View: 2783|Reply: 29
|
Penyiasat Persendirian Dedah Foto Jho Low Di Macau
[Copy link]
|
|
Pendedahan terbaru wartawan Tom Wright dan Bradley Hope menunjukkan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low di sebuah pusat membeli belah di Macau, China.
Menurut Bradley, foto tersebut diterima daripada penyiasat persendirian yang merakam gambar Jho Low berbaju oren yang membelakangkan kamera.
Bradley berkata, penyiasat persendirian itu turut menunjukkan sebuah foto yang mendedahkan wajah Jho Low pada ketika itu, namun beliau tidak dibenarkan untuk berkongsikan gambar berkenaan atas sebab tertentu.
“Jelas sekali terdapat masa yang berbeza apabila Jho Low menjadi individu yang sangat dicari kerana usaha ingin mendapatkan semula wang (telah diseleweng daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Tidak jelas siapa yang mengupah penyiasat persendirian ini, tetapi ia mungkin kerajaan Malaysia atau perantara kerajaan Malaysia.
Tetapi bagaimanapun ia telah dikesan,” ujar Bradley menerusi perkongsian di YouTube bersama Tom pada Jumaat.
Bradley berkata, turut kelihatan di dalam gambar tersebut ialah isteri kepada Jho Low iaitu Jesselynn Chuan Teik Ying yang memakai gaun hitam bersama seorang pembantu dan seorang individu dipercayai merupakan penjaga kepada ahli perniagaan tersebut.
Bagaimanapun, kedua-dua wartawan tersebut tidak mendedahkan mengenai tarikh ketika foto tersebut diambil.
Dalam pada itu, Bradley berkata, dengan mengambil kira nilai AS$8.5 bilion atau RM38.8 bilion diselewengkan daripada 1MDB berbanding jumlah berjaya dipulihkan oleh beberapa kerajaan termasuk Malaysia, Jho Low dilihat masih mempunyai kekayaan yang besar.
Beliau berkata, kerajaan AS dan United Kingdom (UK) ketika ini dilaporkan berjaya memulihkan aset berjumlah kira-kira 1.4 bilion dolar AS atau RM64 bilion merangkumi aset seperti rumah mewah, kapal terbang dan pemilikan saham syarikat.
Tambah beliau, tidak semua wang yang diselewengkan daripada 1MDB berjaya dikesan dan diketahui keberadaannya.
Tom berkata, dengan mengambil kira situasi tersebut, beliau percaya Jho Low masih mempunyai pegangan terhadap berbilion ringgit wang yang diselewengkan daripada 1MDB dan perkara itu juga dilihat menjadi sebab mengapa ahli perniagaan itu mampu kekal bebas.
“Adalah menjadi satu di luar kebiasaan untuk orang yang dalam pelarian (ada kekayaan yang besar).
“Ini adalah satu lagi sebab kenapa rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia perlu sangat marah terhadap fakta bahawa tiada sebarang tindakan diambil (untuk menangkap Jho Low),” ujarnya.
Setakat November tahun lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan sebanyak RM20.53 bilion aset 1MDB telah dipulangkan semula kepada kerajaan Malaysia.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Jho Low punya hal, org lain yg masuk dalam... |
|
|
|
|
|
|
|
laaa bukan proksi hatok ngkau kata dah jadi beruang ka?  |
|
|
|
|
|
|
|
Jho low joli di macau, najib meringkuk di kajang… kena scam kaw2.. |
|
|
|
|
|
|
|
main roulette ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
Ronda2 kat Senando Square ke tu |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 23-9-2022 12:25 PM
laaa bukan proksi hatok ngkau kata dah jadi beruang ka?
Yang pasti dah jadi beruwang.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada la masuk berapa jam je kot...pastu mcm2 penyakit datang dok santai2 lagi kat spital kot  |
|
|
|
|
|
|
|
gaban_spacecop replied at 23-9-2022 12:24 PM
Jho Low punya hal, org lain yg masuk dalam...
Org plg berkuasa di mesia plk tuu.. tera jo low.. dia aman aman round the world.. ko najib tersiksa duk punjare.. tuu laa kalo ko kawan dgn aku pastinyaa ko tak masuk punjara.. ni kawan dgn org jahakkkk.. the endd |
|
|
|
|
|
|
|
rikiruj replied at 23-9-2022 12:26 PM
Jho low joli di macau, najib meringkuk di kajang… kena scam kaw2..
Kena scam sangat. Semenjak 2014 orang highlight issue jho low najib duk nafi.
2017 pun jho low masih teman najib lawatan ke china.
Yang kena scam kerajaan n rakyat malaysia.
China tengah bela jho low sebab segala perjanjian berat sebelah malaysia china untuk projek ecrl, gas pipeline n tah berapa banyak projek lain hanya untungkan china. |
|
|
|
|
|
|
|
Masih berupa manusia igtkan dah buat pelestik sejeri biar rupa mcm wild boar ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Jlow ni ada sapa yg besar sgt yg dok cover dia ye.. mcm x lut langsung |
|
|
|
|
|
|
|
Sape abang besar jaga jolow jaylo ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
ada duit, lari sajork.. lain la kalau mesia hantar perisik ala2 mcm mossad ka kgb ka cia ka.. mesia ada ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 23-9-2022 02:59 PM
ResellerMaxis replied at 23-9-2022 01:05 PM
Kena scam sangat. Semenjak 2014 orang highlight issue jho low najib duk nafi.
2017 pun jho low ma ...
maka...benar la kata2 mereka...'wa talak tipu maaa...wa pandai meniaga...maaa'. |
|
|
|
|
|
|
|
haiyooo gmbr dr blkg tu je ke
jgn2 mikel ang je tu  |
|
|
|
|
|
|
|
rikiruj replied at 23-9-2022 12:26 PM
Jho low joli di macau, najib meringkuk di kajang… kena scam kaw2..
Padan lah muka dia kan...percaya sgt ular tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak lama lagi kena laaaa babi gemok ni.... dia akan jadi babi yang mengeluarkan 'merpati' dari jeriji besi
semua perkara boleh berlaku. |
|
|
|
|
|
|
| |
|