View: 1698|Reply: 10
|
Dulu Buang Anak, Kini Saman Anak Sebab Tak Belikan Rumah
[Copy link]
|
|
Sepasang suami isteri di China yang mengabaikan anak mereka sejak berusia dua tahun, muncul semula secara tiba-tiba bagi meminta dia membelikan sebuah rumah kepada saudara lelakinya, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Zhang yang kini berusia 29 tahun, diserahkan kepada ibu saudaranya untuk dijaga sejak kecil kerana ibu bapanya dikatakan tidak berkemampuan.
 SCMP
Sejak itu, mereka tidak menghubungi Zhang. Gadis itu malah menganggap keluarga ibu saudaranya sebagai keluarga kandungnya sendiri.
Baru-baru ini, dia menggunakan sebahagian daripada wang simpanannya untuk membeli sebuah rumah kepada sepupunya yang merupakan anak kepada ibu saudara yang menjaganya.
Kebaikannya membuatkan ibu bapa kandungnya muncul secara tiba-tiba dan meminta Zhang membelikan sebuah apartmen untuk adik-beradik kandungnya.
Akhbar Shandong Business Daily melaporkan bahawa ibu bapa kandung Zhang meminta dia membantu anak lelaki mereka yang mempunyai masalah kewangan.
Namun, apabila dia enggan berbuat demikian, mereka bertindak menyaman Zhang dan meminta wang berjumlah 500,000 yuan (RM324,914) sebagai bayaran ‘nafkah ibu bapa’.
Mahkamah di China baru-baru ini mengeluarkan perintah yang mencetuskan kontroversi dengan menyatakan bahawa meskipun Zhang tidak mempunyai kewajipan untuk memberi hartanah atau membiayai saudara lelakinya, dia secara undang-undang diwajibkan memberi bantuan kewangan kepada ibu bapanya.
Di China, ketaatan anak kepada ibu bapa amat dititikberatkan, dan undang-undang jelas menggariskan bahawa semua anak yang sudah dewasa mempunyai tanggungjawab untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada ibu bapa kandung mereka. Ia tidak kira sama ada ibu bapa tersebut melaksanakan kewajipan sebagi ibu dan bapa, atau sebaliknya.
Dalam kes tersebut, mahkamah memerintahkan agar Zhang berbincang dengan ibu bapa kandungnya dan menyelesaikan urusan mengenai jumlah yang perlu dibayar sebagai nafkah.
“Mujur Zhang tidak membesar dalam keluarga asalnya. Mereka amat teruk,” kata seorang pengguna media sosial.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aunty dengan uncle ni dapat anak macam yg dekat parit buntar hari tu, mau kena kerat 15 bahagian setiap satu. Biar puas hati masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
Saman balik mak pak kandung sbb xjaga dia dri kecik |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 22-9-2022 08:55 PM
Kalau aunty dengan uncle ni dapat anak macam yg dekat parit buntar hari tu, mau kena kerat 15 bahagi ...
Seeloknya mcm tu lah. Tp mmg wujud parents mcm ni. Toksik. Kecik didera,abai,,bila ank dh besar buat muka kesian guna ayat mak ayh yg lahirkan kau. Ehhh, lahanat betul kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya. Seolah2 anak tu isi borang hantar CV kat dia buat permohonan untuk dilahirkan oleh dia berserta pakej dera/abai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teruknya undang2 kena BG nafkah nak mak bapak walau apa pun terjadi. Bukan wajib pun even mak bapak tu sara dari kecik. Apatah lagi tidak dibesarkan sendiri. Patut saman balik mak bapak ni claim wang perbelanjaan dari kecik sampai habis belajar |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa.... Makna mmg betul la kalau tgk cerita cina di media sosial tu... Mak bapak tuntut anak perempuan bagi harta bagai ke anak lelaki ???????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang ni ramai je mak pak macam ni akan datang pasti lebih ramai lagi |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 23-9-2022 01:33 PM
Ya. Seolah2 anak tu isi borang hantar CV kat dia buat permohonan untuk dilahirkan oleh dia bersert ...
Kalau isi borang tau dpt parents mcm ni mmg takdenya nk isi.helok mereput takpayah ada zuriat. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana² bangsa pun treat anak pompuan second class. |
|
|
|
|
|
|
| |
|