang lagi yang ditahan memalsukan nombor pendaftaran kenderaannya bagi mengelak membayar hutang motosikal.


Menurut Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, operasi dijalankan bermula jam 2 pagi hingga 4 pagi di sekitar pusat bandar menahan remaja terbabit berusia 18 dan 19 tahun.


"Mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan akan dituduh mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.


"Selain itu enam remaja lelaki berusia 16 hingga 21 tahun ditahan selepas terbabit dalam samseng jalanan," katanya.


Katanya, mereka dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.


"Tiga motosikal turut disita dan 106 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.073027 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list