CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2071|Reply: 4

Anak Lelaki Sebelum 17 Tahun, Jangan Beri 2 Benda Ni Kalau Tak Nak Hancur

[Copy link]
Post time 19-9-2022 05:15 PM | Show all posts |Read mode




Anak lelaki itu tunjang keluarga. Andai betul cara didikannya, mereka akan membesar menjadi pemimpin yang hebat. Jadi, mak ayah perlu tahu bagaimana mahu memainkan peranan membentuk anak lelaki agar ciri kepimpinan dapat disuburkan dalam jiwa mereka.


Benar, bukan mudah sebenarnya mahu membentuk mereka. Lagi-lagi ketika ini persekitaran dikelilingi dengan gajet, rakan persekolahan dan sebagainya. Namun, selagi mereka masih anak kita yang belum matang pemikirannya. Anda berhak untuk melakukan 5 tip yang dikongsikan oleh Puan Ashikin Hashim, Pengetua Genius Aulad Saujana Utama


Cabaran Mendidik Anak Lelaki


Beberapa hari ini perbualan kami hanya berkisar tentang pelajar tahfiz Ittifaqiyyah sahaja sama seperti anda juga.Wafi dan adik-adik pun turut sedih. Bila tahu tentang berita terbaru, lagi sedih.Semua turut bersedih. Marah. Kecewa.


Tak perlu maki mak ayah mereka. Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Biar undang-undang yang mengadili.Kita perkasakan akhlaq kita dan anak kita. Tugas kita makin berat. Amanah kita maha hebat.Antara yang saya selalu pasak pada anak-anak: (ini apa yang kami praktik. Lain sekolah lain ajarannya. Saya hanya berkongsi sahaja)


Solat, solat, solat!


Hati-hati pilih kawan. Sebelum anak pilih kawan baik, jadikan anak-anak kita tu kawan baik kita dahulu.


Jangan sekali-kali mencuba hisap R0K0K! Kalau dah start hisap rokok masa sekolah, mana nak cari duit? Nak kerja? Nak mencuri? Inilah ‘bunga-bunga’ laknat yang ‘membunuh’ anak-anak kita. Saya selalu sebut pada anak-anak, Abi tak hisap r0k0k jadi jangan hisap rokok. Please! Ummi serious!


Selagi belum habis sekolah iaitu umur 17 tahun, usah sekali-kali berani minta motor atau lesen motor dari Ummi dan Abi. Ramai anak yang dah ‘kawan baik’ dengan motor. Duit minyak minta siapa? Nak betulkan motor rosak cari duit dari mana? Ini juga ‘bunga’ laknat yang tak bawa faedah langsung pada anak-anak. Malu ke nak naik bas pergi sekolah? Jalan kaki? Naik basikal? Sorry to say kita terlalu manjakan anak dengan beri mereka motor bukan pada masanya


Tiada lagi keperluan untuk memiliki telefon sendiri buat masa ini. Kesian kat anak sebab nak call kita susah? Untuk apa call? Masa bila nak call? Sepenting mana nak call? Sekali lagi, BELUM TIBA MASANYA. Once mereka dah terpengaruh dengan We Chat ke, segala macam aplikasi, susah nak undur.


Saya lihat 2 benda ini yang amat beri pengaruh besar kepada anak lelaki – Motor dan Rokok.


Anak-anak 0 -17 tahun sepatutnya lebih banyak masa bersama keluarga daripada masa bersama motor, rokok dan kawan.Bagi kami, biarlah kita marah sekarang saat berulang kali suruh anak solat tanpa jemu, biarlah berbuih mulut minta anak pandai pilih kawan, biarlah penat menjadi kawan kepada anak walau kita penat bekerja di siangnya,


Biarlah kita menangis dalam hati saat anak meronta mahu dibelikan motor tika masih belum layak memilikinya, biarlah anak kuno sekarang saat diminta-minta beli handph0ne. Tapi jangan sekali-kali kita rasa penat dalam mendidik mereka.Perjalanan masih jauh. Masih banyak yang perlu kami lalui. Maafkan Ummi dan Abi sebab banyak larangan kami.


Berkali juga sebut pada anak-anak, berikanlah Ummi dan Abi peluang sekurangnya 17 tahun untuk kami ‘pegang’ kamu. Selepas itu kami yakin kamu matang untuk memilih.Jika terjumpa anak-anak kami berbuat onar di luar, meletak adab di tapak kaki, segera beritahu kami.


Kepada guru-guru kepada anak-anak kami, didiklah anak-anak kami bukan hanya cemerlang akademiknya tapi juga akhlaqnya.






sumber;dakwah islam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2022 06:34 PM | Show all posts
Salah tu. Sekarang motor dan pod vape. Rokok mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 07:16 PM | Show all posts
ezacbee replied at 19-9-2022 10:34 AM
Salah tu. Sekarang motor dan pod vape. Rokok mahal.

ni lah yg aku takut.. anak lelaki aku F1 skrg ni.. selalu lepak dgn kawan2 kat padang petang2 wiken. selalu sgt aku pesan jgn nak cuba2 isap rokok, vape segala bagai. klu kwn suruh cuba ke, cabar ke.. jgn gatal2 cuba. risau betul aku
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 03:13 PM | Show all posts
betul la tu,

wa isap rokok pun bila smpai legal age, 18 tahun...

tp tgk blue umur 13 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 10:52 AM | Show all posts
setepek kena kat aku,
umo 15 sapkok,umo 16 dpt moto, dah abis skolah jd B40
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.284035 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list