CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3445|Reply: 46

[Tempatan] Selamba Minta Baju Bayi Baru Meninggal, Tindakan Tidak Sensitif Individu Ini Timbul Kemarahan Netizen

  [Copy link]
Post time 19-9-2022 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 19-9-2022 01:32 PM



Selamba Minta Baju Bayi Baru Meninggal, Tindakan Tidak Sensitif Individu Ini Timbul Kemarahan Netizen
September 19, 2022 - 12:16 PM

Setiap insan yang melahirkan anak, pastinya timbul rasa kasih dan sayang kepada bayi dibawa bersama sepanjang mengandung itu. Perpisahan dengan bayi yang baru sahaja dilahirkan sudah pastinya menjadi detik yang paling menyedihkan buat seseorang ibu yang menyayangi anak kecilnya.

Di sebalik segala perancangan yang dibuat, takdir menentukan segalanya di mana terdapat ibu yang terpaksa berpisah dengan anaknya berikutan anak kecilnya meninggal dunia.

Situasi menyedihkan yang di sangka dapat difahami orang ramai ini ternyata berlaku sebaliknya apabila tular sebuah perkongsian di Twitter di mana seorang bakal ibu ini telah meminta pakaian buat anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi daripada seorang ibu yang kehilangan anaknya.


Pertanyaan tidak sensitif dengan gaya selamba itu telah membuat para netizen berang serta berbeza pendapat dengan permintaannya. Terdapat netizen yang berang kerana tidak sensitif meminta pakaian yang baru sahaja meninggal.

Selain itu, terdapat juga netizen yang menyokong tindakan tersebut kerana sekurang-kuranganya pakaian tersebut dapat dimanfaatkan individu yang lain pula.





Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih sensitif khususnya kepada mereka yang baru sahaja kehilangan anak kecil. Menerima takdir serta sebak dengan kehilangan antara yang memberi kesan kepada emosi mangsa.

Sebuah lagi cara yang boleh dilakukan buat mereka yang memerlukan pakaian buat anak kecil adalah menghubungi pihak NGO atau mereka yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan buat golongan yang memerlukan.

https://www.thevocket.com/selamb ... l-kemarahan-netizen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2022 01:39 PM | Show all posts
mmg patot pun mesia ni berkasta

lenkali geng ngan kasta sendiri je lah, harus takde issue sbb same wavelength

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 01:44 PM | Show all posts
Memang ada spesis camni.

Sama cam masa arwah ayah aku meninggal. Balik dari kubur abis semua pakaian ayah aku dah kena kebas dek semua makcik2 aku. Nasib baik ada sehelai kain pelikat utk kenangan.


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 19-9-2022 01:44 PM
Memang ada spesis camni.

Sama cam masa arwah ayah aku meninggal. Balik dari kubur abis semua ...

Takutnya....sbb kakak ipar meols rajin masuk bilik kelamin mak pak meols nak belek2 baju2 n handbag mak meols. Mana yg dia berkenan, dia akan amek. Bagi meols sgt la x bagus sbb msuk bilik org. Tapi mak meols kata, biar lah. Mak tak kisah . Okay la kalau gitu. Jgn sukati masuk bilik org lain sudaah.

Meols leh imejinlah kalau mak meols mati sapa dulu yg amek brg2 mak pak meols
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kan cakap kalau "nak buang"..kalau takde ko diam² je lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawab ja lah takda apa yg nak dibagi buat masa sekarang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2022 02:18 PM | Show all posts
ni spesis macit bawang pom pom la ni...jenis mulut muncung juih laju berbicara pot pet po pet....non stop becakap....dia je yg betul..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 03:21 PM | Show all posts
orang tu dm kot..
kalau u rasa tak ready, tak payah la balas dulu..
kau tu sensitif sangat la pi viral orang supaya kena hencap beramai-ramai?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2022 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Rude nye..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang empati...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 dia nak simpan..mana tau tahun depan ngandung lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 03:50 PM | Show all posts
ezacbee replied at 19-9-2022 05:44 AM
Memang ada spesis camni.

Sama cam masa arwah ayah aku meninggal. Balik dari kubur abis semua ...

napa makcik2 cuol yg kebas baju ayah cuol? malam2 makcik cuol nak jadi jantan jadi-jadian ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mourning period setiap org berbeza
Sesuatu yg sensitif pada kita, x semestinya sensitif pada org lain
So pandai2 la congak keadaan semasa
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 03:55 PM | Show all posts
bg meol sebenarnya mesej tu ok je, private mesej kan bukan dia tulis public comment / twit pon. org tu bertanya, kalau taknak bg terpulang hak individu. i ada je jumpa yg parent anak meninggal lepas beberapa hari lahir or still born tak boleh nak tgk brg2 anak dia yg dia dah prepare.

kesimpulannya tiada isu di sini yg ada hanya lah batak perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 03:57 PM | Show all posts
_blackbird replied at 19-9-2022 03:50 PM
napa makcik2 cuol yg kebas baju ayah cuol? malam2 makcik cuol nak jadi jantan jadi-jadian ke

Utk anak2 n laki2 dorang ler...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 05:07 PM | Show all posts
ezacbee replied at 19-9-2022 07:57 AM
Utk anak2 n laki2 dorang ler...

oo. sama saiz ke. ermm minta ke main rembat je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke dalam budaya orang kita, baju2 si mati x elok disimpan banyak2. Kena sedekahkan kat orang yang hidup
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 05:25 PM | Show all posts
_blackbird replied at 19-9-2022 05:07 PM
oo. sama saiz ke. ermm minta ke main rembat je

Time dorang nak balik baru cakap dah amik semua. Terpinga la time tu. Nasib baik kain pelikat tergantung balik pintu. Kalau tak memang kena rembat kot. Sebijik cam kassim baba.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomea replied at 19-9-2022 05:23 PM
Bukan ke dalam budaya orang kita, baju2 si mati x elok disimpan banyak2. Kena sedekahkan kat orang y ...

Kalau org tua ye la kut..kalau baby meninggal stillborn, adiknya (kalau ada rezeki) kan boleh guna
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 05:28 PM | Show all posts
ezacbee replied at 19-9-2022 09:25 AM
Time dorang nak balik baru cakap dah amik semua. Terpinga la time tu. Nasib baik kain pelikat terg ...

yg ni kelakar... hehehehe. dasyat gak sedara mara mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.091040 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list