CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1497|Reply: 17

3 Tahun Tak Pernah Usik, Terpaksa Pecah Tabung RM28,510 Untuk Rawatan

[Copy link]
Post time 15-9-2022 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Kegigihan bapa empat anak, Md Fazil Hamdillah Panjang menabung tidak sia-sia apabila mengumpul RM28,510 hasil simpanannya sejak tiga tahun lalu.


Kisah Md Fazil Hamdillah, 35, yang bekerja sebagai pemandu lori mendapat perhatian selepas berkongsi videonya 'memecahkan' tabung dan jumlah wang terkumpul di Facebook (FB), kelmarin.




FOTO Md Fazil Hamdillah Panjang




Di sebalik perkongsiannya itu, Md Fazil Hamdillah mengakui dia sebenarnya belum bersedia untuk memecahkan tabung simpanannya itu menganggap belum sampai masanya.


"Sepanjang menabung, saya hanya simpan duit dan tidak pernah buka atau usik isi di dalamnya.


"Tetapi, saya terpaksa kerana ada masalah selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital akibat apendiks dan merancang untuk dapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta pula.


"Jadi, saya pecahkan tabung untuk lihat berapa jumlah wang ada di dalamnya sebagai persediaan untuk menampung kos perubatan.


"Terkejut juga lihat hasilnya. Keluarga termasuk emak serta ayah jadi saksi saya pecahkan tabung dan kira jumlah wang terkumpul," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.


Menurutnya, dia menabung untuk suka-suka saja dan melakukannya kerana melihat hasil wang terkumpul mereka yang pernah berkongsi kisah menabung di laman sosial.


Md Fazil Hamdillah berkata, dia tidak terfikir amalan itu akan jadi hobinya dalam jangka masa panjang.


"Segala-galanya bermula tiga tahun lalu (2019) dan pada mulanya, saya hanya kumpul wang kertas RM1 dan RM5 saja.


"Lama kelamaan jadi seronok pula jadi pada 2020, datang keinginan menyimpan wang RM10, RM20, RM50 dan RM100 pula bagi menambah simpanan.


"Ia adalah lebihan wang selepas berbelanja di pasar raya atau sebaik membuat pengeluaran di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan dianggarkan RM800 terkumpul setiap bulan," katanya.


Bagi memenuhkan tabungan, Md Fazil Hamdillah dia sanggup mengikat perut kerana enggan menggunakan wang yang ada.







"Saya jadi begitu (ikat perut) kerana ada waktunya, wang diperoleh masih baru dan memiliki nombor siri yang sama di bahagian belakang.


"Jadi, sayang untuk gunakannya maka simpan saja dalam tabung yang asalnya adalah bekas simpanan air.


"Ikutkan, saya mahu pecahkan tabung itu dua tahun lagi dan gunakan wang simpanan untuk membina rumah namun jatuh sakit pula jadi impian itu mungkin tidak kesampaian.


"Bagaimanapun, saya puas hati kerana hasil simpanan itu sekurang-kurangnya nanti dapat digunakan untuk menampung kos rawatan tanpa perlu meminta-minta daripada orang sekeliling.


"Anak juga jadi teruja selepas melihat hasil wang simpanan saya tempoh hari dan mahu menabung kerana saya ada pesan kepada mereka untuk belajar menyimpan wang daripada kecil," katanya yang turut mengumpul duit syiling dalam tabung berasingan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 bang, takut ada yg masuk pecah rumah...sbb tahu ada tabung rm beribu2
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada duit kabor kat org
Hati2 yeop
Bukan semua org baik dgn kite
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
lain kali dah byk duit dok senyap2, dah cun pun dok diam2. jgn dihebahkan even petua skalipun
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 06:25 PM | Show all posts
Sekarang ni apa2 hal semua nak bagitau semua orang. Ramai mata memerhati, xpikir ke dorang ni..

Cam ada budak pompuan kat tiktok semua nak tayang harta benda siap cakap tinggal sorang diri. Bila orang tegur di tuduh jeles. Bingai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 06:37 PM | Show all posts
somebody please ajar pakcik ni konsep future value of money. nasib baik dia cuma sempat peram tiga tahun ja.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2022 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk duit pemandu Lori ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 02:18 AM | Show all posts
Nape tak masuk asb je pakcik oiiii; yg g cita kat org satu donia buat apa, napelah tak cerdik sgtt ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2022 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun dah ada habit ni sejak 2020...tiba2 terasa nak kumpul 5 ringgit dan 20 ringgit sebab waktu tu banyak guna online payment...

Dari suka2 akhirnya jadi penabung tegar

Aku tetap ada simpanan dalam bank, asb dll...tapi tetap juga nak menabung...mungkin poremer rasa tak berbaloi, tapi entahlah..susah nak terangkan perasaan seronok buat kerja 'saja2' ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Terinspired cerita UP eaaa

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 16-9-2022 02:28 AM
Aku pun dah ada habit ni sejak 2020...tiba2 terasa nak kumpul 5 ringgit dan 20 ringgit sebab waktu t ...

Best kan menabung ni.....

Kekdg letak je dlm keta duit RM5.....tanak pakai....tapi bila sekali dah guna, hbis aku tarik duit tu.....

Sedar tak sedar tetiba byk gak duit terkumpul....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau gi spital gomen..baru 85 hengget..tapi takpe la..duit ko...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Berhati2 when it comes to money...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Imkhai at 16-9-2022 10:33 AM

Aku menabung duit syeling dh 2/3 kali jgk selamat masuk ke asb adalh dkt2 rm100 rs berat je tabung tu aku gi bank ni br nk menabung blk gara2 pkp ari tu duit syeling mmg x nmpk byng dlm rmh haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Duk citer satu dunia ni tak tdkut ke kena rompak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2022 02:17 PM | Show all posts
abe pilot darat ni sejenis tak cerdik yachs

-flex merata alam simpan duit kat rumah berpuluh K mengundang pencopet
-tak reti amik insurans ke? muda2 da ada apendiks.
tua nanti kita sendiri tak tahu sakit ape nnt
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Penting takaful/insuran. Dah sakit takyah pecah tabung, claim company takaful. Nak tanya apa2 pm je iols sudi nolong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.060435 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list