View: 584|Reply: 3
|
[Dunia]
Banduan Indonesia tidak terlepas tonton Upin & Ipin pada hujung minggu
[Copy link]
|
|

TANGKAP layar memaparkan sebilangan banduan di sebuah penjara menonton televisyen pada hujung minggu. - TikTok
Banduan Indonesia tidak terlepas tonton Upin & Ipin pada hujung minggu
Oleh KOSMO!
17 September 2022, 5:26 pm
JAKARTA – Sebuah klip video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan aktiviti banduan di sebuah penjara yang gemar menonton siri kartun popular, Upin & Ipin, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @solidaritas_penjara.
Penjara itu dikatakan terletak di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia.
“Mod penjara semasa cuti hujung minggu,” demikian kapsyen pada video tersebut.
Rakaman memaparkan sebilangan banduan kelihatan terhibur ketika menonton kartun Upin & Ipin di televisyen.
Sebilangan mereka berbaring, manakala ada yang duduk bersila ketika menonton televisyen bersama-sama.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen dengan ada pengguna yang terkejut dengan suasana di penjara yang berbeza jika dibandingkan dengan senario dalam filem.
“Saya pernah fikir keadaan penjara adalah menakutkan seperti dalam filem,” kata seorang netizen.
“Semoga dapat bersama keluarga tidak lama lagi,” komen netizen lain. – AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebilangan banduan kelihatan terhibur ketika menonton kartun Upin & Ipin di televisyen. — Agensi
Upin & Ipin buat banduan tersenyum, terhibur
BENUA
Sabtu, 17 Sep 2022
SEBUAH klip video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan aktiviti banduan di sebuah penjara yang gemar menonton siri kartun popular, Upin & Ipin, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @solidaritas_penjara.
Difahamkan, penjara itu dikatakan terletak di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia.
“Mod penjara semasa cuti hujung minggu,” menurut kapsyen pada video tersebut.
Rakaman memaparkan sebilangan banduan kelihatan terhibur ketika menonton kartun Upin & Ipin di televisyen.
Sebilangan mereka berbaring, manakala ada yang duduk bersila ketika menonton televisyen bersama-sama.
Video itu mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen dengan ada pengguna yang terkejut dengan suasana di penjara yang berbeza jika dibandingkan dengan senario dalam filem.
“Saya pernah fikir keadaan penjara adalah menakutkan seperti dalam filem,” kata Setiawan Sokarno.
“Saya mendoakan anda semua akan dapat bersama keluarga tidak lama lagi,” tulis Hidayat Nanda.
"Seronok mereka semua dapat meluangkan masa dengan kawan-kawan, harapnya cerita Upin Ipin ini boleh sampaikan mesej yang positif untuk mereka," ujar Awang Aiman. — Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah terhibur claim upin ipin asal indon..kan @Friska babu ndon |
|
|
|
|
|
|
| |
|