Penyanyi Yazmin Aziz memohon maaf berikutan kekeliruan yang timbul berhubung agama dianuti kekasihnya, Gulherme Brizolara.
Kredit foto: IG
Dalam video dimuat naik di TikTok, Yazmin menjelaskan pemain bola sepak Kelantan FC itu bukan beragama Kristian, sebaliknya Katolik.
Dia membuat penjelasan itu berdasarkan rujukan dari Filipina.
Mengakui dirinya tidak arif soal agama, Yazmin memilih untuk menutup mulut mengenai perkara itu.
Kredit foto: IG
Sebelum ini, Yazmin berkongsi di TikTok, menjawab pertanyaan netizen berhubung agama Gulherme.
Berikutan itu, rata-rata warganet tampil mendakwa Katolik merupakan sebahagian daripada agama Kristian.
Justeru, Yazmin memohon maaf di atas kekeliruan itu.
"Tak marah kalau kena tegur. Hanya penjelasan.
"Saya ni bukan expert agama pun, inilah sebabnya saya memilih untuk tidak bercakap mengenainya."
Kredit video: TikTok
Katanya, dia hanya manusia biasa yang melakukan kesalahan. - CARI |