CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4264|Reply: 84

Peniaga Tak Pamer Tanda Harga, Pelanggan Susah Hati Nak Ambil Lauk-Pauk

[Copy link]
Post time 22-9-2022 10:08 AM | Show all posts |Read mode
KUANTAN – Harga berbeza setiap hari dan juadah yang bertukar-tukar antara alasan peniaga kedai makan di negeri ini tidak meletakkan tanda harga pada juadah jualan mereka.


Tinjauan di beberapa daerah seperti Kuantan, Temerloh dan Jerantut mendapati, masih terdapat ramai peniaga yang tidak meletakkan tanda harga khususnya bagi hidangan lauk pauk.


Keadaan itu menyebabkan pelanggan berasa bimbang ditipu peniaga tidak bertanggungjawab apabila peniaga secara suka hati meletakkan harga tanpa sebarang panduan.




Foto: Kosmo




Seorang pelanggan Siti Hozam Omar, 58, berkata, sebagai pembeli, ketiadaan tanda harga pada makanan yang dijual membuatkan dirinya ragu-ragu untuk membeli makanan berkenaan.


“Kita rasa serba salah hendak ambil. Takut mahal, jadinya kita pilih sahaja juadah yang kita tahu harganya pasti murah.


“Kalau hendak ambil juadah seperti udang, sotong dan lain-lain memang dapat rasakan ia mahal, kecuali kalau peniaga letak tanda harga, bolehlah kita buat kira-kira harga yang perlu dibayar,” katanya.


Luahan sama disuarakan, Izzat Amir, 40, apabila dia terpaksa membayar harga yang tinggi bagi seketul ikan patin tempoyak ketika makan di sebuah kedai berhampiran sebuah hospital di Kuantan baru-baru ini.


Dia yang sering memilih juadah patin tempoyak berkata, harga biasa bagi seketul patin sangkar yang dimasak gulai tempoyak biasanya paling tinggi adalah RM16 tetapi di kedai berkenaan ia meletakkan harga sehingga RM25 seketul.


“Saya ingat paling tinggi pun dalam RM16 tetapi apabila di­tanya pemilik kedai menyatakan RM25 walaupun saiznya agak kecil, memang terkejut juga, mulanya ingat salah kira tetapi itulah harga yang perlu dibayar kata peniaga berkenaan,” ujarnya.


Sementara itu, seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, dia tidak meletakkan tanda harga pada makanan kerana juadah yang dijual bertukar-tukar setiap hari dan harga adalah berbeza berdasarkan harga bahan mentah diperolehi mereka.


“Kadang-kadang bergantung kepada kuantiti makanan yang diambil oleh pelanggan, kalau pelanggan tidak pasti, mereka boleh bertanya kepada kami,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2022 10:11 AM | Show all posts
Alasan aje tu padahal kau blh kot tempah whiteboard size kecil yg blh padam bila kau tukar menu. dasar kapitalis nk cekik customer aje niii.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingerbumpy at 22-9-2022 10:19 AM

Penguatkuasa tak laksana amanah utk clamp on lapses like this....mungkin pengeras dah dapat dan terus akan dapat sebagai insurans perlindungan tiap bulan in exchange of penguatkuasaan yg lemah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 10:19 AM | Show all posts
mmg melamp;au harga makan skrg ...aihhh laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 10:32 AM | Show all posts
lori nasi campor kt ofis sini lagi mahal dulu pernah harga range stended lauk basic rm10 tmbh itu ini cecah 13 ingget. pastu kena boikot kejap dia dh turun start rm8 tmbh itu naikla rm10 gitu. stil mahal lagi dgn kualiti lauk dia makin hawok kuah lemak mcm air mata smbal pon cair. aku beli kdg2 je tapi rupanya mamak kt bawah ni lagi murah lauk basic kuah kari ikam likat bendi dgn ayam goreng garing besar tmbh cili sikit baru berapa ..cer teka. aku bgi adiah sapa jwb betol. pastu kan ptg tu beli lauk jah rm9 lauk ayam besar 2 ketui kari ikan likat sepastik. haha. jimat lagi. tpi bukan hari2 lah mamak mamak ni. ikut mood jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols paling nyampah kalau mkn nasi campur krna tunggu depa kira pastu lambat plak nak dtg kira. Kadang tu amik gambo sesiap kang tunjuk je kat dia kalau dh abis nasi ke apa. Bukan pe jd takde selera nk mkn selagi tak dikira menda darah daging kot.
Sbb tu lagi suka pi makan kat kedai yg kira siap2 bayar terus kat kaunter baru kita cari meja utk mkn.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2022 10:36 AM | Show all posts
lagi skit hati klumeniaga kat pasar malam tp harga mcm firaun
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
aku gie restoran kt negeri sembilan hari tu, lauk pauk dh letak dalam bekas/pinggan siap harga, ambil jelah jika nak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg dah nyatakan pun xdetails.... Aku terambil sosej masak sos lebih 3 ketul potongan kecik dah consider 2 lauk.... Besok dia aku beli sosej sendiri LOL
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
amalk bayar dulu
klu mahal boleh buang semula lauk ke dalam tray
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
makan dulu..makan dulu...nanti bayar...nanti bayar.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 22-9-2022 10:32 AM
lori nasi campor kt ofis sini lagi mahal dulu pernah harga range stended lauk basic rm10 tmbh itu in ...

Sebulan tak sekali makan nasi lori..kecohnya macam saban hari makan luar...macam aku nak hampuk aja....

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 22-9-2022 12:00 PM
amalk bayar dulu
klu mahal boleh buang semula lauk ke dalam tray

Aku sendiri kalau mood berkandar, bila pilih udang pole yg harga tertera Rm15-RM25......tak pernah dapat yg RM15....

Sekali makan kalau tak RM40 sepinggan memang tak sah.....

Sekian laporan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 02:02 PM | Show all posts
Sepatutnya letaklah tanda harga ataupun senarai harga makanan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 02:16 PM | Show all posts
lauk nasi cmpr la slalu scam customer..klu aku mmg tnye dlu sblm amik
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 02:29 PM | Show all posts
kedai cina juga yg agak murah charges makanan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Restoran SURI jugak yg terbaik. Semua dia letak harga.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg i pilih nasi + ayam + sayur + sambal belacan + air..
Tu pun da range rm11-rm15 area rumah i..
Kalau kedai kelantan lg lah.. kecek kelate bawah rm10.. i freehair n xkecek kelate kne charge rm16-rm18..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 03:21 PM | Show all posts
aku kalau kedai gini idokla nak makan amik je nasi yg dh siap rege mcm nasi ayam setel
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 04:32 PM | Show all posts
Dah lama tak ada operasi chek harga tu yang makin ramai buat2 lupa letakannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.068480 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list