View: 377|Reply: 0
|
[Perlis]
RUU Anti Lompat Parti: Perlis sediakan draf pindaan
[Copy link]
|
|
AZLAN (tengah) bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perlis, Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar (dua kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Induk HPPN Perlis, Nurulhisham Yaakob melawat gerai pempamer. FOTO Aizat Sharif
Kangar: Kerajaan Perlis sudah menyediakan draf pindaan berkaitan Undang-Undang Tubuh Negeri berhubung pewartaan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti sebelum sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat dilaksanakan.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, pihaknya sedang melihat butiran pindaan RUU berkenaan dan menunggu pewartawaan RUU sebelum langkah seterusnya dibuat.
"Kita perlukan ia (RUU Anti Lompat parti) ditandatangani untuk pengesahan daripada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu dan setelah ia ditandatangani dan diwartakan penguatkuasannya, barulah kita boleh ambil tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Tuanku Syed Putra, di sini semalam.
"Tiba masanya setelah kita mendapat pewartaaan itu, kita akan terus melakukan sidang khas Undang-Undang Negeri dengan tujuan menimbangkan pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri untuk membolehkan ia selaras dengan pindaan di buat di peringkat persekutuan
"Namun buat masa ini, kita belum lagi dapat menjangkakan waktu yang kita dapat laksanakan Sidang Khas DUN berkenaan," katanya.
RUU Anti Lompat Parti dipinda adalah berikutan berlakunya lambakan ahli parlimen yang 'melompat' ke parti lain pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu sehingga berlakunya perubahan dalam pentadbiran kerajaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... diakan-draf-pindaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|