|
Padah siku dada lawan
REAKSI Di Maria dan rakan sepasukan selepas dia menerima kad merah ketika menentang Monza.
Turin: Penyerang Juventus, Angel Di Maria digantung dua perlawanan sekali gus tidak dapat beraksi menentang Bologna dan AC Milan selepas menyiku dada pemain Monza, Armando Izzo ketika pasukannya tewas 0-1 di tempat lawan Ahad lalu, menurut Serie A awal pagi tadi.
Pemain antarabangsa Argentina itu terlepas penggantungan lebih lama selepas badan disiplin Serie A mendapati dia tidak mencederakan Izzo.
Penggantungan dua perlawanan adalah hukuman biasa ke atas pemain terbabit salah laku yang serius.
Di Maria sebelum ini terlepas tiga perlawanan dalam semua kejohanan apabila terbabit kecederaan musim ini.
Juve kini berada di tangga kelapan dengan sepuluh mata daripada tujuh perlawanan dan akan menerima kujungan Bologna pada 2 Oktober selepas rehat antarabangsa.
Mereka akan menentang Milan di tempat lawan enam hari kemudian.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dah-siku-dada-lawan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|