Sumber Utusan
Pelakon, Nasha Aziz, 51, mengesahkan dia sedang berkawan dan dalam fasa mengenali jejaka yang enggan didedahkan identitinya.
Menerusi laporan Utusan Malaysia, pemilik nama sebenar Noraishah Abdul Aziz, dia dan lelaki tersebut saling mengenali sejak sembilan bulan lalu.
"Insya-Allah, dia mungkin menepati. Apa pun, kita kena kenal lebih rapat, kan? Tapi, ruang untuk rapat itu susah juga sebab baru sembilan bulan.
"Dia bukan orang industri tetapi yang seronoknya dia beragama Islam," katanya.
Desas-desus Nasha yang juga seorang model itu dilamun cinta mula tersebar selepas dia dikatakan menerima jambangan bunga daripada lelaki misteri ketika mengikuti penggambaran sebuah drama baru-baru ini.
Sumber mStar
Mengulas perkara tersebut, Nasha tidak menafikan atau mengiyakan perkara itu.
"Ia dihantar oleh seseorang yang menyayangi saya. Orang yang menghargai kita dengan hantaran bunga, itu pada saya simbol cinta.
"Saya dilamun dan mencari cinta setiap hari. Ia bukan datang daripada lelaki atau wanita sahaja, tetapi semua.
"Hantaran bunga itu simbolik untuk saya mengingati dia mungkin? Saya jenis yang fokus dan bertanggungjawab. Mungkin dia ingin menarik perhatian saya dengan cara itu," katanya.
Menjawab mengenai status terkini hubungan dengan lelaki berkenaan, kata Nasha, buat masa ini mereka belum merancang untuk ke fasa seterusnya.
"Itu kewajipan, apabila diberi rezeki, kita kena tahu arah tuju. Insya-Allah, semestinya yang baik-baik," jawabnya. - CARI
|