CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 963|Reply: 4

Puteri Sarah Jadi Kaunter Pertanyaan, Tempat Orang Luah Masalah Rumah Tangga Dan Orang Ketiga

[Copy link]
Post time 20-9-2022 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Puteri Sarah menasihatkan kaum wanita di luar sana agar berani mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka.


Ujar pelakon itu, sebagai wanita dan juga isteri, mereka tidak seharusnya membiarkan kepala dipijak oleh orang ketiga yang mengganggu keharmonian sesebuah rumah tangga.


Foto: IG




Puteri Sarah, 37, berkata demikian sebagai responsnya terhadap satu kiriman mesej dalam Instagram daripada seorang wanita yang bertanya tentang prosedur undang-undang terhadap orang ketiga.


“Bertabahlah wanita-wanita di luar sana. Ramai mesej saya. Tolong ambil tindakan untuk diri sendiri. Jangan bagi kena pijak kepala dengan orang ketiga,” tegasnya.




  



Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu menghantar mesej tersebut dengan mendedahkan, rumah tangga abang dan kakak iparnya goyah dek gangguan orang ketiga.


Dia yang mewakili kakak iparnya bertanya kepada pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu jika ada mana-mana prosedur undang-undang sivil yang boleh dikenakan terhadap orang ketiga.









“Ada tindakan sivil. Kalau awak ikut kes saya, saya ambil dua tindakan undang-undang. Sivil dan syariah.


“Untuk sivil, saya dapat perintah injuksi sebab dia kacau tanpa henti,” jawab Puteri Sarah.


Pada 30 Jun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu memfailkan saman terhadap seorang wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas.




  



Malah, dia juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan agar berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial.


Pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof berlarutan sejak empat tahun lalu selepas wanita itu mengganggunya bermula 2019.




  



Susulan itu, Puteri Sarah mengakui tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul yang dikahwininya sejak 2014. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2022 06:43 PM | Show all posts
halah dek sarah halah halahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 06:53 PM | Show all posts
Sdikit sbanyak dh nmpk prngai sheol yg sebenarnya, jdi jgn slhkn suami 100% sbb suami lgi thu apa yg trjdi d sbalik closed doors.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 07:47 PM | Show all posts
adoi masalah dia pun tak selesai-selesai lagi korang pi serabutkan dia dengan masalah korang. memang dah takde keluarga ke netizen ni? makpak nek sedara kawan ke takde ke eh? sedeyhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang lain2 tu bkn tak ambil tindakan. Dorang sendiri pon tak mampu dari segi Kewangan dan jugak masa mungkin.

Ko beruntung sebab senang, pastu dpt pulak support dari FIL.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.499162 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list