CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 947|Reply: 0

Istiqamah, yakin ketika berdoa

[Copy link]
Post time 24-9-2022 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Istiqamah, yakin ketika berdoa



MOHON kepada Allah SWT dengan penuh rasa tawaduk iaitu merendah diri.


Setiap hamba Allah mengharapkan doanya sentiasa dimakbulkan. Doa ialah kekuatan dan senjata bagi orang yang benar imannya. Seseorang yang berdoa perlu tahu adab ketika berdoa kepada Allah SWT. Doa yang terbaik ialah doa yang dilakukan pada setiap masa dalam keadaan tanpa jemu untuk memohon kepada-Nya. Ini kerana setiap daripada kita sentiasa berhajat dalam kehidupan di dunia ini. Namun begitu keperluan hajat manusia sudah pasti menginginkan kehidupan yang kekal untuk bahagia di akhirat nanti.

Bagi tujuan memohon segala keperluan dan hajat, maka Islam menganjurkan kepada umatnya untuk berdoa dengan kaedah yang terbaik sesuai dengan perintah Allah SWT. Antaranya ialah memohon kepada Allah SWT dengan penuh rasa tawaduk iaitu merendah diri ketika berdoa. Bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas." (Surah al-A'raaf ayat 55)

Sifat tawaduk adalah sifat yang terpuji dan sangat disukai oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya lebih-lebih lagi apabila seseorang hamba merasai sifat kehambaan di dalam jiwanya ketika berdoa dan meletakkan pergantungan yang kuat kepada Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Besar.

Setiap hamba Allah perlu mengakui akan kekurangan dan kelemahan diri masing-masing. Segala yang dimiliki hakikat sebenarnya adalah milik Allah SWT. Kita semua adalah hamba Allah yang tidak memiliki sesuatu pun melainkan apa yang dipinjamkan Allah SWT kepada kita di atas muka bumi ini. Jelas di sini, kita perlu sentiasa ingat dan sedar dengan penuh keinsafan bahawa apabila insan berdoa dan menadah tangan, kita perlu merasai diri adalah terlalu kerdil dan sangat lemah bahkan sangat mengharapkan permintaan doa kita dimakbulkan Allah SWT kerana keyakinan kita bahawa Dia lah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya. Bertepatan dengan maksud yang dikehendaki oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam dirimu dengan merendah diri dan dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang serta janganlah engkau menjadi daripada orang yang lalai." (Surah al-A'raaf ayat 205)

Untuk itu, menjadi kelaziman seorang Muslim untuk terus berdoa kepada Tuhannya tanpa sedikit pun lalai terhadap tuntutan untuk berdoa. Ini adalah disebabkan kita meyakini dengan sangkaan yang kuat tanpa sedikit pun meragui terhadap doa yang dimohon kerana yakin dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."(Surah al-Ghafir, ayat 60).

Hal ini menjadi asas yang kuat bahawa setiap kita sentiasa diberikan ruang untuk memohon selagi permohonan kita itu sesuatu yang boleh memberikan kebaikan dan pahala kepada diri kita serta umat Islam secara umumnya untuk kehidupan di dunia hingga akhirat.

Setiap doa mempunyai gaya bahasanya yang unik mengikut situasi dan tempat. Sebutan doa yang terbaik di hadapan Maha Mendengar ialah dengan menyebut doa yang mathur daripada Nabi SAW atau doa yang terdapat di dalam al-Quran. Ini kerana Nabi SAW meninggalkan kepada kita umatnya khazanah doa yang sangat bernilai di samping Nabi SAW juga diberikan kelebihan jawami'ul kalim iaitu ungkapan kata yang ringkas dan memenuhi segala maksud. Menyedari hakikat diri sebagai hamba Allah maka kita tidak boleh lalai untuk berdoa. Keyakinan doa yang kita mohon itu perlu dicontohi melalui pengalaman yang dilalui oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan baginda. Baginda sentiasa teguh yakin dengan doanya dan doa yang dimohon oleh Rasulullah SAW sentiasa dilimpahi dengan rahmat serta keberkatan daripada Tuhan.

Sebagai kesimpulannya, seseorang hamba perlu sentiasa berdoa dengan penuh tawaduk di samping meletakkan keyakinan yang teguh kepada Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah. Keperluan untuk berdoa perlu diterapkan dalam jiwa hamba supaya ia memberikan kebaikan serta menjadikan insan sedar akan kehebatan doa dalam kehidupan ini. Mukmin yang mempunyai iman yang tulus suci akan sedar bahawa doa memberikan keajaiban dalam kehidupannya. Perbanyakkan doa dan sentiasa bersangka baik dengan Tuhan kerana sesuatu kurnia-Nya mempunyai hikmah yang tidak terjangkau oleh seorang hamba. Kurniaan Tuhan jika Dia berkenan untuk memberi pastilah kurniaan yang terbaik buat hamba-Nya.

Penulis Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara cawangan Perlis

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... yakin-ketika-berdoa

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050879 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list