|
Tahniah diucapkan kepada Ainul Aishah yang kini sah milik ahli perniagaan Khalid Redzuan.
Selepas setahun mengikat tali pertunangan, pelakon itu akhirnya menamatkan zaman bujang pada usia 37 tahun dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur.
IG Ainul
Pelakon drama Semerah Cinta Humairah turut memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kelancaran majlis dan kebahagian dikurniakan Tuhan seorang suami penyayang.
“Saya bersyukur atas segalanya. Akhirnya saya menjadi isteri kepada seorang lelaki yang penyayang. Saya bertuah sebab dikelilingi keluarga dan rakan-rakan pada hari bahagia.
“Memori ini akan sentiasa ada dalam hati saya. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjadikan perkahwinan saya sangat bermakna,” tulisnya.
IG Ainul
Dalam beberapa entri berasingan, Ainul turut memuat naik foto-foto menarik sepanjang berlangsungnya majlis perkahwinan dia dan Khalid yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Sebelum sah diijabkabul bergelar isteri orang, Ainul turut mengakui gementar dan cukup beremosi.
“Momen sebelum kami bergelar suami dan isteri. Momen yang sangat beremosi buat saya sebab sangat gementar sejak hari sebelumnya.
“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, kami kini suami isteri,” tulisnya lagi.
Ainul mengikat tali pertunangan dengan Khalid pada Mac 2021 dan pasangan itu merancang untuk bernikah menjelang hujung tahun sama namun hanya menjadi kenyataan ada Ahad lalu.
Pasangan itu mula menjalin hubungan cinta sejak April 2017 selepas menerima mesej peribadi yang dihantar melalui Instagram pelakon Nana Tanjung itu.
Sumber: KOSMO! ONLINE
|
|