CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2775|Reply: 4

Sindrom Anak Sulung

[Copy link]
Post time 21-9-2022 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Sindrom Anak Sulung


Teori menarik Afred Adler iaitu 'bapa' kepada teori psikologi individu memperkenalkan ciri-ciri personaliti atau karakter seseorang boleh dilihat berdasarkan urutan kelahiran.

Anak sulung biasanya dilihat menjadi subjek eksperimen ibu bapa yang pertama kali membesarkan anak selain menjadi fokus memahami peranan penting dan kaedah terbaik dalam proses itu.

Secara tidak langsung anak pertama menjadi tempat mereka 'melimpahkan' kasih sayang. Limpahan kasih sayang dan perhatian berlebih-lebihan itu boleh mempengaruhi personaliti anak sama ada secara baik ataupun tidak.

Implikasi yang ketara adalah kedudukan 'istimewa' anak sulung itu yang boleh berubah menjadi krisis dipanggil Sindrom Anak Sulung.

Kebiasaannya sindrom terbabit berpunca daripada peralihan iaitu pernah menjadi tumpuan dan terlalu bergantung penuh dengan ibu bapa selain anak yang sama terpaksa mula berdikari apabila kehadiran 'orang baru' anak kedua dan seterusnya.


SINDROM Anak Sulung juga difahami apabila anak terbeban dengan harapan tinggi ibu bapa.

Menurut Kaunselor Berdaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor Siti Fatimah Abdul Ghani, Sindrom Anak Sulung lebih ketara pada ibu bapa yang menyantuni anak mengikut trend dan pandangan terkini berbanding melakukan persiapan rapi.

Kata Siti Fatimah, persiapan rapi merujuk kepada aspek psikologi, mental, emosi dan tingkah laku berdasarkan kemahiran keibubapaan. Ini membantu mewujudkan perkembangan lebih sihat dalam hubungan ibu bapa dan anak sulung.

"Anak sulung sering kali menjadi taruhan kejayaan ibu bapa berbanding ia diberi ruang untuk diri sendiri.

"Malah anak sulung turut dididik dengan pendekatan 'keras' atau 'terlalu bertoleransi' sehingga ada kalanya keperluan penting seperti masa bermain dilupakan kerana mahu mereka mencapai kecemerlangan akademik," katanya.


IBU bapa boleh luangkan masa bersama anak sulung.

Tambah kaunselor berkenaan, contoh itu adalah keterangan mengenai situasi ibu bapa yang sukar membezakan antara kehendak dan keperluan sewajarnya pada anak mereka.

"Anak sulung seharusnya diberi ruang untuk bermain dan bersosial. Tetapi, amalan yang biasa dalam kalangan ibu bapa tempatan ialah meletakkan beban termasuk mengasuh adik pada usia awal," katanya.


BERI penghargaan tanpa mengharapkan anak capai kesempurnaan.

Secara tidak sedar 'acuan' disediakan ibu bapa untuk anak sulung menjadikan sindrom itu mula bertapak dalam personaliti mereka.

Antara karakter atau ciri-ciri boleh dilihat pada diri anak yang memiliki Sindrom Anak Sulung adalah seperti berikut:

1. Memiliki laras pemikiran yang tetap dan sukar dipengaruhi

Kebiasaan anak sulung adalah tempat ibu bapa 'sidai' harapan tinggi menggunung sehinggakan sukar mereka menerima kekurangan dan ketidaksempurnaan anak.

Sebagai contoh kerjaya ideal pilihan anak, ibu bapa rasa kerja dalam sektor kerajaan sesuatu yang stabil, sedangkan anak lebih gemar bekerja sampingan. Ibu bapa akan berusaha menetapkan dalam fikiran anak supaya kekal dalam trek itu.

2. Bersifat 'bossy'

Anak sulung biasanya dididik atau dilatih untuk bertanggungjawab dan memimpin.

Jika pendedahan oleh ibu bapa untuk memiliki sifat itu keterlaluan terhadap anak, karakter anak akan berubah ke arah 'bossy'. Kadangkala, sifat 'bossy' boleh merenggangkan hubungan sesama adik-beradik kerana yang lain rasa tertekan.

