CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1041|Reply: 4

[Tempatan] Pemandu hilang kawalan, kereta terjunam ke rumah penduduk

  [Copy link]
Post time 22-9-2022 10:30 AM | Show all posts |Read mode



Pemandu kereta terselamat apabila kenderaannya hilang kawalan lalu terjunam ke halaman sebuah rumah penduduk di Jalan Aman, Felda Lok Heng Selatan di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu jam 7.30 malam menerusi Facebook.

"Hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta itu hilang kawalan ketika dalam perjalanan hendak pulang ke rumahnya di jalan yang sama, lalu terjunam dan menghentam bumbung sebuah rumah sebelum jatuh ke halaman rumah itu.

"Akibat daripada kemalangan itu, pemandu kereta mengalami kecederaan iaitu luka kecil di dahi," katanya.

Hussin berkata, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaannya dengan baik.

"Ketika kejadian, keadaan cuaca baik dan lalu lintas tidak sibuk," jelasnya.

Menurut Hussin, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2022 10:31 AM | Show all posts
owner rmh tuntut gantirugi

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 10:49 AM | Show all posts
mujur takde penghuni rumah yang cedera..
and nasib baik jatuh kat luar..
buatnya hentam tepat tengah bumbung kereta jatuh dalam rumah..
bawak lagi kereta macam pelesit..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 10:52 AM | Show all posts
mabuk ka.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 12:49 PM | Show all posts
Nasib baik tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.063469 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list