View: 1162|Reply: 14
|
KJ Risau Belum Ada Kawasan Untuk Bertanding
[Copy link]
|
|
Khairy Jamaluddin (KJ) mengakui bimbang masih belum ada kawasan yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kerisauan mengenai kelangsungan kerjaya politiknya melebihi kebimbangan Jemaah Menteri mengenai sama ada PRU15 akan diadakan pada tahun ini atau sebaliknya.
 FB KJ
“Kebimbangan saya sekarang ini adalah tiada lagi kawasan untuk bertanding (pada PRU15),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Perubatan Dermatologi dan Estetik Asia di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian dalam mengulas kebimbangan yang dikatakan dibangkitkan Jemaah Menteri pada mesyuarat Rabu lalu berhubung PRU15.
Antara kebimbangan yang dibangkitkan termasuk musim banjir, selain mempertimbangkan keputusan enam negeri yang tidak setuju untuk membubarkan DUN jika Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat.
Awal bulan ini, Khairy mengesahkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Rembau selepas diarah mengosongkannya oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di kerusi itu.
Mohamad yang juga timbalan presiden Umno dan pengarah pilihan raya BN kemudiannya mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen pada PRU15, namun tidak menyatakan sama ada di Rembau atau di lokasi lain.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata, kedudukan calon dan kerusi bagi BN mahupun Umno belum dimuktamadkan dan kenyataannya berkaitan Rembau sebelum ini hanya mengenai soal kesiapsiagaan jentera parti.
Membalas kenyataan itu, Khairy menegaskan pendedahannya benar dan beliau akan menyelesaikan isu itu secara tertutup.
Sumber: Suara Merdeka/FMT |
|
|
|
|
|
|
|
umno sendiri cuba menguburkan karier politik KJ |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya lawan lah dekat tampin
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang kena bertanding kt n9 jugak ke |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 24-9-2022 07:39 PM
Memang kena bertanding kt n9 jugak ke
Cuba suruh dia tanding di Parlimen Tereasa kok  |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 24-9-2022 07:56 PM
Cuba suruh dia tanding di Parlimen Tereasa kok
Nanti Sendiri maluuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Question....will kawasan Bera ditandingi oleh the incumbent Pak Mael? Will BE ENd calonkheun dia? |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 24-9-2022 07:23 PM
umno sendiri cuba menguburkan karier politik KJ
Begitulah dunia politik, hanya utk yg licik dan keji je
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai lg pelapis2 baru dlm umno yg lagi bijak dan hebat dari ko KJ. Cuma mereka x de peluang nk naik |
|
|
|
|
|
|
|
cuba kat marang kawasan mp kaki ponteng aku rasa boleh menang, org ganu suka tukar2 gomen |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau arahan presiden umno pun taknak dengar jangan haraplah presiden nak bagi kau bertanding atas tiket umno. |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 25-9-2022 04:23 AM
Kalau arahan presiden umno pun taknak dengar jangan haraplah presiden nak bagi kau bertanding atas t ...
dalam umno ni presiden serupa dewa ke apa takleh bantah langsung? |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 25-9-2022 04:23 AM
Kalau arahan presiden umno pun taknak dengar jangan haraplah presiden nak bagi kau bertanding atas t ...
His days are numbered...dia perlu act fast...because if he waits till parlimen dibubarkheunz likely he will either say goodbye to his polical career or he may choose to join other party...sebab aku yakin selagi zahid komedi masih presiden humngok...he will unlikely be fielded as BN candidate anywhere...anymore |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kata kj tanding kt pekan plk |
|
|
|
|
|
|
| |
|