CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 684|Reply: 2

Susah Beli Telur Di Langkawi

[Copy link]
Post time 22-9-2022 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Pengurangan bekalan telur kepada peniaga runcit di daerah ini menyebabkan ada kalangan peniaga yang terpaksa mengehadkan pembelian telur kepada pelanggan.


Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa premis di Padang Matsirat, di sini mendapati, kebanyakan kedai sudah kehabisan stok telur.


Malah, terdapat juga papan tanda yang mengehadkan pembelian telur kepada pelanggan diletakkan di rak jualan yang sudah kosong.




Gambar hiasan




Seorang juruwang di sebuah pasar raya di Padang Matsirat yang hanya mahu dikenali sebagai Farhana, 24, berkata, bekalan telur yang dihantar pada setiap Rabu dan Ahad berkurangan sejak minggu lalu.


“Baru-baru ini pembekal memberikan kami 80 papan telur sahaja untuk sekali penghantaran.


“Saya tidak pasti sebelum ini biasanya berapa papan dihantar, tetapi jumlahnya mencukupi bagi memenuhi permintaan pelanggan di sekitar ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Seorang pengguna, Hafizah Abdullah, 32, berkata, terdapat kedai yang hanya menjual telur kepada golongan tertentu sahaja.


“Semasa bertanya mengenai bekalan telur, pekedai memberitahu disebabkan saya seorang bujang, dia akan membenarkan saya membeli lima biji telur sebelum mengambilnya di bawah meja juruwang.


“Saya berasa pelik kenapa perlu dihadkan sehingga begitu sekali sedangkan pelanggan membayar harga telur dan bukannya mencuri,” katanya.




RAK menjual telur yang kosong kerana bekalan yang dihantar ke pulau itu tidak mencukupi ketika tinjauan dilakukan di sebuah pasar raya di Padang Matsirat, Langkawi, hari ini. -UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN




Sementara itu, bagi peniaga kedai makan, Mohd. Hannan Hanif Abdul Halim, 33, memberitahu peniaga kecil sepertinya telah diberikan had pembelian telur sejak awal krisis bekalan telur itu berlaku.


“Biasanya kami diberikan had antara dua hingga tiga papan seorang untuk sehari.


“Bagi saya yang meniaga makanan, sekurang-kurangnya perlukan sepapan telur sehari, maka untuk menampung kegunaan saya perlu beli telur setiap hari kerana had yang diletakkan oleh penjual,” ujarnya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Telur-telur tu, telur-telur tu, telur-telur tu, dadar dah







Telur kucing



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa penduduk langkawi tak ternak ayam telur? Sana kan banyak kampung tanah luas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.058017 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list