Ciri-ciri 'bossy' boleh dilihat dari segi tabiat memerintah atau mengarah dengan kasar, tidak pertimbangkan urusan serta keutamaan orang lain selain susah bertolak ansur.

3. Terlalu sensitif dan dramatik

Anak sulung juga cenderung menjadi seorang yang mudah beremosi. Struktur emosi mereka tidak stabil, mudah runtuh dan rapuh. Ibu bapa kena tangani seawal mungkin kerana boleh mempengaruhi karakter adik-adik yang lain.

Bagi mengelak Sindrom Anak Sulung memberi kesan mendalam kepada emosi dan personaliti, ibu bapa boleh mula membantu anak mereka menerusi lima cara berikut:

ANAK sulung memiliki karakter keterlaluan terutama mementingkan kesempurnaan boleh menjadi tekanan kepada saudara lain.

1. Beri kepercayaan untuk anak sulung melakukan hal yang disukainya seperti minat dan hobi.

2. Ajar anak sulung mengenai tanggungjawab dan amanah.

3. Tanam sifat kepimpinan dalam diri mereka.

4. Jangan tetapkan jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi kepada anak sulung. Fikirkan anak sulung juga seperti manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

5. Luang masa berharga dengan anak pertama terutama apabila anda sudah memiliki anak yang lain.

6.Terapi Pemulihan Diri yang dipanggil 'I love Myself.' Ibu bapa perlu belajar teknik ini yang mana penting muhasabah diri dengan 'Memaafkan Pengalaman lepas' untuk sesi pemulihan (Forgive to Heal).

7. Teknik lain juga dengan cara memanfaatkan masa kini dan sekarang menerusi teknik Teori Kognitif Tingkah Laku (Cognitive Behavioural Therapy) yang mementingkan 'here' and 'now.'

Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/2022/09/883308/sindrom-anak-sulung


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Betol la tu, anak sulung bossy sikit ha3 dapat pulak spouse anak bongsu ha3! Sensitive tu betol, tengok adik bongsu kawen pun melalak.. mcam dulu masa kecik aku yg jga.. dh tua dh kawen, mmg sebak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak sulung manja...berbanding anak ke2...semua benda nk mak ayah buat...tu la kisah anak sulung aku..

Anak ke2...ya Allah semua benda dia buat..cth nk masuk U...x Ray pun dia siap2 dah buat..pi dgn kawan dia je..drive kereta...

Tapi anak sulung kuat menyimpan duit...4 bulan anak sulung aku dlm alam pekerjaan sementara nk masuk degree ni..dah hampir RM10k dia menyimpan duit..

Anak yg ke2...tiap kali ada duit...tiap kali tu la dia beli barang2 secara online...ni dia masuk U...adalah duit kat dia RM 3k..aku nk tengok dia berbelanja...ni masa orientasi seminggu ni makan free katanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2022 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
haku Ngan laki haku dedua ank sulung..
haku ank sulung pompuan bwh haku ade 5 adik lelaki so total 6 org berbeza ngan laki

laki haku ank sulung 9 beradik, tp adik badik kandung seibu sebapa 4 beradik, n sebapa cuma mak lain 5 org so total 9 org, 2 org lelaki 7 perempuan...

haku walaupun ank sulung tp oerangai manja,garang n childish walaupun ank da 3 umo da 30 an berbanding ngan laki haku mmg matang sbb susah dari kecil #nie mmg laki yg bgtau sbb laki haku x pernah dpt kasih syg dari nama seorang mak sbb mak mertua haku da ninggal.ketika umo laki 7 taun

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
iols dengan husband both anak sulung... mmg parents letak expectation tinggi jadi contoh untuk adik2... i scholarship glc, and terus keje dgn company tu... husband scholarship JPA, and terus masuk keje gomen.. so adik2 kitorg stress sbb kena exceed expectation benchmark from abang/kakak sulung... mujur adik2 kitorg sume dpt scholarship GLC, MARA and kerajaan negeri..

Anak sulung bossy?? Maybe la kot.. i tengok anak i pun ada character camtu... very extrovert and selalu jadi ketua kumpulan... is hard to argue dengan anak i ni.. kalo i nak buat apa2, i kena take a deep breath and explain things to him, bila ada reasoning, baru dia patuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.071889 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list