CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mojarean_X

[Dunia] Selamat tinggal, Ratu Elizabeth

  [Copy link]
 Author| Post time 25-9-2022 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Final resting place:

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2022 08:42 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-9-2022 04:39 PM


Selebriti Hollywood berdarah diraja




  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 25 September 2022, 12:30 pm








[color=var(--e-share-buttons-secondary-color,#fff)]


RAMAI selebriti di Hollywood yang sebenarnya mempunyai darah diraja, tetapi masih memilih menjalani kehidupan seperti rakyat biasa.
Seperti kita, wujud ramai individu berstatus selebriti terkenal yang sebenarnya turut sama berketurunan kerabat, tetapi jarang diceritakan latar belakang sebenar mereka.
Berikut adalah lapan selebriti popular dalam industri hiburan Hollywood yang datang daripada keluarga kerabat diraja dari negara asal mereka.  

KIT HARINGTON
Bintang siri televisyen Game of Thrones merupakan anak kepada Sir David Harington iaitu seorang Baron daripada keluarga Harington yang diasaskan pada 1611.
Bagaimanapun, malang bagi dirinya kerana tidak akan mewarisi pangkat ayahnya disebabkan abangnya, John Harington bakal menjadi pewaris status Baron yang rasmi ke-16.
Selain mempunyai keturunan bangsawan, keluarga Harington juga mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja Britain.
Menerusi keluarga sebelah nenek beliau Lavender Cecilia Denny, mendiang adalah generasi kelapan keturunan Raja Charles II.
Raja Charles II memegang takhta Raja Scotland, England dan Ireland sebelum diturunkan takhta semasa peristiwa Gerakan Komanwel pada pertengahan abad ke-17.

THANDIWE NEWTON
Pelakon yang pernah membintangi filem Mission Impossible serta Solo: A Star Wars Story mempunyai latar belakang dari kerabat raja Zimbabwe dari sebelah ibunya, walaupun dilahirkan di London.

Ibunya, Grace Nyasha Jombe yang berstatus puteri raja adalah anak kepada raja orang Shina di Zimbabwe semasa negara tersebut masih dikenali sebagai Rhodesia Selatan.
Bagaimanapun, ibu Newton memilih untuk meninggalkan kehidupan di sana dan berhijrah ke England pada 1966.
Wanita itu lebih rela memilih bekerja sebagai jururawat sebelum berkahwin dengan seorang juruteknik makmal rakyat tempatan.

BEYONCE
Sebagai sepupu ke-25 yang pernah disingkirkan Ratu Elizabeth II, gelaran ‘Queen Bey’ yang disandang oleh penyanyi wanita ini rupa-rupanya sesuai dengan kedudukannya hari ini.

HILARY DUFF
Selain digelar sebagai ‘Disney Princess’, pelakon dan penyanyi ini juga dikenali sebagai ‘America’s Most Royal Celebrity’ kerana dia lebih rapat dengan Ratu Elizabeth II serta merupakan cicit ke-10 Raja Edward III.

ANGELINA JOLIE
Jolie mempunyai kaitan dengan kerabat diraja Perancis melalui ibunya, Marie Bertrand yang dikatakan memiliki salasilah hubungan dengan Raja Perancis pertama, Phillip II yang memerintah dari 1180 hingga 1223.

BRAD PITT
William Bradley Pitt mempunyai pertalian hubungan dengan Raja Henry II melalui salasilah keluarga ibunya yang menjadikan dia sebagai sepupu ke-25 Elizabeth.  

PARIS HILTON
Selebriti Hollywood ini merupakan sepupu ke-20 Elizabeth melalui bapanya, Rick Hilton dalam keluarga.

MADONNA
Penyanyi legenda ini merupakan sepupu kesembilan Camilla Parker Bowles, Duchess of Cornwall yang merupakan isteri kepada Raja Britain, Raja Charles III.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2022 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 26-9-2022 08:42 AM

Kebetulan kt DM ada artikel baru kuar psl cita2 megxit jd beyonce Uk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.065255 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list